27 September 2011

Debat Bahasa Arab - Tugas Tabs & Adjudication




Assalamualaikum.

Pada entri kali ini saya akan memperincikan lagi bidang tugas Biro Tabs and Adjudication (Tabs) dalam sesuatu pertandingan debat ala-parlimen bagi kategori bahasa Arab.


1) Setiap kali selesai satu pusingan, pengiring bagi sidang berkenaan akan datang ke bilik Tabs membawa markah. Tabs akan menyemak semula markah tersebut dikhuatiri berlaku sebarang kesilapan hakim ketika memberi markah.

2) Kemudian markah-markah tadi akan diisikan dalam sistem untuk menentukan kedudukan setiap pasukan. 


3) Apabila kesemua pasukan sudah disusun mengikut kedudukan masing-masing, pasukan-pasukan tersebut akan disusun mengikut sistem power match/power match bracket untuk perlawanan seterusnya. 


4) Selepas itu, keputusan akan dipamerkan di dewan besar sementara menunggu cabutan undi untuk tajuk seterusnya.


5) Markah kesemua pendebat akan dimasukkan dalam sistem lalu dipamerkan.


Frequently Asked Questions 


apa tu power match ???

apa tu power match bracket ???

apa tu kalah mati ???

Kiraannya mcm mana?

Norjanah Ramli

Singapura




Sistem Power Match atau Power Match Bracket hanya digunakan semasa pusingan kelayakan sahaja (kebiasaannya 6 pusingan) manakala sistem kalah mati digunakan semasa pusingan suku akhir hinggalah ke peringkat akhir pertandingan.


Bersambung insya Allah


====================================================================


Badrul Aini bin Sha'ari
~Taman Ilmu & Budi~





No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Salam perjuangan.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Segala isi kandungan blog ini merupakan serba sedikit perkongsian ilmu, pengalaman dan pendapat penulis.

Para pembaca diizinkan untuk berkongsi bahan-bahan blog ini dengan syarat dikekalkan link kepada blog ini.

Sebarang nasihat, komen, kritikan membina dan teguran berhikmah untuk penambahbaikan blog ini amatlah dialu - alukan.

Terima kasih.