11 December 2008

Debat Bahasa Arab Mempertahankan Nama UIAM


Salam perjuangan...

Sudah agak lama ana menyepikan diri, terima kasih kepada para sahabat yang sudi menjenguk blog ini. Mungkin ada yang memanfaatkan masa cuti mereka seperti ini, namun tuan empunya blog bukanlah sebahagian daripada mereka kerana ana begitu sibuk dengan program-program Kelab Debat dan Pidato Bahasa Arab UIAM.

Perkhemahan Bahasa Arab

Sejak berakhirnya peperiksaan akhir semester yang lalu, program kelab ini dimulakan dengan Arabic Camp (مخيم العربي) yang telah diadakan di Teratak Wadi Janda Baik, Pahang milik seorang penganalisis politik tanah air, Syed Hussein Syed Alwi Al Attas atau lebih dikenali dengan nama Pak Habib.


Ana sendiri tidak menjangkakan program ini akan disertai oleh ramai orang namun ternyata pandangan ana meleset sama sekali kerana mendapat sambutan hangat para pelajar UIAM daripada beberapa kulliyyah yang tidak menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi mereka seperti Human Science, Laws, Nursing, Engineering, Economics dll. Malah, beberapa orang pelajar Arab juga sudi meluangkan masa bersama kami. Hal ini merupakan suatu perkembangan yang menarik sesuai dengan misi dan visi kelab untuk menjadi sebuah institusi yang memainkan peranan penting dalam memantapkan lagi penguasaan bahasa Arab dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah kursus pemantapan bahasa Arab, explorace, jungle trekking, dan yang paling menarik pertandingan debat bahasa Arab. Selain daripada itu, acara ice breaking juga berhasil apabila terdapatnya interaksi yang begitu mesra antara pelajar Arab dan bukan Arab. Pelbagai kerenah para peserta yang kami saksikan sepanjang perkhemahan tersebut.


Antum semua boleh menyambung bacaan berkenaan Arabic Camp ini di sini dan di sini

Kursus Intensif Debat Piala Diraja


Ok, tamat sudah Arabic Camp. Memang penat sangat namun rasa puas hati kerana banyak input2 bahasa Arab yang ana dapat sepanjang program tersebut. Sewaktu majlis penutup tibalah saat2 yang dinanti-nantikan, siapakah yang bakal terpilih untuk mengikuti Kursus Intensif Debat Piala Diraja selama 10 hari berturut2. 16 orang pendebat lama dan baru telah dipilih termasuk 3 orang Arab dari Yaman.

Ramai yang agak terkilan sebenarnya kerana tidak terpilih, termasuk ana sendiri. Namun hasil dorongan sahabat2 ini dan itu, ana tidak lagi berkecil hati malah menanam semangat untuk memperbaiki mutu bahasa agar terpilih untuk mewakili UIAM ke pertandingan seterusnya.

Kursus intensif ini yang seharusnya diselia oleh lujnah studio and training Kelab Debat dan Pidato Bahasa Arab UIAM terpaksa dipikul oleh Head Comm dan Asisst Head Comm sahaja memandangkan sub comm lujnah ini telah pulang bercuti di kampung halaman masing2.

Alhamdulillah, walaupun agak penat menyelia kelas2 training ini, ana bersyukur juga dapat mempelajari kaedah perdebatan bahasa Arab yang baru.


Arabic Royal Debate Championship '08

Ana tidak menyangka ini merupakan program kedua paling teruk pernah ana hadiri selepas Taaruf Week June intake yang lepas. Committee Central banyak berlepas tangan sehingga mengganggu kelancaran program bagi kategori debat bahasa Arab. Ana tidak memusuhi sesiapa secara peribadi tetapi ana cuma tidak berpuas hati dengan pengurusan Committee Central yang banyak menabur janji manis semata2.

Ana juga pelik apabila mendapati terdapat dalam kalangan Committee Central yang menjadi pendebat Bahasa Melayu dan Inggeris. Patutlah kelam kabut sehingga mengganggu kelancaran program debat kategori bahasa Arab.

Ana juga berasa kasihan melihat layanan Committee Central terhadap hakim2 dan pendebat Bahasa Arab dari segi penginapan, catering, pengangkutan dll.

Walau apa pun rintangan yang kami hadapi, alhamdulillah akhirnya hasrat Rektor UIAM, Prof Dr Syed Arabi Idid untuk melihat kejayaan pasukan debat UIAM bagi setiap kategori menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga berjaya dicapai oleh pasukan debat bagi kategori bahasa Arab sahaja.


kategori bahasa Arab Utama

Johan : UIAM A

Naib Johan : UIAM B

kategori bahasa Melayu Utama

Johan : UPM B

Naib Johan : UIAM A



kategori bahasa Melayu Muda

Johan : UPM

Naib Johan : USM



kategori bahasa Inggeris Muda

Johan : UIAM

kategori bahasa Inggeris Utama

Johan : UM

Naib Johan : UKM


Syabas diucapkan kepada kesemua pasukan yang menang...


p/s: gambar2 sepanjang program kena tunggu tukang amik gambar kasi...

22 October 2008

Kembali menyepi...

Salam perjuangan...

blog ini akan kembali kesunyian kerana tuan empunya blog akan menghadapi final exam yang telah bermula pada hari ini (22 Oktober 2008).

23 Oktober - Final Arabic Speaking & Kuiz Intro To Fiqh

24 Oktober - Final Arabic Listening

31 Oktober - Final Bahasa Melayu Lanjutan

1 November - Final Ulum Quran & History of Arabic Literature

5 November - Final Intro to Feqh

12 - 14 November - Arabic Camp

17 October 2008

Arabic Camp 2008

Salam friends...encem

We are pleased to inform you that the Arabic Debating and Public Speaking Club will be organizing:

Arabic Camp '08 (3 days and 2 nights)

at Teratak Wadi Hussein, Janda Baik, Pahang

on 12 - 14 November 2008 (After final exams).

Transportation, accommodation and food are provided and certificates will be given.

We will be conducting a lot of fun and educational activities...so if you are interested, do send us your full name, matric number, ic number and phone number latest by 24 October 2008 to

Badrul Aini 019-4441920

Nor Hidayu 017- 3098238


Come and join in the fun!!


FIRST COME FIRST SERVE BASIS!

24 September 2008

Senyum Lailatur Qadar...

Salam perjuangan... senyumkenyit

Ya, kali ini ditag oleh cik senyum...kenyit

Tapi tag kali ini dah takde senarai soalan panjang2 dah...encem

Hanya cari 5 blogger je...senyum

Jadi, sila ceriakan blog anda, awak, kamu, nta, nti dengan senyuman ini...

03 September 2008

Ramadhan Kareem...

Salam perjuangan... peace

Insya Allah dalam masa terdekat ana akan update pula pasal bertaubat... Selepas cuti mid sem ini ana akan kembali sibuk dengan tugasan harian seperti biasa... Doakan juga kecemerlangan ana dalam mid term exam...

Tunggu... babai


--------------------------------------

UPDATE

12 / 9 / 08

-------------------------------------

Salam perjuangan... encem

يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون البقرة: 183

Wahai orang2 yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu seperti mana telah diwajibkan puasa ke atas orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertaqwa.


Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW seharusnya bersyukur sangat2 kerana dikurniakan pelbagai nikmat yang tak diberikan kepada umat-umat lain. Umat terdahulu diwajibkan untuk berpuasa 3 hari pada setiap bulan sedangkan kita hanya perlu berpuasa 1 bulan penuh sahaja.

Wait! Wait! kate kita dikurniakan kelebihan berbanding umat terdahulu, diowang puasa 3 hari je tiap2 bulan!!! Boleh pilih2 hari plak tu...


Umat terdahulu WAJIB puasa 3 HARI tiap2 bulan = 36 HARI
Umat Muhammad WAJIB puasa 30 HARI berturut2 = 30 HARI

Kalau tambah puasa 6 hari di bulan Syawal, pahalanya sama seperti berpuasa 1 TAHUN

Dish3x... tumbuk hah, amik kau, nyampuk lagi...


Fadhilat bulan Ramadhan untuk umat ini pun banyak, antaranya :

  • Pintu syurga dibuka
  • Pintu neraka ditutup
  • Syaitan dirantai
  • Bau mulut harum semerbak kasturi
  • Malaikat mendoakan kita
  • Doa mustajab
  • Malam Lailatul Qadar

Menyentuh mengenai fadhilat bulan Ramadhan, suka ana mengingatkan para pembaca sekalian akan hadis2 maudhu' dan dhaif yang menjadi bualan masyarakat awam kita :

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih 

Diriwayatkan oleh Saidina Ali daripada Rasulullah s.a.w. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w.  mengenai fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat Terawih pada bulan Ramadhan.

  1. Malam pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan  daripada Allah.
  2. Malam kedua: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka  orang yang beriman).
  3. Malam ketiga: Berseru malaikat di bawah arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah  mengampunkan dosa engkau.
  4. Malam keempat: Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang- orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur  dan Al-Quran.
  5. Malam kelima: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil  Aqsa.
  6. Malam keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat- malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
  7. Malam ketujuh: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi a.s. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamam.

Haha, hebat2...tepuktangan Patutlah kita lihat ada umat Islam yang solat sunat Tarawih tapi tak PUASA!!! Cukuplah dah dapat amalan para Nabi, para malaikat...

Ketahuilah tuan2, Rasulullah SAW telah memberi amaran keras ke atas sesiapa yang berbohong atas nama baginda walau dengan tujuan yang baik sekalipun! Na'azubillah...

قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏من كذب علي متعمدا ‏ ‏فليتبوأ ‏ ‏مقعده من النار

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tersedialah tempat baginya dalam neraka!


Bagaimana kita hendak mengetahui sejauh mana ketaqwaan kita ??? Ana ingin berkongsi dengan antum kisah ulama' silam yang bernama Abu Bakar Al Baqilani, pengarang kitab I'rab Al Quran ketika mana beliau bermusafir ke Rom. Maharaja Rom yang mendengar berita ini berhasrat untuk menguji tahap ketaqwaan beliau lalu menjemput beliau untuk singgah di istana baginda.

bersambung....

01 September 2008

Status Akademik

Salam perjuangan... :reading:


Ana mohon maaf banyak2 kepada para pembaca sekalian kerana sudah lama tak kemaskini blog ini...Ana agak sibuk sejak bermulanya sesi pengajian.













Entry ini ana khususkan kepada rakan2 yang tertanya2 tentang status akademik ana setelah mendapat ilham daripada entry ini...


Soalan 1 : Eh, Kuantan tengah cuti ke sekarang ???

Soalan 2 : Eh, Bad bukan kate ko gi Indonesia ke?

Soalan 3 : Jauhnye datang melawat budak Gombak...Cuti ke???


Ini merupakan antara soalan cepu cemas yang sering ditanya kepada ana berkenaan status akademik ana oleh sahabat, member, rakan, kawan, teman...

Insya allah semoga entry ini menjelaskan kekaburan yang berlaku...

Sebenarnya ana telah tukar course
(Bioperubatan
>> Perubatan >> Bahasa Arab)

dan tukar universiti
(UIAM Kuantan >> Universitas Hasanuddin >> UIAM Gombak)

Eh, Kenape tukar course pulak ??? daripada Perubatan kepada bahasa Arab???


Bak kata Dr Nik Abduh, ana turn 360...
Ana tukar course atas sebab2 berikut :

Ana sememangya sebelum ini bercita2 untuk menjadi protaz dengan mendapat double degree (perubatan + pengajian Islam). Ana bercadang untuk meyambung pelajaran di kuliah Perubatan di Mesir selepas SPM dahulu tapi tiada rezeki sehinggalah ana berjaya untuk melanjutkan pelajaran di Makassar dalam bidang perubatan.

Sepanjang pengajian ana di Makassar, ana dibiayai sepenuhnya oleh ayah dan ibu ana. Ana masih menyimpan hasrat ana untuk menyambung pengajian di Mesir @ Syria selepas tamat pengajian di Makassar. Jadi, apabila ayah ana meninggal dunia pada hujung bulan Disember tahun lepas, ana terkesan dengan peristiwa ini daripada segi kewangan dan cita2 ana untuk melanjutkan pelajaran di Mesir @ Syria menemui jalan buntu.

Oleh sebab itu, ana mengambil keputusan nekad untuk menukar bidang ana ke bidang bahasa Arab. Ana juga merancang untuk membuat double major dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh insya Allah.


Eh, kenapa nta tak amik ke IRK terus ???


Sebab ana ingin menguasai bahasa Arab dahulu sebelum mendalami bidang agama.

Ana juga rasa bertanggungjawab untuk mengambil alih sekolah ayah ana yang telah diusahakannya selama ini. Kitab2 Arab beliau juga banyak yang akan terbiar begitu sahaja jika ana tidak mengubah kursus ana sekarang.




إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

Apabila telah matinya anak Adam itu, terputuslah amalannya melainkan tiga perkara : sedekah jariahnya, ilmu yang diajarkannya atau anak soleh yang sentiasa mendoakannya


رمضان كريم



11 July 2008

Dentistry di Indonesia ???

Salam perjuangan...:sinchan



Post kali ini adalah untuk menjawab soalan daripada salah seorang pengunjung blog rakan ana berkenaan kursus pergigian di Indonesia. Ana dah cuba hubungi kawan2 ana di Indonesia dan antara cadangan yang ana rasa terbaik adalah seperti berikut:

Dentistry UNAIR (Universitas Air Langga)









Kos : RM 60 000 (termasuk loan JPA + yuran tahun 1 + bayaran agent dll)

Tempoh pengajian : 5 tahun

Syarat kemasukan : CGPA > 3.0 - Matrikulasi dan 3 prinsipal B subjek sains - STPM serta lulus peperiksaan kemasukan universiti tersebut. Rakan ana hanya memberitahu peperiksaan gelombang ke 2 (dalam bulan 8)


Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi ejen berkenaan. Wallahu a'lam.

QAS Management (M) Sdn Bhd

14-2, Jalan USJ 9/5R, Subang Jaya Business Center

47620 Subang Jaya, SELANGOR

Tel: 03 - 8024 4824

Fax: 03 - 8024 8155

Website: QAS Management

En Zaini 019 332 6583

Pn Norizah 012 2339360

E-Mail: askme@qas.com.my



Ø

25 June 2008

2nd Taaruf Week

Salam perjuangan... :)

Kepada semua kipas - susah - mati dan pembaca blog shoutulhaq.blogspot.com sekalian, ana tak dapat nak respons dengan pantas komen2 @ kata2 antum di chatting corners kerana ana harus mengikuti program Taaruf Week (baca: orientation programme) bersama international students. Padahal sepatutnya ana register sama dengan adik2 matrik @ asasi UIAM 1 Julai nanti...:nangis:insya allah harap2 ade hikmahnya...

walau bagaimanapun, insya allah ana akan update secepat mungkin apabila ada kelapangan nanti...

sementara itu, antum bolehlah membaca blog2 sahabat UIAM Mari yang tersenarai...memang best...

ape? tanak UIAM Mari??? takpe2x...lawatilah blog2 Makassar Punya Cerita...semoga bermanfaat...
::

p/s: doakan ana exempted untuk Arabic Placement Test, English Placement Test dan Tilawah Placement Test...amin...

17 June 2008

BerjimatLAH...

Salam perjuangan... :smoke:

Ana rasa masih belum terlambat untuk ana menulis berkenaan isu minyak yang semakin menjadi - jadi.

Isu ini menjadi panas semula selepas pengumuman Pak Lah bahawa harga minyak akan naik kepada 78 sen seliter. Alasannya harga minyak di pasaran dunia semakin naik.

"Harga kita di rantau Asia Tenggara adalah yang terendah kecuali Brunei"


Cewah, bagusLAH ye harga tak kalah Brunei. Kemudian, ana terus menghubungi rakan ana di Unhas bertanyakan harga petrol di sana. Apa jawapan rakan ana itu?

"Aku baru isi minyak, kat sini Rp 6000 je seliter"
Wah! MahalLah minyak Malaysia

Malaysia RM 2.70 Indonesia RM 2.52

Kemudian diumumkanLAH pelbagai insentif untuk mengurangkan beban orang ramai. Tiap2 hari tv, paper, radio semua cerita pasal isu minyak naik.

Ada cadangan daripada TPM kita suatu ketika dahulu yang mencadangkan supaya rakyat Malaysia berjimat cermat.



Ya, rakyat harus berjimat cermat. Betul, pandangan beliau memang betul. Ana setuju.

Aip! nanti dulu, baca sampai habis dulu...jangan cepat melatah...penat

Ana memang setuju dengan saranan ini. Ajaran Islam sendiri pun menyuruh kita berjimat cermat dalam berbelanja.

Daripada pemerhatian ana, kita rata - rata rakyat Malaysia ni memang boros dan membazir. Ana ambil contoh guru - guru di sekolah. Ayah dan ibu ana yang berkerjaya sebagai ustaz dan ustazah memungkinkan ana untuk mengikuti mereka ke kursus2 yang mereka hadiri.

Kursus peringkat sekolah pun diadakan di hotel2 mewah. Siapa tanggung ??? Pakai duit rakyat...

Ok lah, kemudian guru2 yang datang kursus ini pula waktu makan memang tak ingat dunia. Habis semua lauk diambilnya, kemudian makan tak habis pula.

Wah, melampauLAH!

Cubalah bayangkan berapa banyak duit rakyat dihabiskan selama ini untuk menganjurkan kursus - kursus di semua peringkat bagi jabatan - jabatan kerajaan!

Sekarang, bila kerajaan umumkan dah tak boleh menganjurkan kursus di hotel2 boleh pulak mereka berjimat cermat...

Then, kerajaan umumkan pula pemotongan elaun keraian sebanyak 10% bagi menteri2 dan timbalan2 menteri.

Ya, ada inisiatif daripada pihak kerajaan untuk berjimat cermat juga. erm, tak pa LAH...

Then, MB Pahang umumkan pula potongan elaun keraian bagi MB, TMB dan ahli2 Exco kerajaan Negeri Pahang sebanyak 30 %.

"Kalau kita buat potongan 10 % macam kerajaan Pusat, sebulan RM 500 je yang dipotong..."

Oh, bagus MB Pahang...

Then, ana dapat tahu pula pasal Istana negara baru di Jalan Duta yang menelan belanja RM 400 juta...

wah...banyak tu...


































Adakah ini yang diinginkan oleh rakyat marhaen?



Sabar LAH...
Berjimat LAH...













Ana cadabgkan antum baca artikel dr maza berkaitan perkara ini.

09 June 2008

10 HABITS OF A UNIVERSITY STUDENT

Salam perjuangan...encem


Erm, nampaknya demam tag masih belum kebah lagi... minum

Kali ini ana ditag pula oleh blogger uia yang baru ana kenal...

10 HABITS OF A UNIVERSITY STUDENT

tag by: wanie sk:)

I've watched a programme at astro where a reseach has been done to see some habbits of university students and here are the top 10:

  • sleep
  • makan maggi
  • stay up
  • last minute assignment
  • dating
  • main game
  • tgk movie
  • afraid of seeing the lecturer for CH
  • lazy to wake from sleep
  • last minute study

1) sleep

Ana punya style bukan tidur sampai tak pergi kuliah tapi, ana jenis yang tidur dalam kelas sama penyakit dengan ustaz hasrizal terutamanya kalau ana tidur lewat malam sebelumnya @ lecture kurang menarik. tapi dulu la, sekarang insya allah dah hilang dah kot penyakit2, hehe...
:males:


2) makan maggi


Ana memang tak suka makan maggi, tapi semasa di Indonesia, selalu makan maggi kalau tiada duit / boring makan nasi. Semua mee orang Makassar maknanya Maggi kecuali mee pangsit...


3)
stay up

Ana memang jenis yang boleh stay up sampai pukul 4 pagi (study / main game), bukan cam nuarx, pukul 12 pun dah sengguk2...hehe tapi nanti kena qadha la lepas subuh...napping time kuliah la jawabnye...


4) last minute assignment


Ini pun satu lagi tabiat buruk ana, semoga tak berulang lagi... haha, teringat suatu ketika di Unhas (Universitas Hasanuddin), terlewat hantar tugasan gares (gagal respon) kepada senior kena denda untuk buat tugasan telat (terlambat hantar) pulak...


5) dating


Alhamdulillah, ana tak pernah dan tak mau terlibat... huhu... jelir


6) main game


Ini cerita lama, tapi sekarang dah taubat dah...Banyak jenis PC games yang ana dah pernah main...sampai pukul 4 pagi pun tak sedar...


7) tgk movie


Kadang2 la...ana minat anime naruto, bleach etc...


8) afraid of seeing the lecturer for CH


Bukan takut tapi jarang2 jengah bilik lecturer, insya allah lepas ni ubah perangai...


9) lazy to wake from sleep


Applicable time cuti je...susah tidur awal, susah jaga awal...


10) last minute study


Haa...last but not least, terutama Unhas... sampai sebelum masuk exam hall pun sempat lagi belek nota & discuss dengan kawan2...


Nasib baik tiada peraturan perlu meletakkan berapa banyak blog yang harus ana link kan, kalau tak pening juga nak pilih kawan2 yang baru kena tag...

Ana pilih:

Zaini_jb
Dhanysarip
Yazid
Iman
Nur liyana che osman

Penajaan Tambahan Pelajar Lepasan SPM 2007

Pelajar-pelajar lepasan SPM 2007 yang gagal memperolehi biasiswa di bawah PILN 2008 akan ditawarkan penajaan dengan syarat mendapat tempat samada di Tingkatan 6 di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan, Pusat Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia atau Pusat Asasi Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Pelajar-pelajar dikehendaki memohon untuk mendapatkan penajaan tersebut secara atas talian (online) yang dibuka mulai 1 Jun 2008 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Jun 2008.

Maklumat Lanjut: Laman web eSILA

Sumber

07 June 2008

Bahasa Arab Edisi ke 2 (Jumlah Mufidah)

Salam perjuangan...peace

Bahasa Arab mempunyai 2 jenis ayat lengkap جُمْلَةُ الْمُفِيْدَةِ iaitu:

جُمْلَةُ الإِسْمِيةِ dan جُمْلَةُ الْفِعْلِيةِ


جُمْلَةُ الإِسْمِيةِ

Merupakan ayat yang bermula dengan إِسْمٌ di awal ayat.

Terdiri daripada gabungan مُبْتَدَأٌ (subjek) dan خَبَرٌ (predikat)


Rumah itu besar اَلْمَنْزِلُ كَبِيْرٌ

Sekolah itu luas اَلْمَدْرَسَةُ وَاسِعَةٌ



جُمْلَةُ الْفِعْلِيةِ


Merupakan ayat yang bermula dengan فِعْلٌ di awal ayat.

Terdiri daripada gabungan فِعْلٌ (perbuatan) + فَاعِلٌ (orang yang

melakukan perbuatan) + مَفْعُولٌ بِهِ (apa yang terkena perbuatan itu)


Budak itu makan pisang أَكَلَ الطِفْلُ الْمَوْزَ

Aku mendengar radio سَمِعْتُ الرَادِيوا



Perhatian!!!

فِعْلٌ bagi جُمْلَةُ الْفِعْلِيةِ tidak mengambil kira wazan, manakala

فِعْلٌ bagi جُمْلَةُ الإِسْمِيةِ haruslah diambil kira wazannya.


Contohnya:

جُمْلَةُ الْفِعْلِيةِ

أَكَلَ الطِفْلُ الْمَوْزَ

أَكَلَ الطِفْلاَنِ الْمَوْزَ

أَكَلَ الأَطْفَالُ الْمَوْزَ



جُمْلَةُ الإِسْمِيةِ

اَلطِفْلُ أَكَلَ الْمَوْزَ

اَلطِفْلاَنِ أَكَلاَ الْمَوْزَ

الأَطْفَالُ أَكَلُوْا الْمَوْزَ





Ok, ana nak uji kefahaman antum.

Bagaimana kalau kita mahu menulis rumah itu besar?

اَلْبَيْتُ كَبِيرٌ atau اَلْبَيْتُ كَبِيْرَةٌ؟؟؟


Haa...jawab jangan tak jawab...
star





03 June 2008

Demam Tag Kembali!

Salam perjuangan...cool

Ya, demam tag kembali...@nangis

Kali ini ana ditag pula oleh junior biomedical science dahulu...@blink

Mari kita lihat apa soalan - soalannya...

1. 7 FAKTA TENTANG SAYA
2. 7 PERKARA MENAKUTKAN SAYA
3. 7 LAGU BUAT MASA SEKARANG
4. 7 PERKATAAN YANG SAYA SELALU SEBUT
5. 7 PERKARA AMAT BERNILAI
6. 7 ‘PERTAMA KALI’ DALAM HIDUP SAYA
7. 7 BLOG YANG DIPILIH


7 FAKTA TENTANG SAYA

  • Anak sulung daripada 2 adik beradik
  • 3 kali bergelar 1st Year Student
  • 3 Universiti untuk 1st degree
  • Kereta, motor, kapal air, kapal terbang, kereta api semua dah naik
  • Memahami 4 bahasa (Melayu, Inggeris, Indonesia dan Arab)
  • Bakal melanjutkan pelajaran di UIA Gombak
  • Adik angkat Dr Badri Najib


7 PERKARA MENAKUTKAN SAYA

  • Takut untuk berasa selesa dengan tahap keimanan kerana banyak berbuat maksiat...
  • Takut amalan tidak diterima Allah
  • Takut taubat tak diterima Allah
  • Takut syirik khafi
  • Takut tak sempat study (last minute study la ni)
  • Takut tengok umat Islam murtad ramai2
  • Takut saudara di Palestin dakwa ana di Akhirat kelak


7 LAGU BUAT MASA SEKARANG

  • Adakah Kau Lupa - Alarm Me
  • Pemuda Kahfi - Izzatul Islam
  • Bingkai Kehidupan - Shoutul Harakah
  • Hai Mujahid Muda - Izzatul Islam
  • Kehidupan - The Zikr
  • Merah Saga - Shoutul Harakah
  • Intifadhah - Rabbani


7 PERKATAAN YANG SAYA SELALU SEBUT

  • Adede...
  • Astaghfirullah...
  • Macam2 la korang ni...
  • Aik???
  • Tumpang tanya!
  • Aisey rosak program...
  • Sebentar mi!


7 PERKARA AMAT BERNILAI

  • Iman
  • Ibu bapa
  • Sahabat seperjuangan
  • Adikku
  • Guru - guru
  • Madrasah Al Hidayah
  • Blog Shoutulhaq


7 ‘PERTAMA KALI’ DALAM HIDUP SAYA

  • Pertama kali dapat no 1 darjah lima
  • Pertama kali attend interview (JPA)
  • Pertama kali ada blog sendiri (2007)
  • Ada motor sendiri (KARISMA) - Sem 1 Biomedical Science degree UIA
  • Join society di Asasi UIA PJ (PRESSS)
  • Pegang jawatan besar di Makassar (Exco Kerohanian PKPIM, AJK Imegresen Batch 07)
  • Kerja sampingan (mengecat tulisan khat di Surau dengan Anwar)


7 BLOG YANG DIPILIH



Semoga blog2 yang ditag tidak berasa susah hati ingin menjawab soalan2 ini...:puppyeyes:

30 May 2008

Bahasa Arab Edisi 1 (wazan)

Assalamualaikum. encem


Pada post kali ini ana akan terangkan فِعْلٌ dengan lebih lanjut. Untuk pengetahuan para pembaca, bahasa Arab mempunyai 14 ضَمِيْر (kata ganti nama) iaitu:



dia (seorang lelaki) هُوَ
mereka (dua orang lelaki) هُمَا
mereka (ramai lelaki) هُمْ
dia (seorang perempuan) هِىَ
mereka (dua orang perempuan) هُمَا
mereka (ramai perempuan) هُنَّ
kamu (seorang lelaki) اَنْتَ
kamu (dua orang lelaki) أَنْتُمَا
kamu (ramai lelaki) أَنْتُمْ
kamu (seorang perempuan) اَنْتِ
kamu (dua orang perempuan) أَنْتُمَا
kamu (ramai perempuan) أَنْتُنَّ
saya (lelaki @ perempuan) أَنَا
kami (lelaki @ perempuan) نَحْنُ

فِعْلُ الْمَاضِى
فَعَلَ : هُوَ
فَعَلاَ : هُمَا
فَعَلُوْا : هُمْ
فَعَلَتْ : هِىَ
فَعَلَتَا : هُمَا
فَعَلْنَ : هُنَّ
فَعَلْتَ : اَنْتَ
فَعَلْتُمَا : أَنْتُمَا
فَعَلْتُمْ : أَنْتُمْ
فَعَلْتِ : أَنْتِ
فَعَلْتُمَا : أَنْتُمَا
فَعَلْتُنَّ : أَنْتُنَّ
فَعَلْتُ : أَنَا
فَعَلْنَا : نَحْنُ
Muhammad memukul anjing ضَرَبَ مُحَمَّدٌ اَلْكَلْبَ

Fatimah memukul anjing
ضَرَبَتْ فَاطِمَةُ اَلْكَلْبَ

فِعْلُ الْمُضَارِعِ
يَفْعَلُ : هُوَ
يَفْعَلاَنِ : هُمَا
يَفْعَلُوْنَ : هُمْ
تَفْعَلُ : هِىَ
تفْعَلاَنِ : هُمَا
يَفْعَلْنَ : هُنَّ
تَفْعَلُ : اَنْتَ
تَفْعَلاَنِ : أَنْتُمَا
تَفْعَلُوْنَ : أَنْتُمْ
تَفْعَلِيْنَ : أَنْتِ
تَفْعَلاَنِ : أَنْتُمَا

تَفْعَلْنَ : أَنْتُنَّ
أَفْعَلُ : أَنَا
نَفْعَلُ : نَحْنُ

kami bermain bola sepak
نَلْعَبُ كُرَةَ الْقَدَمِ

Muslimin bersolat di masjid
اَلْمُسْلِمُونَ يُصَلُّونَ فِى الْمَسْجِدِ


فِعْلُ الْأَمْرِ
افْعَلْ : اَنْتَ
افْعَلاَ : أَنْتُمَا
افْعَلُوْا : أَنْتُمْ
افْعَلِى : أَنْتِ
افْعَلَتَا : أَنْتُمَا
افْعَلْنَ : أَنْتُنَّ

minumlah wahai saudaraku (L) اشْرَبْ يَا أَخِى
tulislah di atas papan hitam (P) اكْتُبِى عَلَى السَّبُّورَةِ




Antum boleh mengubah ayat di atas dengan menggantikan dengan ضَمِيْر yang lain. Cuba fahami terlebih dahulu wazan - wazan ini, kemudian dihafaz supaya antum boleh membuat ayat dengan wazan yang betul.

Semoga bermanfaat…wink

26 May 2008

Kenduri...Kenduri...Kenduri...

Salam perjuangan...kenyit

Musim cuti sekolah kembali lagi...Selamat bercuti diucapkan kepada pelajar - pelajar sekolah sekalian...celebrate

Tidak dilupakan juga kepada mahasiswa - mahasiswa yang bakal memulakan kembali sesi pengajian mereka setelah bercuti sekian lama...tak sabar rasanya ana hendak memulakan semula sesi pengajian di UIA Gombak, hehe...rindu

Ok, seperti biasa setiap kali cuti sekolah pasti akan diadakan kenduri kendara, ana sendiri pun hampir 4 kenduri ana hadiri semalam...
















Alhamdulillah, kenduri terakhir di rumah kenalan ibu yang ana hadiri semalam di Tasek Gelugor sememangya menginsafkan ana. Kenduri ini diadakan di rumah sebelah pengantin perempuan. Pasangannya pula merupakan seorang lelaki Australia.

Keluarga kami berdua yang agak rapat membolehkan kami berkesempatan untuk mengetahui kisah bagaimana si pengantin perempuan ini berdakwah kepada lelaki ini.

Lelaki Australia ini merupakan seorang arkitek yang banyak membina masjid. Kisah pengislaman beliau bermula apabila beliau terlibat dalam projek Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Si pengantin pula merupakan seorang pelajar UM yang terlibat sama dalam projek ini.

Apa yang menarik, si pengantin perempuan telah berkata kepada si lelaki Australia ini:


Awak bina masjid, habuan awak hanyalah di dunia. Tetapi jika awak adalah seorang Islam, habuan awak terdapat di dunia dan di akhirat hasil masjid - masjid yang awak bina selama ini.


Apa jawab si lelaki tersebut:


Eh? Ye ke? Kenapa tidak ada orang Islam yang pernah beritahu saya selama ini?


Si lelaki kemudiannya membaca buku - buku berkaitan Islam, menghadiri kuliah agama dan akhirnya alhamdulillah, beliau memeluk Islam juga pada akhirnya...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Cuma apa yang menginsafkan ana adalah soalan lelaki Australia tersebut.

Cuba bayangkan kalau kita ditanya di hadapan Allah pada hari akhirat kelak, sudahkah kamu menyampaikan dakwah Islam kepada yang non-Muslim. Apa jawapan kita???busuk

Eh? Iye ke? kenapa tidak ada orang Islam yang pernah beritahu saya selama ini?

24 May 2008

RSS Feed menggunakan Spring Widgets

Salam perjuangan...@lol

Post kali ini dibuat atas permintaan sahabat ana, Dr Nik Abduh yang bertanyakan bagaimana untuk meletakkan rss feed blog Ust Maszlee Malik menggunakan spring widgets, insya allah ana akan terangkan secara visual...



Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas...



Semoga membantu...@sinchan

22 May 2008

Tag...Tag...Tag...

Salam perjuangan...encem

Aisey...Tak pasal2 ana kena tag pulak...gigitjari

Apa tag 2?



Asyik-asyik main tag aje. Jom kita 'usrah'kan tag.

Tag ini dinamakan; Usrah Yang Lazat, Lemak Berkrim (^_^)

Moga-moga tag ini dapat memberi pencerahan berkenaan usrah, dan lebih ramai yang dapat mengecapi nikmatnya usrah!

Jawab lima soalan mudah (tak payah goreng panjang-panjang);

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?


[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?


[3*] Kenapa anda menyertai usrah?


[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah


[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah


Peraturan Tag:
1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda

Ayuh ikhlaskan niat. Bukan untuk mencetus rasa eksklusif, cuma ingin menyebar kegembiraan berusrah. Indah, nikmat dan cukup membahagiakan!

sumber:http://dhanysarip.blogspot.com

Ok, ini pula jawapan ana...

1) Masih baru lagi

2) Roomate yang ajak...syukran helmitepuktangan

3) Hendak bersama menyumbang untuk pembangunan Ummah, dakwah tidak akan terjejas tanpa kita tetapi kitalah yang terjejas jika meninggalkan dakwah.

4) Terasa ukkuwwah islamiah, dapat mengamalkan dan menyebarkan ilmu yang dipelajari dan semakin tersedar daripada lena yang panjang.

5) Lebih komited dengan Islam, lebih banyak ilmu, lebih berdisiplin, memanfaatkan waktu, terasa ukhuwwah islamiah yang merentas benua...



Mari kita lihat siapa yang kena...jelir

Anwar http://creamstudents.com/
Abid http://maal-hijrah.blogspot.com/
Zulkifli http://zulyunus.com/