03 September 2008

Ramadhan Kareem...

Salam perjuangan... peace

Insya Allah dalam masa terdekat ana akan update pula pasal bertaubat... Selepas cuti mid sem ini ana akan kembali sibuk dengan tugasan harian seperti biasa... Doakan juga kecemerlangan ana dalam mid term exam...

Tunggu... babai


--------------------------------------

UPDATE

12 / 9 / 08

-------------------------------------

Salam perjuangan... encem

يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون البقرة: 183

Wahai orang2 yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu seperti mana telah diwajibkan puasa ke atas orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertaqwa.


Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW seharusnya bersyukur sangat2 kerana dikurniakan pelbagai nikmat yang tak diberikan kepada umat-umat lain. Umat terdahulu diwajibkan untuk berpuasa 3 hari pada setiap bulan sedangkan kita hanya perlu berpuasa 1 bulan penuh sahaja.

Wait! Wait! kate kita dikurniakan kelebihan berbanding umat terdahulu, diowang puasa 3 hari je tiap2 bulan!!! Boleh pilih2 hari plak tu...


Umat terdahulu WAJIB puasa 3 HARI tiap2 bulan = 36 HARI
Umat Muhammad WAJIB puasa 30 HARI berturut2 = 30 HARI

Kalau tambah puasa 6 hari di bulan Syawal, pahalanya sama seperti berpuasa 1 TAHUN

Dish3x... tumbuk hah, amik kau, nyampuk lagi...


Fadhilat bulan Ramadhan untuk umat ini pun banyak, antaranya :

  • Pintu syurga dibuka
  • Pintu neraka ditutup
  • Syaitan dirantai
  • Bau mulut harum semerbak kasturi
  • Malaikat mendoakan kita
  • Doa mustajab
  • Malam Lailatul Qadar

Menyentuh mengenai fadhilat bulan Ramadhan, suka ana mengingatkan para pembaca sekalian akan hadis2 maudhu' dan dhaif yang menjadi bualan masyarakat awam kita :

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih 

Diriwayatkan oleh Saidina Ali daripada Rasulullah s.a.w. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w.  mengenai fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat Terawih pada bulan Ramadhan.

  1. Malam pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan  daripada Allah.
  2. Malam kedua: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka  orang yang beriman).
  3. Malam ketiga: Berseru malaikat di bawah arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah  mengampunkan dosa engkau.
  4. Malam keempat: Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang- orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur  dan Al-Quran.
  5. Malam kelima: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil  Aqsa.
  6. Malam keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat- malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
  7. Malam ketujuh: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi a.s. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamam.

Haha, hebat2...tepuktangan Patutlah kita lihat ada umat Islam yang solat sunat Tarawih tapi tak PUASA!!! Cukuplah dah dapat amalan para Nabi, para malaikat...

Ketahuilah tuan2, Rasulullah SAW telah memberi amaran keras ke atas sesiapa yang berbohong atas nama baginda walau dengan tujuan yang baik sekalipun! Na'azubillah...

قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏من كذب علي متعمدا ‏ ‏فليتبوأ ‏ ‏مقعده من النار

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tersedialah tempat baginya dalam neraka!


Bagaimana kita hendak mengetahui sejauh mana ketaqwaan kita ??? Ana ingin berkongsi dengan antum kisah ulama' silam yang bernama Abu Bakar Al Baqilani, pengarang kitab I'rab Al Quran ketika mana beliau bermusafir ke Rom. Maharaja Rom yang mendengar berita ini berhasrat untuk menguji tahap ketaqwaan beliau lalu menjemput beliau untuk singgah di istana baginda.

bersambung....

2 comments:

Assalamualaikum. Salam perjuangan.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Segala isi kandungan blog ini merupakan serba sedikit perkongsian ilmu, pengalaman dan pendapat penulis.

Para pembaca diizinkan untuk berkongsi bahan-bahan blog ini dengan syarat dikekalkan link kepada blog ini.

Sebarang nasihat, komen, kritikan membina dan teguran berhikmah untuk penambahbaikan blog ini amatlah dialu - alukan.

Terima kasih.