18 February 2011
17 September 2010
The 500 Most Influential Muslims in the World
Assalamualaikum.
Sekian, selamat membaca~
10 September 2010
07 September 2010
Penterjemah Kitab Arab Diperlukan -Edisi Kemas Kini-
Edisi Kemas Kini :
Saya ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak mengemas kini blog ini.
Untuk makluman pihak penaja tersebut menghadapi sedikit masalah kewangan dalam menaja projek tersebut.
Sekian, terima kasih.
12 September 2009
Al Fatihah...
10 September 2009
Jam 9.45 malam
Ana bersama Salman, Hamzah dan sahabat-sahabat yang lain baru saja selesai menunaikan solat tarawih di MPH Halimah menerima panggilan telefon daripada Nailah. Namun memandangkan sesi tazkirah Salman akan bermula sebentar saja lagi panggilan itu dimatikan.
Sebaik sahaja sampai di OR Debate, ana menerima sms daripada Kak Beah memberitahu berita kematian ayah kepada Rahmah pada jam 9.30 malam.
Berita gempar ini kami sebarkan kepada teman-teman lain yang mengenali beliau. Ana juga sempat menelefon Rahmah bertanyakan khabar.
Sememangnya ana begitu tersentuh dengan tarbiah Pak Cik Borham rahimahullah terhadap anak-anak beliau.
Ini merupakan kali ketiga peristiwa kematian melibatkan ahli keluarga Rahmah, namun beliau dan keluarga kelihatan begitu tabah sekali. Masya Allah...
Teringat peristiwa ayah ana yang meninggal pada hujung tahun 2007, walau ana tidak menitiskan air mata pada minggu pertama kematian beliau, namun tetamu yang datang pasti dapat mengesan nada sedih pada diri ana...
Semoga Allah menempatkan roh Pak Cik Borham bersama roh-roh para solehin, amin...
Cerita lanjut boleh diperoleh di sini dan di situ.
p/s : ana baru sahaja mendapat berita kematian Purun dalam kemalangan jalan raya di Melaka...inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun...
10 September 2009
Shoutulhaq The Return...
Pindah Platform
Disebabkan masalah blogger.com yang digodam oleh hackers yang tidak bertanggung jawab telah pun selesai...
Ana mengambil keputusan untuk kembali menggunakan platform blogger.com.
Senarai IPT Terkemuka
Mungkin ada yang sudah melihat senarai universiti-universiti terkemuka dunia pada tahun ini :
- Massachusetts Institute of Technology
- Stanford University
- Harvard University
- University of California Berkeley
- Cornell University
- University of Michigan
- California Institute of Technology
- University of Minnesota
- University of Illinois Urbana Champaign
- University of Texas Austin
Seperti biasa universiti-universiti terbaik Malaysia seperti UM, UKM, UPM masih berlegar-legar di sekitar kedudukan yang sama. Malah, USM yang mendapat status APEX pun masih jauh ketinggalan di belakang. Persoalannya apakah kriteria pemilihan ini tepat? Mungkin persoalan ini boleh dibincangkan dengan lebih lanjut.
Ana cukup tertarik dengan komen bekas Rektor UIAM, Prof Dr. Kamal Hasan dalam ucapannya bertajuk semasa konvensyen "Strategic Planning & Quality Assurance In Higher Education in the Muslim World" di Hotel Crown Mutiara Plaza pada 20 Julai yang lalu :
Semua pihak begitu teruja untuk menaikkan rangking universiti masing-masing pada setiap tahun. Namun, saya ingin bertanya kepada sidang hadirin sekalian, universiti manakah yang membantu Muslim Bosnia dengan menerima kemasukan anak-anak Bosnia ini?
Lihatlah berapa ramai graduasi UIAM yang membangunkan kembali Bosnia hari ini !!!
06 September 2009
Moving...

Salam perjuangan...
After a few times my blog has been hacked, i would like to announce that i am moving to a new platform which is badr.hadithuna.com
This decision is really difficult for me after nearly 2 years using blogger.com. :(
13 August 2009
Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia...
Ketua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.
17 April 2009
Belasungkawa...
Assalamualaikum.
Mungkin ada di antara kita yang sudah terbaca berkenaan berita kemalangan jalan raya di Batu Pahat, Johor melibatkan sebuah kereta kancil dan bas ekspress. Kemalangan tersebut mengakibatkan kematian seorang suri rumah tangga dan dua anak kecilnya. Berita lanjut di sini dan di sini.
Namun, barangkali tidak ramai yang tahu bahawa mangsa merupakan kakak kepada salah seorang pelajar UIAM kampus Gombak dalam jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Arab.
Salam takziah diucapkan, semoga mereka semua termasuk dalam kalangan golongan orang-orang beriman.
اللهم اغفر لهم وا رحمهم وعافهم واعف عنهم
02 January 2009
Arabic Debating and Public Speaking Classes
Anda pernah mengimpikan untuk menjadi seperti mereka ???
IIUM Arabic Debating Team A
IIUM Arabic Debating Team B
IIUM Arabic Debating Team C
IIUM Arabic Best Speakers to be...
Mari bersama kami menunaikan impian anda !!!
Arabic Debating and Public Speaking Classes
8 - 10 pm
Tuesday and Thursday
Beginner Ustaz Ibrahim HS LR 18
Intermediate Ustaz Majdi HS LR 15
Advanced Ustaz Salah HS LR 20
It's FREE !!!
22 October 2008
Kembali menyepi...
blog ini akan kembali kesunyian kerana tuan empunya blog akan menghadapi final exam yang telah bermula pada hari ini (22 Oktober 2008).
23 Oktober - Final Arabic Speaking & Kuiz Intro To Fiqh
24 Oktober - Final Arabic Listening
31 Oktober - Final Bahasa Melayu Lanjutan
1 November - Final Ulum Quran & History of Arabic Literature
5 November - Final Intro to Feqh
12 - 14 November - Arabic Camp
01 September 2008
Status Akademik

Ana mohon maaf banyak2 kepada para pembaca sekalian kerana sudah lama tak kemaskini blog ini...Ana agak sibuk sejak bermulanya sesi pengajian.
Entry ini ana khususkan kepada rakan2 yang tertanya2 tentang status akademik ana setelah mendapat ilham daripada entry ini...
Soalan 1 : Eh, Kuantan tengah cuti ke sekarang ???
Soalan 2 : Eh, Bad bukan kate ko gi Indonesia ke?
Soalan 3 : Jauhnye datang melawat budak Gombak...Cuti ke???
Ini merupakan antara soalan cepu cemas yang sering ditanya kepada ana berkenaan status akademik ana oleh sahabat, member, rakan, kawan, teman...
Insya allah semoga entry ini menjelaskan kekaburan yang berlaku...
Sebenarnya ana telah tukar course
(Bioperubatan >> Perubatan >> Bahasa Arab)
dan tukar universiti
(UIAM Kuantan >> Universitas Hasanuddin >> UIAM Gombak)
Eh, Kenape tukar course pulak ??? daripada Perubatan kepada bahasa Arab???
Bak kata Dr Nik Abduh, ana turn 360... Ana tukar course atas sebab2 berikut :
Ana sememangya sebelum ini bercita2 untuk menjadi protaz dengan mendapat double degree (perubatan + pengajian Islam). Ana bercadang untuk meyambung pelajaran di kuliah Perubatan di Mesir selepas SPM dahulu tapi tiada rezeki sehinggalah ana berjaya untuk melanjutkan pelajaran di Makassar dalam bidang perubatan.
Sepanjang pengajian ana di Makassar, ana dibiayai sepenuhnya oleh ayah dan ibu ana. Ana masih menyimpan hasrat ana untuk menyambung pengajian di Mesir @ Syria selepas tamat pengajian di Makassar. Jadi, apabila ayah ana meninggal dunia pada hujung bulan Disember tahun lepas, ana terkesan dengan peristiwa ini daripada segi kewangan dan cita2 ana untuk melanjutkan pelajaran di Mesir @ Syria menemui jalan buntu.
Oleh sebab itu, ana mengambil keputusan nekad untuk menukar bidang ana ke bidang bahasa Arab. Ana juga merancang untuk membuat double major dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh insya Allah.
Eh, kenapa nta tak amik ke IRK terus ???
Sebab ana ingin menguasai bahasa Arab dahulu sebelum mendalami bidang agama.
إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له
Apabila telah matinya anak Adam itu, terputuslah amalannya melainkan tiga perkara : sedekah jariahnya, ilmu yang diajarkannya atau anak soleh yang sentiasa mendoakannya
رمضان كريم
11 July 2008
Dentistry di Indonesia ???

Post kali ini adalah untuk menjawab soalan daripada salah seorang pengunjung blog rakan ana berkenaan kursus pergigian di Indonesia. Ana dah cuba hubungi kawan2 ana di Indonesia dan antara cadangan yang ana rasa terbaik adalah seperti berikut:
Dentistry UNAIR (Universitas Air Langga)


Tempoh pengajian : 5 tahun
Syarat kemasukan : CGPA > 3.0 - Matrikulasi dan 3 prinsipal B subjek sains - STPM serta lulus peperiksaan kemasukan universiti tersebut. Rakan ana hanya memberitahu peperiksaan gelombang ke 2 (dalam bulan 8)
Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi ejen berkenaan. Wallahu a'lam.
QAS Management (M) Sdn Bhd
14-2, Jalan USJ 9/5R, Subang Jaya Business Center
47620 Subang Jaya, SELANGOR
Tel: 03 - 8024 4824
Fax: 03 - 8024 8155
En Zaini 019 332 6583
Pn Norizah 012 2339360
E-Mail: askme@qas.com.my
Ø
25 June 2008
2nd Taaruf Week

walau bagaimanapun, insya allah ana akan update secepat mungkin apabila ada kelapangan nanti...
sementara itu, antum bolehlah membaca blog2 sahabat UIAM Mari yang tersenarai...memang best...
ape? tanak UIAM Mari??? takpe2x...lawatilah blog2 Makassar Punya Cerita...semoga bermanfaat...

p/s: doakan ana exempted untuk Arabic Placement Test, English Placement Test dan Tilawah Placement Test...amin...