27 September 2011

Debat Bahasa Arab - Team Ranking Data Entry (2)

Assalamualaikum.

Saya akan terangkan dalam bentuk point form.

1. Selepas pusingan pertama, pihak usherer akan hantar keputusan bagi setiap dewan sidang ke bilik Tabs.

2. Pihak Tabs akan menyemak semula kiraan hakim-hakim dalam setiap dewan sidang dibimbangi berlaku 
    sebarang kesilapan pada kiraan markah.

3. Isi markah-markah tersebut dalam template excel untuk Team Ranking.

4. Column W/L ==> isi keputusan debat dalam setiap dewan sidang. Kebiasaannya nombor 1 digunakan 
    untuk pasukan yang menang manakala nombor 0 digunakan untuk pasukan yang kalah.

5. Column JRY ==> isi bilangan hakim yang menyokong pasukan yang menang dan kalah.

6. Column SCR ==> isi bilangan markah setiap pasukan dalam tiap-tiap dewan sidang.

7. Column MGN ==> isi bilangan margin setiap pasukan debat dalam dewan sidang masing-masing. 
    Pasukan yang menang akan mendapat nilai positif manakala pasukan yang kalah akan mendapat nilai
    negatif.

8. Custom sort markah-markah tadi mengikut susunan berikut (tandakan largest to smallest): 

Total Win ==> Total Jury ==> Total Margin ==> Total Score

9. Ranking pasukan akan tersusun mengikut jumlah kemenangan, jumlah hakim, jumlah beza markah dan 
    jumlah markah.

10. Biro Tabs akan mencetak makluimat tadi dan tampalkan di dewan besar. 

11. Susunan pasukan untuk pusingan seterusnya akan disusun mengikut peraturan pihak penganjur sama ada menggunakan power match bracket atau power match

12. Kedudukan pasukan akan dipaparkan di skrin dalam dewan besar.  

13. Markah setiap pendebat akan diisikan dalam template excel untuk Best Debater Data Entry.


Insya Allah akan bersambung dalam entri akan datang berkenaan cara mengira kedudukan pendebat terbaik.Sekiranya ada sebarang persoalan sila kemukakan di email atau facebook saya.



================================================================

Badrul Aini bin Sha'ari
~Taman Ilmu & Budi~

Debat Bahasa Arab - Team Ranking Data Entry (1)

Assalamualaikum. 

Insya Allah pada entri kali ini saya akan menceritakan mengenai cara kiraan untuk menentukan kedudukan pasukan debat bahasa Arab.  

Penerangan ini berdasarkan template Team Ranking yang sering digunakan dalam pertandingan-pertandingan debat bahasa Arab ala-parlimen di Malaysia.

Column pertama ==> susunan kedudukan pasukan-pasukan.

Anda akan mendapati ada column berwarna merah (DILARANG USIK!!!)

Column kedua ==> (DBT 1-DBT 6) susunan pasukan-pasukan debat bagi setiap dewan sidang.

Column ketiga ==> (S 1-S 6) untuk side bagi setiap pasukan dalam dewan sidang. 
                               Kebiasaannya digunakan angka 5 untuk hukumah dan 0 untuk muaradhah.

Kemudian, tunggu keputusan pusingan pertama.      

Bersambung pada entri akan datang, insya Allah.


=====================================================================


Badrul Aini bin Sha'ari
~Taman Ilmu & Budi~

Debat Bahasa Arab - Tugas Tabs & Adjudication




Assalamualaikum.

Pada entri kali ini saya akan memperincikan lagi bidang tugas Biro Tabs and Adjudication (Tabs) dalam sesuatu pertandingan debat ala-parlimen bagi kategori bahasa Arab.


1) Setiap kali selesai satu pusingan, pengiring bagi sidang berkenaan akan datang ke bilik Tabs membawa markah. Tabs akan menyemak semula markah tersebut dikhuatiri berlaku sebarang kesilapan hakim ketika memberi markah.

2) Kemudian markah-markah tadi akan diisikan dalam sistem untuk menentukan kedudukan setiap pasukan. 


3) Apabila kesemua pasukan sudah disusun mengikut kedudukan masing-masing, pasukan-pasukan tersebut akan disusun mengikut sistem power match/power match bracket untuk perlawanan seterusnya. 


4) Selepas itu, keputusan akan dipamerkan di dewan besar sementara menunggu cabutan undi untuk tajuk seterusnya.


5) Markah kesemua pendebat akan dimasukkan dalam sistem lalu dipamerkan.


Frequently Asked Questions 


apa tu power match ???

apa tu power match bracket ???

apa tu kalah mati ???

Kiraannya mcm mana?

Norjanah Ramli

Singapura




Sistem Power Match atau Power Match Bracket hanya digunakan semasa pusingan kelayakan sahaja (kebiasaannya 6 pusingan) manakala sistem kalah mati digunakan semasa pusingan suku akhir hinggalah ke peringkat akhir pertandingan.


Bersambung insya Allah


====================================================================


Badrul Aini bin Sha'ari
~Taman Ilmu & Budi~





22 September 2011

Debat Bahasa Arab - Penganjuran Pertandingan



Assalamualaikum.

Tolong listkan akak committee debate dengan job scopenya boleh?

Nor Janah Ramli
Singapura


Berikut merupakan jawapan bagi soalan salah seorang pembaca blog ini berkaitan penganjuran pertandingan debat bahasa Arab.Sebarang tambahan maklumat amat dialu-alukan.



Senarai ahli jawatan kuasa bahagian perlaksanaan dalam sesuatu pertandingan debat ala-parlimen:

Tabs and Adjudications (Tabs)

  • Memasukkan markah peserta dalam sistem
  • Menentukan hakim bagi setiap dewan sidang debat bersama Ketua Hakim dan Timbalan Ketua Hakim

Program Coordinator (PC)
  • Mengatur tentatif program 
  • Memastikan program berjalan dengan lancar 

Preparation and Technical (Prep & Tech)

  • Menyediakan segala kelengkapan dan peralatan yang diperlukan untuk perjalanan program
  • Bekerjasama dengan PC

Catering
  • Menyediakan makanan dan minuman mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak PC

Special Task
  • Menyediakan hadiah
  • Meletakkan signage etc. 
  • Bekerjasama dgn PC

Accomodation and Transportation
  • Menguruskan pendaftaran dan tempat tinggal peserta

Welfare
  • Menjaga masa dalam dewan sidang
  • Menjadi pengiring bagi setiap pasukan debat 



=============================================================



Badrul Aini bin Sha'ari
~Taman Ilmu dan Budi~

11 September 2011

Semester Baru...

Assalamualaikum.

Sudah lama penulis tidak berkongsi apa-apa di blog ini. Komitmen terhadap kerja sementara dan program-program Kelab Debat Bahasa Arab UIAM memerlukan banyak masa, tenaga dan buah fikiran.


Semester baru...

Azam baru...

Subjek baru...

Artikel blog baru... 

Tahniah kepada sahabat-sahabat yang telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda mereka pada semester-semester lalu.

Kepada kawan-kawan yang menjadi pelajar tahun akhir pula pada semester ini, selamat menikmati hari-hari terakhir anda di Taman Ilmu dan Budi ini.

Manakala bagi yang masih di bangku pengajian, mari kita sama-sama teruskan perjuangan kerana 


Perjuangan Kita Belum Selesai


Akhir kata, penulis sertakan ucapan yang diambil daripada IIUM Alumni Commemorative Book 2010 ini :

Charge form The Dean

Dear Graduands, 

Congratulations to all of you on this momentous occasion. Graduation is without a doubt a major landmark on your life. It is definitely an important achievement, but far more important than that is actually what you do with it. Whatever degree that you did to get you on this year's graduation list is just a foundation, a launch pad for something else. It is a launch pad for you to obtain more knowledge independently and in a manner that will lead to the attainment of wisdom and ultimately, the pleasure of Allah 'azza wa jalla. It is also a launch pad for you to contribute more meaningfully to society so that it may progress and prosper within a mould that is compatible with the Islamic values and principles. I therefore charge you to be an agent of meaningful reform, of positive change, of dynamic transformation in society. I charge you to serve and serve and serve, to benefit others with your talent, knowledge and skills until the day you return to the One who gave you all that. So make your move, graduands, carrying the torch of this Garden of Knowledge and Virtue, in the name of the Most Beneficent, Most Compassionate.    

Dr. Badri Najib Zubir
Dean,
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences.