11 December 2011

Kamus Arab...

Assalamualaikum.

Peperiksaan akhir semester 1 semakin menghampiri.

Masing-masing pasti sibuk dengan kuiz, tugasan, projek dan sebagainya.

Bagi pelajar Fakulti Bahasa Arab dan Kesusasteraan Arab yang mengambil mata pelajaran Pengenalan kepada Ilmu Terjemahan pasti sedang bertungkus lumus menyiapkan tugasan Dr. Akmal Khuzairy.

Jadi saya ingin berkongsi beberapa kamus bahasa Arab online yang saya sering gunakan. Malah terbukti lebih diyakini ketepatan terjemahan maknanya daripada khidmat Google Translator atau Babylon dan sebagainya. 





Kamus Arab-Arab :




Kamus ini menggunakan beberapa kamus Arab-Arab seperti :

  1. معجم الأعشاب
  2. المعجم الوسيط
  3. معجم عربي عام
  4. كلمات القران
  5. مختار الصحاح
  6. مصطلحات فقهية
  7. معاني الاسماء  
  8. معاني الكلمات العربية 
  9. معجم الاصوات 
  10. معجم المعاني العربي 

Khidmat kamus Arab-Inggeris disediakan. 


2) http://baheth.info/


Manakala laman web ini pula menyediakan khidmat kamus Arab-Arab sahaja: 
  1. لسان العرب
  2. مقاييس اللغة
  3. الصّحّاح في اللغة
  4. القاموس المحيط
  5. العباب الزاخر

3) http://www.wordreference.com/enar/


Antara kamus Arab-Inggeris-Arab yang bermanfaat untuk pengguna walau masih dalam proses pembangunan.

4) http://alqamus.moe.edu.my/ealqamus/v4/index.aspx


Laman web ini pula merupakan himpunan kamus Arab-Melayu-Arab yang diusahakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Boleh dikatakan bahawa kamus ini merupakan kamus terlengkap setakat pengetahuan saya.  


Wallahu A'lam...


Sebarang penambahan daripada para pembaca amatlah digalakkan. ^_^







5 comments:

Assalamualaikum. Salam perjuangan.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Segala isi kandungan blog ini merupakan serba sedikit perkongsian ilmu, pengalaman dan pendapat penulis.

Para pembaca diizinkan untuk berkongsi bahan-bahan blog ini dengan syarat dikekalkan link kepada blog ini.

Sebarang nasihat, komen, kritikan membina dan teguran berhikmah untuk penambahbaikan blog ini amatlah dialu - alukan.

Terima kasih.