17 September 2010

The 500 Most Influential Muslims in the World



Assalamualaikum.


Ketika otak sudah berasa tepu mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan, apa kata kita rehat-rehatkan minda dengan membaca, menganalisa dan mengkaji buku terbaru The Royal Islamic Strategic Studies Centre ini : 




muat turun :


AMARAN!!!

Senarai 500 tokoh ini tidak sunyi daripada kontroversi, namun saya memuji usaha mengumpulkan biodata mereka agar masyarakat lebih mengenali tokoh sanjungan dan kritikan mereka dengan lebih adil dan saksama. 


Sekian, selamat membaca~
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Minggu peperiksaan dan tugasan kembali...

Mohon doanya, amin...

~Taman Ilmu dan Budi~

10 September 2010

Salam Aidilfitri 1431 H



Assalamualaikum.


Penulis mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua pembaca blog ini dan muslimin muslimat yang mengenali diri ini.

Penulis juga memohon maaf atas segala salah dan silap selama ini sama ada disedari ataupun tidak.

تقبل الله منا ومنكم

~Taman Ilmu dan Budi~


08 September 2010

Terawih 8 Dikatakan Hadis Maudhu'?



Assalamualaikum.

Surau berdekatan rumah saya sebentar tadi telah dihadiri oleh seorang imam jemputan yang pernah menuntut di Yaman. Selesai beberapa rakaat Terawih, beliau diminta untuk memberi sedikit tazkirah. 

Tazkirah tersebut seperti biasa dimulakan dengan teknik at-Targhib wa at-Tarhib. Saya hanya mendengar sahaja tazkirah beliau. Namun, selang beberapa lama, imam jemputan mula melakukan jenayah ilmiah.

Tuan-Tuan, Ramadhan dah nak berakhir ni...Solatlah 20 rakaat...Solat 8 rakaat tu hadis maudhu', hadis dhaif

Astaghfirullah, sampai begitu berat sekali kenyataan liar imam jemputan ini! 
Para makmum pula hanya mengiakan saja! 

Saya bukanlah jenis yang suka bertegang leher mempertahankan solat sunat 8 rakaat atau 20 rakaat. Jika si imam tidak bersetuju sekalipun dengan mereka-mereka yang berpegang pada pendapat solat sunat terawih 8 rakaat, tindakan beliau mengeluarkan kenyataan seperti ini amatlah tidak wajar!

Di mana hendak diletakkan hadis sahih riwayat Aisyah radhiallahu anha yang menyatakan bahawa Rasulullah solat tarawih 11 rakaat? 


حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ 

سَأَلَ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَيْفَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي 

رَمَضَانَ فَقَالَتْ مَا كَانَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي 

أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ 

يُصَلِّي ثَلَاثًا فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ قَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ عَيْنَيَّ تَنَامَانِ وَلَا يَنَامُ قَلْبِي
صحيح البخاري 7 /138

Di kesempatan ini saya menyeru kepada diri saya sendiri dan para pembaca sekalian untuk lebih berhati-hati pabila berbicara mengenai agama, jangan hanya sekadar tangkap muat sahaja apa-apa isi berbentuk agama terus ditelan bulat-bulat tanpa diselidiki terlebih dahulu.

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang berilmu, beriman dan beramal.

Insya Allah, amin.

~Taman Ilmu dan Budi~

07 September 2010

Penterjemah Kitab Arab Diperlukan -Edisi Kemas Kini-


Assalamualaikum.

Edisi Kemas Kini :

Saya ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak mengemas kini blog ini.

Untuk makluman pihak penaja tersebut menghadapi sedikit masalah kewangan dalam menaja projek tersebut.
===============================================================

Saya telah diamanahkan untuk mencari beberapa orang penterjemah untuk menterjemah bab-bab berkaitan muamalat dalam kitab al-Mudawwanat, sebuah kitab Arab dalam mazhab Maliki ke bahasa Malaysia.

المدونة الكبرى رواية سحنون بن سعيد عن عبد الرحمن بن القاسم عن مالك بن أنس

Para penterjemah akan dibayar mengikut bilangan muka surat yang telah diterjemahkan daripada kitab asal. Jika ada yang berminat sila hubungi saya dengan secepat mungkin. 


Sekian, terima kasih.

===============================================================
Badrul Aini bin Sha'ari
~Taman Ilmu dan Budi~

03 September 2010

Kompilasi Debat 2010



Assalamualaikum.


Saya meminta maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini. Alhamdulillah, sudah ada beberapa idea datang mencurah-curah untuk dinukilkan namun tuntutan kuliah menangguhkan seketika hasrat tersebut. 

Artikel ini ditulis memandangkan terdapat permintaan khas daripada salah seorang adik-adik 'Kanak-Kanak Ribena' SMKA al Irsyad supaya saya membuat sedikit liputan berkenaan pertandingan debat peringkat ASEAN yang lalu. Maka, penulis memilih untuk membuat kompilasi 3 program debat sepanjang bulan Jun-Ogos yang lalu dalam bentuk gambar dan komen ringkas. 

 
Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan
29 Jun 2010
USIM, Nilai

Pihak KISAS yang bertindak selaku pembangkang pada pusingan akhir kejohanan masih memegang gelaran juara bagi kejohanan ini selama 3 tahun berturut-turut setelah berjaya menewaskan SMKA Naim Lilbanat sebagai kerajaan dalam usul yang dibawa mereka :
Menghadkan Bilangan Mata Pelajaran SPM Amat Penting.

Pendebat Terbaik dimenangi oleh saudari Tasneem daripada SMKA Naim Lilbanat. 


Tahniah diucapkan!

Laporan lengkap boleh didapati di sini dan di sini.

Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar 2010
8-11 Julai 2010
Hotel Putra, KL


Kejohanan kali kedua anjuran MUSLEH ini disertai oleh beberapa buah sekolah menengah dari Malaysia dan Indonesia (MUTIARA).
 

 Penulis bersama peserta-peserta dari Riau, Indonesia


 Penulis menerima hadiah saguhati daripada Ketua Hakim, saudara Abu Hafiz
 

 Pengalaman pertama penulis menjadi MC

 
Barisan hakim lelaki

KISAS menebus kembali kekalahan mereka kepada SMI Hidayah pada Kejohanan Debat Peringkat Sekolah anjuran UIAM yang lalu apabila muncul sebagai juara. Bacaan lanjut boleh didapati di sini dan sini.

30 Julai-3 Ogos 2010
Kejohanan Debat Bahasa Arab peringkat ASEAN 
USIM, Nilai 



 Pasukan B UIAM bersama UIN Syarif Hidayatullah A
 

 Pasukan B UIAM - Johan
 

 Team A UIAM - Naib Johan
  

Team A dan Team B

Rujuk juga blog ini dan ini.


---------------------------------

Badrul Aini bin Sha'ari
~Taman Ilmu dan Budi~