28 April 2009

Practical Training...

Salam perjuangan...


27 April 2009

Malam ini merupakan malam terakhir ana mengajar bahasa Arab kepada beberapa orang pelajar di Madrasah Al Hidayah Al Islamiah. Terasa agak berat mahu menyerahkan adik-adik ini kepada anak murid ayah ana yang lebih senior sementara pemergian ana menyambung pengajian bagi semester pendek di UIAM.


19 April 2009 

Bermulanya cuti akhir semester 2 bagi para pelajar UIAM Gombak. Masing-masing dengan agenda masing-masing. Ada bermacam ragam mereka memanfaatkan waktu yang terluang ini. Ada yang melancong, ada yang berprogram dan sebagainya. Ana pula bagaimana ???

Seperti biasa selama ini setiap kali menjekang cuti persekolahan atau cuti selepas menjejakkan kaki di menara gading, ana akan menuntut ilmu bahasa Arab di sekolah Allahyarham ayah ana, Ustaz Sha'ari Ishak pada waktu pagi, petang dan malam.

Tapi pada malam itu, selepas setengah jam belajar...

Ana diminta untuk mengajar...

Ini merupakan pengalaman pertama ana mengajar mengikut kaedah pengajaran yang telah ayah ana terapkan selama ini di kelas beliau.

Pada mulanya ana berasa agak kekok juga apabila dipanggil ustaz...hehe...memandangkan ilmu ana yang tak seberapa dibandingkan dengan senior-senior madrasah.

Namun, amanah yang diberikan itu ana terima juga sebagai melatih diri menjadi pewaris ayah ana, bekas Pakar Rujuk Bahasa Arab, Kementerian Pelajaran Malaysia suatu ketika dahulu...

   

Alhamdulillah, setelah seminggu lebih ana belajar dan mengajar, ana merasakan bahawa salah satu cara untuk ana meningkatkan penguasaan bahasa Arab ana selain berdebat adalah mengajar!

Ana tidak dapat tidak sependapat dengan Joseph Joubert: 


To teach is to learn twice

13 comments:

  1. hehe
    sebijik macam ayah ye :)

    ReplyDelete
  2. Salam,

    lepas ni anak bapak ikut bapak dia jugak jadi pakar rujuk bhs arab kementerian pelajaran.. ;)

    ReplyDelete
  3. nurira ~*

    amiiiinnnn...:)

    tq singgah akak....

    ReplyDelete
  4. terjumpa blog ni.. masih teringat sangat kata-kata dan pengajaran al-marhum ketika menuntut di ptg kerai besar dan sg petani sekitar tahun 1992, 1993 dan 1994.

    ReplyDelete
  5. @Anonymous

    Salam, abang / kakak...

    trima kasih atas kunjungan ini...

    doakan saya semoga dapat mengikut jejak langkah beliau....

    ReplyDelete
  6. Kata-kata al-marhum ketika memberi semangat kepada kami utk mengambil STA ketika itu (walaupun cuma ada sebulan utk persediaan):

    "Cuba-cuba menanam mumbang. kalau tumbuh pasak negeri"

    "Wa hatta liqaaina aakhar, lakum minna ajmalal-muna...

    Semoga tuan diberkati, Allahumma aminnn..

    ReplyDelete
  7. @Anonymous

    Salam, abang / kakak...

    "Mana la tau, satu hari nanti hampa jadi juruheboh ka...

    سيداتي آنساتي سادتي،
    وحتى نلتقي مرة آخرى لكم منّا أجمل منا

    ReplyDelete
  8. Terima kasih sheikh...

    ReplyDelete
  9. teruskan perjuangan, bad..~

    ReplyDelete
  10. @ 5senses :

    insya allah, amin..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam perjuangan.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Segala isi kandungan blog ini merupakan serba sedikit perkongsian ilmu, pengalaman dan pendapat penulis.

Para pembaca diizinkan untuk berkongsi bahan-bahan blog ini dengan syarat dikekalkan link kepada blog ini.

Sebarang nasihat, komen, kritikan membina dan teguran berhikmah untuk penambahbaikan blog ini amatlah dialu - alukan.

Terima kasih.