Sem 1, 2008
Ulum Hadis
Ana berguru dengan seorang pakar dalam bidang ini, Assoc. Prof. Dr. Abu Laits dengan menggunakan kitab karangannya sendiri
(علوم الحديث : أصيلها ومعاصرها).
Alhamdulillah, ana banyak mendapat manfaat daripada beliau. Dalam subjek ini, ana mengetahui taraf-taraf hadis-hadis nabawi. Subjek banyak menginsafkan ana yang selama ini memandang remeh berkenaan keperluan menilai sesuatu hadis sebelum diriwayatkan dalam penulisan dan penyampaian ana.
Intro to Fiqh
Subjek ini juga banyak mengubah pemikiran ana berkenaan agama Islam yang dibina atas hujah-hujah dalil yang mu’tabar. Kami menggunakan kitab karangan salah seorang pensyarah UIAM, Dr. Fuad Sawari lulusan Jordan (المدخل إلى دراسة الفقه الإسلامي).
Ana mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru ana, Ust Wan Rumaizi yang banyak membuka minda kami sepanjang semester dengan perbincangannya yang menarik bersama para pelajar berkaitan sejarah mazhab-mazhab Fiqh.
Ulum Quran
Ya, jika subjek sebelumnya belajar menggunakan kitab karangan suami (Dr. Fuad Sawari), maka subjek ini pula kami menggunakan kitab karangan isterinya, Dr Sofiah yang mengajar dengan penuh dedikasi,
(المدخل إلى دراسة علوم القرآن).
Kami mengetahui sejarah pembukuan al Quran dan ilmu-ilmu lain berkaitan al Quran serta cara menangkis serangan pemikiran musuh-musuh Islam berkaitan al Quran.
Sejarah Sastera Arab (تاريخ الأدب العربي)
Subjek ini merupakan subjek kuliah pertama ana. Ana menuntut bersama Dr Adli Yaacob. Baru pertama kali ana terdengar mengenai syair Arab dan sebagainya…Hatta Imam Syafie pun bersyair!
لَيْسَ الْمَرْؤُ بِثِيَابِهِ
Tidaklah sesorang itu mulia kerana pakaiannya
عَلَيَّ ثِيَابٌ لَوْ تٌبَاعُ بِفَلْسٍ
Pakaianku ini jika dibeli dengan 1 Fals
لَكَانَ الْفَلْسُ مِنْهُنَّ أَكْثَرَ
Nescaya 1 Fals itu lebih banyak
وَفِيْهِنَّ نَفْسٌ لَوْ تُقَاسُ
Dalamnya terdapat jasad yang jika ditimbang
بِنُفُوْسِ الْوَرَىْ لَكَانَ أَجَلَّ وَأَكْبَرَ
Dengan manusia seluruhnya nescaya lebih mulia dan agung
Wah, bukan main lagi Imam Syafie ini membidas ejekan tukang gunting rambut terhadap kemiskinan beliau! Beliau menunjukkan contoh bahawa tokoh ulama harus berani mempertahankan diri bukan dengan berkata secara tawadu’: “lantak la nak kata ape pon…”
Subjek ini merupakan subjek yang harus ana ulang semula selepas subjek yang sama ana belajar di UIAM Kuantan dahulu tidak diambil kira, huhu…sabar la bad… -_-
Dalam subjek ini kami mempelajari sejarah bahasa Melayu yang hanya berasal daripada 3 perkataan sahaja pada asalnya dan perkembangannya sampai hari ini. Credit to my lecturer, Khalifah Suffiah… J
Listening skills
Ana belajar bersama Ust Azhari yang banyak menggunakan khidmat audio. Setiap suara latar rakaman audio ini ana kenal setelah menyertai debat bahasa Arab. Alhamdulillah, agak membantu ana dalam mengarungi hari-hari sebagai budak CELPAD dalam subjek kulliyyah.
Speaking skills
Ust Wan Rusli Wan. Itulah nama pensyarah bagi mata pelajaran ini. Masih teringat suatu kuiz beliau untuk membuat summary (تَلْخِيْصْ) sebuah drama pentas Arab (مَسْرَحِيَّة) bertajuk ‘Kucing dan Tikus’ (قِطَط وَفِرَان) dalam waktu revision period sebanyak beberpa ratus muka surat! Walau pada mulanya, ana agak tidak berpuas hati dengan tugasan ini, namun setelah hampir menyiapkannya ana mengakui manfaatnya.
Syukran ya ustaz!
Sem 2, 2008/2009
Nahu 1 (اَلنَّحْو الْعَرَبِي الأول)
Jika semester lepas ana belajar bersama adiknya, Dr. Adli Yaacob maka semester ini ana belajar pula dengan kakaknya, Dr. Solehah Yaacob. Ana bersama sahabat-sahabat seperjuangan diperkenalkan dengan kitab Syarh Ibn Aqil (شَرْح ابْن عقيل) syarah kepada kitab Alfiah Ibn Malik (اَلْفِية ابن مَالِك).
Jika sebelum ini ana hanya belajar secara praktikal daripada allahyarham ayah ana, ustaz Sha’ari Ishak, maka semester ini ana belajar teori-teorinya pula.
Sorof 1
Seperti nahu yang sempat ana pelajari bersama ayah ana di sekolah beliau sewaktu cuti penggal persekolahan, ana juga hanya belajar sorof serba ringkas. Dalam subjek ini barulah ana mengetahui teori-teori ilmu sorof daripada Dr. Yasir menggunakan kitab karangan salah seorang pensyarah bahasa Arab UIAM, Dr. Abu Said. Alhamdulillah, Dr. Yasir banyak menekankan bahagian praktikal sorof.
Usul Fiqh
Dalam subjek ini pula, ana berguru bersama ust Mustafa dengan menggunakan kitab karangan Dr. Fuad Sawari (المدخل إلى دراسة أصول الفقهي الإسلامي).
Para pelajar dibawa menyelusuri manhaj-manhaj aliran para ulama usul fiqh dan mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan qias dan ijma’ selain al Quran dan as Sunnah.
Bahasa Melayu Komunikasi
Ana mengetahui protokol-protokol urusan rasmi melalui subjek ini bersama Datin Wan Khuzaimah. Kami juga belajar format-format surat rasmi, memorandum, kertas kerja dan sebagainya.
Writing skills
Ust Mohamad El Taiyib, pensyarah daripada Sudan mengajar kami dengan begitu tegas terutamanya berkaitan kehadiran kami ke kelas.
p/s: kata2 hikmat beliau: Idon’t care if you come late as long as you come… ^_^
Reading skills
Subjek ini belajar bersama 2 pensyarah Dr. Abdullah Adam Khair dan Ust Mohamad El Taiyib.
p/s: Eh, Esok ana exam paper ni jam 3 petang…harap doakan ya!
tahniah~!
ReplyDeletealhamdulillah akhirnya harapan seorang ayah untuk melihat anaknya mahir di dalam bidang linguist hampir bakal tercapai dengan pertukaran status tu..
ReplyDeletemcm biasalah pesanan dari mantan "cikgu" hang ni...
1. jgn org lain da naik bulan hang baru nak cari roket
2. kurangkan sikit aktiviti sosial & persatuan, ingat, klw org lain datang U nak belaja je awak bawak lebih dari itu
@As
ReplyDeletetlima kasih... -_-
@bunda
ReplyDeletehehe...baik cekgu... -_-
tahniah bad, belajar rajin rajin
ReplyDeleteana sentiasa doakan anta
bad, ingat daku dalam doa mu
darus.interferon@gmail.com
all the best..semoga tercapai segala impian.. ingatkan nak lwn status pojan.. terkezut ana.. nak lawan tokey nmpk..
ReplyDeleteSalam akhi
ReplyDeleteTeruskan usaha. Moga dapat menjadi murabbi yang soleh & bertaqwa pada orang awam seperti kami.
Ilmu yang akan dipelajari amat penting untuk melahirkan manusia yang pemimpin yang ubudiyyahnya hanya pada Allah ta'ala.
Moga thabat.
Fastaqim kama umirta...
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam
@fauzan
ReplyDeletesyukran ya akhi...
nta bakal bertukar status ke?
@Anonymous
ReplyDeletehaha, bce bg hbs dlu lain kali...
p/s:siape ni ye? cm kenal je...hehe
@traveller
ReplyDeleteinsya allah, amin...
teruskan usaha tawadhu anta ini, barakallah fiik
ReplyDelete