Showing posts with label Translation projects. Show all posts
Showing posts with label Translation projects. Show all posts

08 June 2010

Terjemahan kitab Sofwah at Tafasir




{ قُلْ أَعُوذُ }

Katakanlah wahai Muhammad aku berlindung

{ بِرَبِّ الناس }

dengan Pencipta manusia dan Pengurus segala urusan mereka, Tuhan Yang Menghidupkan dan Mewujudkan mereka daripada tiada, dan Tuhan Yang Mengurniakan kepada mereka dengan pelbagai nikmat.

Menurut ahli-ahli tafsir: Pemilihan kalimah manusia (Tuhan manusia) merupakan bukti betapa tingginya darjat manusia di sisi Allah berbanding makhluk-Nya yang lain. Allah telah menundukkan segala hidupan demi kesenangan hidup manusia dan membekalkan manusia dengan akal dan ilmu sehingga para malaikat pun tunduk kepada mereka.    

{ مَلِكِ الناس }

Raja bagi seluruh makhluk yang memerintah dan makhluk yang diperintah, Raja yang berkuasa mutlak, memerintah dan mengatur urusan-urusan mereka, Raja Yang Memuliakan dan Menghinakan, Raja Yang Mengayakan dan Mengfakirkan.

{ إله الناس }

Sembahan manusia yang tiada Tuhan selain-Nya.

Al Qurtubi berkata: Allah berfirman dengan{مَلِكِ الناس * إله الناس} 
disebabkan oleh dalam kalangan manusia juga mempunyai raja-raja, lalu Allah mengisytiharkan bahawa Dialah Raja bagi segala raja. Malah, dalam kalangan manusia juga terdapat sembahan-sembahan selain-Nya, lalu Allah mengisytiharkan bahawa Dialah satu-satunya tuhan dan sembahan manusia. Maka Dialah yang wajib dijadikan tempat perlindungan dan pengharapan.

 
---------------------------------

Badrul Aini bin Sha'ari
~Taman Ilmu dan Budi~