08 September 2010

Terawih 8 Dikatakan Hadis Maudhu'?



Assalamualaikum.

Surau berdekatan rumah saya sebentar tadi telah dihadiri oleh seorang imam jemputan yang pernah menuntut di Yaman. Selesai beberapa rakaat Terawih, beliau diminta untuk memberi sedikit tazkirah. 

Tazkirah tersebut seperti biasa dimulakan dengan teknik at-Targhib wa at-Tarhib. Saya hanya mendengar sahaja tazkirah beliau. Namun, selang beberapa lama, imam jemputan mula melakukan jenayah ilmiah.

Tuan-Tuan, Ramadhan dah nak berakhir ni...Solatlah 20 rakaat...Solat 8 rakaat tu hadis maudhu', hadis dhaif

Astaghfirullah, sampai begitu berat sekali kenyataan liar imam jemputan ini! 
Para makmum pula hanya mengiakan saja! 

Saya bukanlah jenis yang suka bertegang leher mempertahankan solat sunat 8 rakaat atau 20 rakaat. Jika si imam tidak bersetuju sekalipun dengan mereka-mereka yang berpegang pada pendapat solat sunat terawih 8 rakaat, tindakan beliau mengeluarkan kenyataan seperti ini amatlah tidak wajar!

Di mana hendak diletakkan hadis sahih riwayat Aisyah radhiallahu anha yang menyatakan bahawa Rasulullah solat tarawih 11 rakaat? 


حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ 

سَأَلَ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَيْفَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي 

رَمَضَانَ فَقَالَتْ مَا كَانَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي 

أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ 

يُصَلِّي ثَلَاثًا فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ قَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ عَيْنَيَّ تَنَامَانِ وَلَا يَنَامُ قَلْبِي
صحيح البخاري 7 /138

Di kesempatan ini saya menyeru kepada diri saya sendiri dan para pembaca sekalian untuk lebih berhati-hati pabila berbicara mengenai agama, jangan hanya sekadar tangkap muat sahaja apa-apa isi berbentuk agama terus ditelan bulat-bulat tanpa diselidiki terlebih dahulu.

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang berilmu, beriman dan beramal.

Insya Allah, amin.

~Taman Ilmu dan Budi~