01 September 2008

Status Akademik

Salam perjuangan... :reading:


Ana mohon maaf banyak2 kepada para pembaca sekalian kerana sudah lama tak kemaskini blog ini...Ana agak sibuk sejak bermulanya sesi pengajian.













Entry ini ana khususkan kepada rakan2 yang tertanya2 tentang status akademik ana setelah mendapat ilham daripada entry ini...


Soalan 1 : Eh, Kuantan tengah cuti ke sekarang ???

Soalan 2 : Eh, Bad bukan kate ko gi Indonesia ke?

Soalan 3 : Jauhnye datang melawat budak Gombak...Cuti ke???


Ini merupakan antara soalan cepu cemas yang sering ditanya kepada ana berkenaan status akademik ana oleh sahabat, member, rakan, kawan, teman...

Insya allah semoga entry ini menjelaskan kekaburan yang berlaku...

Sebenarnya ana telah tukar course
(Bioperubatan
>> Perubatan >> Bahasa Arab)

dan tukar universiti
(UIAM Kuantan >> Universitas Hasanuddin >> UIAM Gombak)

Eh, Kenape tukar course pulak ??? daripada Perubatan kepada bahasa Arab???


Bak kata Dr Nik Abduh, ana turn 360...
Ana tukar course atas sebab2 berikut :

Ana sememangya sebelum ini bercita2 untuk menjadi protaz dengan mendapat double degree (perubatan + pengajian Islam). Ana bercadang untuk meyambung pelajaran di kuliah Perubatan di Mesir selepas SPM dahulu tapi tiada rezeki sehinggalah ana berjaya untuk melanjutkan pelajaran di Makassar dalam bidang perubatan.

Sepanjang pengajian ana di Makassar, ana dibiayai sepenuhnya oleh ayah dan ibu ana. Ana masih menyimpan hasrat ana untuk menyambung pengajian di Mesir @ Syria selepas tamat pengajian di Makassar. Jadi, apabila ayah ana meninggal dunia pada hujung bulan Disember tahun lepas, ana terkesan dengan peristiwa ini daripada segi kewangan dan cita2 ana untuk melanjutkan pelajaran di Mesir @ Syria menemui jalan buntu.

Oleh sebab itu, ana mengambil keputusan nekad untuk menukar bidang ana ke bidang bahasa Arab. Ana juga merancang untuk membuat double major dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh insya Allah.


Eh, kenapa nta tak amik ke IRK terus ???


Sebab ana ingin menguasai bahasa Arab dahulu sebelum mendalami bidang agama.

Ana juga rasa bertanggungjawab untuk mengambil alih sekolah ayah ana yang telah diusahakannya selama ini. Kitab2 Arab beliau juga banyak yang akan terbiar begitu sahaja jika ana tidak mengubah kursus ana sekarang.




إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

Apabila telah matinya anak Adam itu, terputuslah amalannya melainkan tiga perkara : sedekah jariahnya, ilmu yang diajarkannya atau anak soleh yang sentiasa mendoakannya


رمضان كريم



12 comments:

  1. Salam bad...
    Alhamdulillah akhirnya jelas tanda tanya yang terawang2 selama beberapa lama ni...hmm, kite as wakil student msia kat Unhas rase agak terkilan sbb kehilangan seorg sahabat yg kita rasakan sgt bernilai dan berharga dalam membentuk komuniti kat sini. Tp kite yakin semua ni dlm perancangan Allah dan pastilah ia yg terbaik utk semua. Kite doakan yg terbaik utk awak...insyaAllah niat suci awak tu akan dibantu dan dipermudahkan oleh Allah. Semangat!!!

    ReplyDelete
  2. erk, ade lagi ke yang tertanya2..

    Rabbuna yusahhil!

    salam ramadhan

    ReplyDelete
  3. Salam akhi

    Kalaulah banyak orang muda fikir macam enta (nampak hala tuju dan matlamat belajar)...
    Barakallah Fiik in whatever youre doing!

    ReplyDelete
  4. uiks.. ko lupe ke nak mention name aku juge yang tertanya2 nape tetibe ko ade kat gombak? huhu~

    mase tu ko cam tak cite perkara sebenarnye yang membuatkan ko wujud kat gombak. isk.. sampai hati tak cite. huhu~

    o. sekarang everything da clear.. boleh la cerita kat member2 aku yang lain.. :D

    ReplyDelete
  5. salam perjuangan...

    > emann : terima kasih atas kata2 semangat2...tapi ana tidaklah menyumbang banyak sangat pun sepanjang ana bersama antum...masih banyak lagi perkara yang ana nak baiki dalam komuniti kite dulu...

    p/s: eh, sejak bile jadi wakil Unhas('?')

    > nurilahi :

    masih ramai tak tau As... syukran

    > khabbab :

    insya allah semoga antum berjaya menyambung cita2 ana untuk menjadi protaz... :)

    > szakif :

    haha, aku dah tambah dah name ko... ramai sangat tnye dh lpe la...

    ReplyDelete
  6. baru clear...

    saye wondering dlm diam..hehe

    ReplyDelete
  7. salam perjuangan...

    > jennyto : oh ye ke ???

    semoga menjadi protaz sahabat2 ku aliran science stream sekalian... :)

    ReplyDelete
  8. salam bad,
    semoga nta dalam keadaan sihat selalu, ana rindu plak kat nta..ana terharu dengar penjelasan nta yg matang dan futuristik.Semoga nta berada thabat dalam perjuangan ISlam. BIar sape2 pun kita eitheir doctor or ustaz we are together under the oath of Islam. Setiap org berfungsi untuk memajukan umat Islam. Kita jumpa di medan 'ummat ' 5 tahun lagi, insyallah sama2 yer. Allah tahu apa yang terbaik untuk nta.

    ReplyDelete
  9. salam perjuangan...

    > hanif :

    terima kasih banyak2 atas doa nta...

    نحن دعاة قبل كل شيء

    ReplyDelete
  10. Panjang perjalanan menuntut Ilmu..mudah2an di permudahkan Allah...ex pelajsr UNHAS ek...sebenarnya byk majlis di MAKASSAR yg blh anta turutserta....smbil bljr ilmu kedoktoran pun blh memperdalam Ilmu agama,bhs Arab, ushul Fiqh n laen2...pluang untuk menjadi Protas sgt cerah...diantara sist yg di terapkan di sana adalah pesantren Mahasiswa...insyaAllah brguna bg pljr2 Malaysia yg ingin memperdalam Ilmu din...join organisasi2 dakwah yg b2l2 mmprjusngkn islam...di sana bg saudara bad tetap istiqomah...insyaAllah Org yg keluar menuntut ilmu akan brda di jalan Allah smpailah ia kmbali...

    ReplyDelete
  11. salam..
    means anta x hbskan course medic la ye? k

    or anta dah hbs medic n then smbg arab?

    maaf ye..

    ReplyDelete
  12. salam perjuangan...

    > barboza:

    itu pendapat nta, ana sependapat dengan nta...

    tapi pendapat ana pulak tak cukup sekadar belajar di indonesia...

    > tolong reply ye:

    ana belajar bioperubatan dan perubatan tak habis

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam perjuangan.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Segala isi kandungan blog ini merupakan serba sedikit perkongsian ilmu, pengalaman dan pendapat penulis.

Para pembaca diizinkan untuk berkongsi bahan-bahan blog ini dengan syarat dikekalkan link kepada blog ini.

Sebarang nasihat, komen, kritikan membina dan teguran berhikmah untuk penambahbaikan blog ini amatlah dialu - alukan.

Terima kasih.