Showing posts with label Akademik. Show all posts
Showing posts with label Akademik. Show all posts

11 December 2011

Kamus Arab...

Assalamualaikum.

Peperiksaan akhir semester 1 semakin menghampiri.

Masing-masing pasti sibuk dengan kuiz, tugasan, projek dan sebagainya.

Bagi pelajar Fakulti Bahasa Arab dan Kesusasteraan Arab yang mengambil mata pelajaran Pengenalan kepada Ilmu Terjemahan pasti sedang bertungkus lumus menyiapkan tugasan Dr. Akmal Khuzairy.

Jadi saya ingin berkongsi beberapa kamus bahasa Arab online yang saya sering gunakan. Malah terbukti lebih diyakini ketepatan terjemahan maknanya daripada khidmat Google Translator atau Babylon dan sebagainya. 

11 September 2011

Semester Baru...

Assalamualaikum.

Sudah lama penulis tidak berkongsi apa-apa di blog ini. Komitmen terhadap kerja sementara dan program-program Kelab Debat Bahasa Arab UIAM memerlukan banyak masa, tenaga dan buah fikiran.


Semester baru...

Azam baru...

Subjek baru...

Artikel blog baru... 

Tahniah kepada sahabat-sahabat yang telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda mereka pada semester-semester lalu.

Kepada kawan-kawan yang menjadi pelajar tahun akhir pula pada semester ini, selamat menikmati hari-hari terakhir anda di Taman Ilmu dan Budi ini.

Manakala bagi yang masih di bangku pengajian, mari kita sama-sama teruskan perjuangan kerana 


Perjuangan Kita Belum Selesai


Akhir kata, penulis sertakan ucapan yang diambil daripada IIUM Alumni Commemorative Book 2010 ini :

Charge form The Dean

Dear Graduands, 

Congratulations to all of you on this momentous occasion. Graduation is without a doubt a major landmark on your life. It is definitely an important achievement, but far more important than that is actually what you do with it. Whatever degree that you did to get you on this year's graduation list is just a foundation, a launch pad for something else. It is a launch pad for you to obtain more knowledge independently and in a manner that will lead to the attainment of wisdom and ultimately, the pleasure of Allah 'azza wa jalla. It is also a launch pad for you to contribute more meaningfully to society so that it may progress and prosper within a mould that is compatible with the Islamic values and principles. I therefore charge you to be an agent of meaningful reform, of positive change, of dynamic transformation in society. I charge you to serve and serve and serve, to benefit others with your talent, knowledge and skills until the day you return to the One who gave you all that. So make your move, graduands, carrying the torch of this Garden of Knowledge and Virtue, in the name of the Most Beneficent, Most Compassionate.    

Dr. Badri Najib Zubir
Dean,
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences.


02 November 2010

Berakhirnya Semester 1 2010/2011

Assalamualaikum.


2 November 2010
KAED Seminar Room

Insya Allah pada pukul 12 tengah hari esok, saya akan menduduki peperiksaan akhir bagi subjek Nahu 3, dengan menggunakan kitab Syarh Ibn Aqil bawah tunjuk ajar Dr. Nik Hanan. Subjek ini merupakan antara subjek teras bagi para pelajar Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Arab UIAM. 



Manakala pada jam 3 petang pula saya akan menduduki peperiksaan akhir bagi subjek Arabic for Academic Purposes, Subjek CELPAD yang wajib diambil oleh kesemua pelajar Kuliah Ilmu Berteraskan Wahyu yang tidak mengambil mata pelajaran English for Academic Purposes. Saya bergurukan seorang pensyarah dari Sudan, Ustaz Ahmad Seid.

---------------------------------------------------------------------

Sekali lagi, mohon doanya...

Sekian, terima kasih.

27 October 2010

Ilm Ma'ani vs. Ilm Dilalah

Assalamualaikum.

28 Oktober 2010
3 petang
Seminar Room

Insya Allah pada petang esok, saya dan 4 orang rakan lagi akan menduduki peperiksaan akhir bagi subjek Ilm Ma'ani. Kami berlima diizinkan Allah untuk menuntut dengan Dr. Badri Najib bin Zubir, Dekan Kulliyyah Ilmu Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan.


                    PhD in Arabic : 1999 (from School of Oriental and African Studies, University of London)
                    MA in Arabic : 1994 (from School of Oriental and African Studies, University of London)
                    BA in Arabic Language and Literature :  1992 (from Al-Azhar University, Cairo).

Sepanjang pengajian, kami menggunakan kitab Dalail al-I'jaz (fi Ilmi al-Ma'ani) karya Abdul Qahir al-Jurjani.

 أأترك إن قلت دراهم خالد                  زيارته ؟ إني إذا للئيم

Menurut kajian penulis, ilmu tertinggi dalam bidang bahasa Arab merupakan 'Ilm Dilalah atau Semantics, kita akan mengkaji berkenaan makna sesuatu kalimah dalam ayat al-Quran, al-Hadits, syair dan lain-lain. Manakala, ilmu tertinggi dalam bidang sastera Arab pula ialah Ilmu Ma'ani, apabila kita mengkaji makna - makna tersirat sesuatu ayat al-Quran, al-Hadits, syair dan sebagainya.

Sebagai perbandingan, penulis bawakan contoh yang diberikan oleh Dr. Badri dalam surah al-Fatihah :

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين الرحمن الرحيم مالك يوم الدين

Menurut ilmu Dilalah, ar-Rahman ar-Rahim bermaksud Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Penyayang. ar-Rahman dan ar-Rahim kedua juga bermakna Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Penyayang. Tiada beza antara kedua-dua ar-Rahman dan ar-Rahim.

Manakala dalam Ilmu Ma'ani, رب العالمين Tuhan sekalian alam (kekuasaan Allah di dunia) dan مالك يوم الدين Raja pada Hari Pembalasan (kekuasaan Allah di akhirat). 

Ayat ini membuktikan kekuasaan mutlak Allah yang menguasai segala-galanya di dunia dan di akhirat.
Sepertimana yang kita tahu, seorang pemimpin yang mempunyai kuasa mutlak seringkali berlaku zalim dan menindas rakyatnya. Bak kata pepatah Inggeris : 

absolute power corrupts absolutely

Tetapi Allah walau mempunyai kuasa mutlak (Yang Maha Berkuasa) Allah bersifat dengan sifat pemurah dan penyayang tidak menindas dan berlaku zalim kepada semua makhluk-Nya.  

Maha Suci Allah. 
................................................................................................
Doakan saya kawan-kawan.
Insya Allah, amin.

25 October 2010

Course De Lingustigue Generale

Assalamualaikum.


25 Oktober 2010
Seminar Room
9 Pagi



Insya Allah pada pagi esok jam 9-11 saya bersama rakan-rakan yang lain akan menduduki kertas pertama untuk peperiksaan akhir (decentralized exam) bagi semester ini. Kertas ini merupakan subjek Linguistik Am bawah seliaan Dr. Asem Shehadeh Saleh Ali dari Jordan.  


 
Dr. Asem Shehadeh Saleh Ali
BA (Jordan), MA (Khartoum), PhD (IIUM)

Saya menggunakan 2 buah buku untuk menelaah subjek ini: Sebuah buku tulisan Dr. Asem dan sebuah lagi hasil karya Dr. Ahmad Shehu. 



إذا ملك لم يكن ذا هبة               فدعه فدولته ذاهبة


Mohon doanya kawan-kawan...
Bittaufiq wannajah...
Insya Allah, amin...