05 October 2012

Software Himpunan Kitab-Kitab Arab

Assalamualaikum.

Peminat kitab-kitab Arab pasti sudah biasa mendengar software al-Maktabah al-Syamilah kerana software ini sangat bagus, dipercayai, dan amat menjimatkan kos kerana pembaca tidak perlu lagi membeli kitab-kitab Arab yang boleh mencecah harga ribuan ringgit. Malah Prof. Dr. Muhammad Abul Laits al-Khair Abadi, pakar hadis UIAM sendiri mengesyorkan penggunaan software ini kepada para pelajarnya.



Hasil carian saya setakat ini, saya menjumpai beberapa software baru seperti al-Maktabah al-Syamilah juga. Berikut saya senaraikan nama dan link kepada beberapa sofware himpunan kitab-kitab Arab yang baru saya temui di alam maya. Kesemua software ini ada bersama saya, jika ada yang berminat boleh copy daripada saya secara percuma.

Moga ada manfaatnya, insya Allah. Amin.

P/s; Saya masih dalam proses mencuba dan membandingkan setiap software dengan al-Maktabah al-Shamilah.


09 February 2012

Fadhilat Amalan yang Sahih (1)



فضائل الأعمال الصحيحة


عَنْ عَائِشَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: 


«رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا»


Aisyah radhiyallahu 'anha meriwayatkan bahawa Nabi sallahu alaihi wasallam bersabda: solat sunat sebelum Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isinya.