07 June 2008

Bahasa Arab Edisi ke 2 (Jumlah Mufidah)

Salam perjuangan...peace

Bahasa Arab mempunyai 2 jenis ayat lengkap جُمْلَةُ الْمُفِيْدَةِ iaitu:

جُمْلَةُ الإِسْمِيةِ dan جُمْلَةُ الْفِعْلِيةِ


جُمْلَةُ الإِسْمِيةِ

Merupakan ayat yang bermula dengan إِسْمٌ di awal ayat.

Terdiri daripada gabungan مُبْتَدَأٌ (subjek) dan خَبَرٌ (predikat)


Rumah itu besar اَلْمَنْزِلُ كَبِيْرٌ

Sekolah itu luas اَلْمَدْرَسَةُ وَاسِعَةٌ



جُمْلَةُ الْفِعْلِيةِ


Merupakan ayat yang bermula dengan فِعْلٌ di awal ayat.

Terdiri daripada gabungan فِعْلٌ (perbuatan) + فَاعِلٌ (orang yang

melakukan perbuatan) + مَفْعُولٌ بِهِ (apa yang terkena perbuatan itu)


Budak itu makan pisang أَكَلَ الطِفْلُ الْمَوْزَ

Aku mendengar radio سَمِعْتُ الرَادِيوا



Perhatian!!!

فِعْلٌ bagi جُمْلَةُ الْفِعْلِيةِ tidak mengambil kira wazan, manakala

فِعْلٌ bagi جُمْلَةُ الإِسْمِيةِ haruslah diambil kira wazannya.


Contohnya:

جُمْلَةُ الْفِعْلِيةِ

أَكَلَ الطِفْلُ الْمَوْزَ

أَكَلَ الطِفْلاَنِ الْمَوْزَ

أَكَلَ الأَطْفَالُ الْمَوْزَ



جُمْلَةُ الإِسْمِيةِ

اَلطِفْلُ أَكَلَ الْمَوْزَ

اَلطِفْلاَنِ أَكَلاَ الْمَوْزَ

الأَطْفَالُ أَكَلُوْا الْمَوْزَ





Ok, ana nak uji kefahaman antum.

Bagaimana kalau kita mahu menulis rumah itu besar?

اَلْبَيْتُ كَبِيرٌ atau اَلْبَيْتُ كَبِيْرَةٌ؟؟؟


Haa...jawab jangan tak jawab...
star





9 comments:

  1. Bad, as nak tamak sket. Tolong besarkan lagi font, as takleh nak baca langsung..huu..

    ana mutaasifah

    ReplyDelete
  2. salam perjuangan...

    => nmz

    ya, komen pertama drpd kipas-susah-mati shoutulhaq, :)

    ok2 dah betulkan...

    cuba try tengok sekali lagi...

    p/s: tanak jawab soalan ke? ;)

    ReplyDelete
  3. salam.. saya telah link blog ni..

    ReplyDelete
  4. salam perjuangan...

    => ijad

    terima kasih

    ReplyDelete
  5. eh, jumlah fi'liah x kira wazan ek?? ahaha.. lupa~~ nak tanya sket, kalo fa'il tu, hukum dia marfu' ke mansub? hehe.. camne nak tau marfu' atau mansub??

    bleh tanya ke ni? ke kene tunggu masuk syllabus? hehe.. meh nak jwb soklan.. sy pilih

    اَلْبَيْتُ كَبِيْرَة

    hehe.. betul ke ni? suka2 ati jerk...

    ReplyDelete
  6. > dalili:

    banyak nye soalan die, hehe...

    eh, jumlah fi'liah x kira wazan ek??

    tak, wazan2 cara kita nak ubah suai ayat itu apabila fa'il nya itu berubah...

    contoh senang BI (baca: bhs inggeris not bhs indonesia) he, she, it guna is, kalau i guna am...

    macam tu la juga bahasa arab...


    kalo fa'il tu, hukum dia marfu' ke mansub?


    fa'il i'rabnya (bkn hukumnya?!!!) marfu' atau berbaris depan


    camne nak tau marfu' atau mansub??


    ada senarai dalam ilmu nahu apa2 yang mansub dan marfu'.

    yang marfu' ni selalunya mubtada', khabar, fa'il, dll (baca: dan lain - lain not dalili)


    yang mansub pula selalunya maf'ulun bih, zharaf zaman, zaraf makan dll (baca: rujuk di atas)

    bleh tanya ke ni? ke kene tunggu masuk syllabus?

    dah jwb dah, tp nt ana terangkan lg...

    اَلْبَيْتُ كَبِيْرَة

    erm, sebelum2 ana nak tnye... npe اَلْبَيْتُ كَبِيْرَةadakah sebab ada ت di situ?

    jawapannya sebenarnya adalah

    اَلْبَيْتُ كَبِيْرٌ

    sebab بيت dikira sebagai muzakkar

    nice try then... ;)

    ReplyDelete
  7. owh, yeke... salah la tu. hehe... lupa da la, da 5 tahun gak tinggal arabic... baru nak refresh balik.. bagus la ada post cmni, at least bleh refresh balik.. da dpt igt sket2 la...

    akhirnya tau gak sikit2.. hehe.. da lama nak tau. maksudnya maf'ulun bih tu boleh mansub, tp kalau ada haraf jar dll (kalo dalili pn bleh gak, glemer sket) bleh gak jadi majrur kan?

    hehe... syukran atas ilmunya~~ kalau salah tafsir gtau tuh~~

    ReplyDelete
  8. eh, lupa nak tanya, cmne بيت bleh jd muzakkar plak? (teruknya ingatan ku. sesia blaja skola arab dulu. hehe...) cmne nak cam muzakkar n muannas?

    ReplyDelete
  9. > dalili:

    ana pun sekadar berkongsi sedikit ilmu

    maksudnya maf'ulun bih tu boleh mansub, tp kalau ada haraf jar dll (kalo dalili pn bleh gak, glemer sket) bleh gak jadi majrur kan?

    ana kurang memahami ayat di atas, adakah maksud soalan akak2

    a) maf'ulun blh boleh berubah drpd mansub kpd majrur jika jumpa harfu jar

    jawapannya: tak boleh. maf'ulun bih mansub saja.

    b) selepas harfu jar adalah majrur?

    ya, isim lepas harfu jar adalah majrur (berbaris bawah)

    cmne بيت bleh jd muzakkar plak?

    sebab tiada ta' marbuthah di hujungnya (ة)

    ada ana terangkan dalam post lepas...

    ni mesti tak baca previous article ni...

    ala, masih belum terlambat utk refresh, tak yah nyesal k?

    motivasi anak murid sikit, ;)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam perjuangan.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Segala isi kandungan blog ini merupakan serba sedikit perkongsian ilmu, pengalaman dan pendapat penulis.

Para pembaca diizinkan untuk berkongsi bahan-bahan blog ini dengan syarat dikekalkan link kepada blog ini.

Sebarang nasihat, komen, kritikan membina dan teguran berhikmah untuk penambahbaikan blog ini amatlah dialu - alukan.

Terima kasih.