
Ya, kali ini ditag oleh cik senyum...

Tapi tag kali ini dah takde senarai soalan panjang2 dah...

Hanya cari 5 blogger je...

Jadi, sila ceriakan blog anda, awak, kamu, nta, nti dengan senyuman ini...

Wait! Wait! kate kita dikurniakan kelebihan berbanding umat terdahulu, diowang puasa 3 hari je tiap2 bulan!!! Boleh pilih2 hari plak tu...Umat terdahulu WAJIB puasa 3 HARI tiap2 bulan = 36 HARI
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
Ana mohon maaf banyak2 kepada para pembaca sekalian kerana sudah lama tak kemaskini blog ini...Ana agak sibuk sejak bermulanya sesi pengajian.
Entry ini ana khususkan kepada rakan2 yang tertanya2 tentang status akademik ana setelah mendapat ilham daripada entry ini...
Soalan 1 : Eh, Kuantan tengah cuti ke sekarang ???
Soalan 2 : Eh, Bad bukan kate ko gi Indonesia ke?
Soalan 3 : Jauhnye datang melawat budak Gombak...Cuti ke???
Ini merupakan antara soalan cepu cemas yang sering ditanya kepada ana berkenaan status akademik ana oleh sahabat, member, rakan, kawan, teman...
Insya allah semoga entry ini menjelaskan kekaburan yang berlaku...
Sebenarnya ana telah tukar course
(Bioperubatan >> Perubatan >> Bahasa Arab)
dan tukar universiti
(UIAM Kuantan >> Universitas Hasanuddin >> UIAM Gombak)
Eh, Kenape tukar course pulak ??? daripada Perubatan kepada bahasa Arab???
Bak kata Dr Nik Abduh, ana turn 360... Ana tukar course atas sebab2 berikut :
Ana sememangya sebelum ini bercita2 untuk menjadi protaz dengan mendapat double degree (perubatan + pengajian Islam). Ana bercadang untuk meyambung pelajaran di kuliah Perubatan di Mesir selepas SPM dahulu tapi tiada rezeki sehinggalah ana berjaya untuk melanjutkan pelajaran di Makassar dalam bidang perubatan.
Sepanjang pengajian ana di Makassar, ana dibiayai sepenuhnya oleh ayah dan ibu ana. Ana masih menyimpan hasrat ana untuk menyambung pengajian di Mesir @ Syria selepas tamat pengajian di Makassar. Jadi, apabila ayah ana meninggal dunia pada hujung bulan Disember tahun lepas, ana terkesan dengan peristiwa ini daripada segi kewangan dan cita2 ana untuk melanjutkan pelajaran di Mesir @ Syria menemui jalan buntu.
Oleh sebab itu, ana mengambil keputusan nekad untuk menukar bidang ana ke bidang bahasa Arab. Ana juga merancang untuk membuat double major dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh insya Allah.
Eh, kenapa nta tak amik ke IRK terus ???
Sebab ana ingin menguasai bahasa Arab dahulu sebelum mendalami bidang agama.