14 April 2008

Kampus Al Azhar Cawangan Malaysia???



Dipetik daripada Berita Harian Online

Kampus Al-Azhar hab ilmu
Oleh Mohd Amin Jalil


REMBAU: Penubuhan cawangan Universiti Al-Azhar kampus Malaysia di Negeri Sembilan mampu melonjakkan negeri dan negara ini sebagai hab serta destinasi pengajian tinggi terunggul di persada antarabangsa, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata, penubuhan cawangan universiti tertua dunia itu di luar Mesir satu sejarah kerana ia pertama kali ditubuhkan dalam tempoh 1,000 tahun pusat pengajian terunggul itu beroperasi. Katanya, ia bukan saja memberi impak besar, terutama mewujudkan peluang pendidikan sempurna kepada umat Islam, malah menjadi benteng kepada mereka berhadapan pelbagai ancaman anti-Islam.


"Kelulusan Majlis Senat universiti itu menubuhkan kampus cawangan pertamanya di luar Mesir di negeri ini membuktikan pengiktirafan mereka terhadap negara kita yang banyak berjasa dalam memartabatkan agama Islam," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pecah tanah universiti itu yang turut dihadiri Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Institusi Pengajian Tinggi negeri, Shamsulkahar Mohd Deli; Yang Dipertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS), Mohd Shukor Sabudin dan wakil Universiti Al-Azhar, Prof Dr Umar Abdullah Kamil. Pembinaan kampus di kawasan kira-kira tujuh hektar di Kilometer 35 Jalan Seremban-Tampin itu dibiayai sepenuhnya oleh YSNS dan untuk permulaan akan menawarkan bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Syariah, Tahfiz al-Quran dan Qiraat.


Menteri Besar berkata, penubuhan kampus cawangan ini bakal menjadi rujukan kepada permasalahan umat Islam di rantau ini selain melahirkan lebih ramai cendekiawan Islam pada masa depan, ulama dan pemimpin ketrampilan ilmu, keperibadian dan pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia. Katanya, kelulusan penubuhan kampus cawangan universiti itu juga menunjukkan universiti berkenaan menyahut cabaran beliau supaya membuat perubahan dengan mengambil kira perkembangan pendidikan global ketika melakukan lawatan di universiti itu tiga tahun lalu. "Kerajaan negeri yakin walaupun kampus ini dikendalikan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), ia akan membolehkan lebih ramai pelajar negara ini mengikuti pengajian di universiti terkenal dunia itu tanpa perlu ke Mesir, sekali gus mengurangkan pengaliran keluar wang negara dan pada masa sama membawa masuk wang asing dalam konteks pendidikan global. "Ia bertepatan dengan hasrat kerajaan menjadikan kawasan barat negeri ini sebagai lembah ilmu melalui penubuhan lebih banyak pusat pengajian tinggi tempatan dan bertaraf antarabangsa," katanya.

Ana mengaharapkan supaya Universiti Al Azhar Cawangan Malaysia ini tidaklah menjadi seperti IPTA / IPTS dalam negara kita yang terkongkong dengan AUKU dan sebagainya. Janganlah penubuhan universiti ini berlandaskan kepentingan politik kepartian yang sempit semata - mata
-Badrul-

8 comments:

  1. assalam..

    azhar di malaysia?

    [nilai semula]

    saya tidak nampak environment mesir dapat diwujudkan di malaysia

    dari segi penerimaan fikrah yg pelbagai

    dari segi sejarah ilmiah

    dari segi bahasa

    [jika]

    azhar diwujudkan juga dimalaysia

    maka..para azhariyun perlu dan mesti turun padang..utk wujud biah yang baik

    ReplyDelete
  2. salam perjuangan...

    betul, ana setuju dengan pandangan nta...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam...al-Azhar d M'sia mungkin jadi seperti UIAM...erm, mungkin tak =)

    ReplyDelete
  5. mslh bkn nak wujudkan elemen mesir ke ape. Tp nk bg peluang ramai org yg xdpt tampung kos tinggi g mesir belajar di Mesia dulu sblm sambung di sana. Jgn main belasah je tulis, kaji elok2 dulu. Check sape yg asaskan benda ni, camne senat al azhar setuju buka al azhar di rembau beb. N utk pengetahuan korang univ ni di asaskan oleh sebuah Yayasan. tiada bantuan kerajaan

    ReplyDelete
  6. Salam perjuangan...

    Untuk pengetahuan imran, kerajaan mesir sudah campur tangan dalam urusan pentadbiran universiti al azhar pada waktu ini. Maka tidak hairanlah senat al azhar setuju dengan cadangan tersebut.

    Lagipun sebarang IPTA / IPTS di Malaysia dikongkong oleh pihak kerajaan melalui AUKU. Lihatlah apa yang sudah terjadi kepada UIAM...projek OIC yang dirosakkan dengan campur tangan kerajaan Malaysia...

    ReplyDelete
  7. setahu saya mengaji di malaysia lebih mahal berbanding mengaji di mesir.. permulaan mengaji di sana hanya menggunakan rm5000 pada awalnya termasuk kapal terbang... cuba bayangkan kalau tolak kos kapal terbang.. lagi murah.. jika 4 tahun disana anggaran kos hanya dalam rm 21 000 .. kalo di malaysia.. 1 sem saja sudah berapa... di mesir kos rm 21 000 termasuk dgn rumah, makan , kitab dan segalanya... tapi di malaysia kos 20 ribu saja hanya untuk pengajian semata2.. saraan mata pelajaran semata2... x termasuk lagi hostel dn sbgainya...

    ReplyDelete
  8. setahu saya mengaji di malaysia lebih mahal berbanding mengaji di mesir.. permulaan mengaji di sana hanya menggunakan rm5000 pada awalnya termasuk kapal terbang... cuba bayangkan kalau tolak kos kapal terbang.. lagi murah.. jika 4 tahun disana anggaran kos hanya dalam rm 21 000 .. kalo di malaysia.. 1 sem saja sudah berapa... di mesir kos rm 21 000 termasuk dgn rumah, makan , kitab dan segalanya... tapi di malaysia kos 20 ribu saja hanya untuk pengajian semata2.. saraan mata pelajaran semata2... x termasuk lagi hostel dn sbgainya...

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam perjuangan.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Segala isi kandungan blog ini merupakan serba sedikit perkongsian ilmu, pengalaman dan pendapat penulis.

Para pembaca diizinkan untuk berkongsi bahan-bahan blog ini dengan syarat dikekalkan link kepada blog ini.

Sebarang nasihat, komen, kritikan membina dan teguran berhikmah untuk penambahbaikan blog ini amatlah dialu - alukan.

Terima kasih.