21 April 2008

Tentera Israel dedah kekejaman



Dipetik daripada Berita Harian Online

BAITULMAQDIS: Tentera Israel yang bertugas di Hebron mendedahkan tindakan ganas yang dilakukan rakan mereka dan peneroka haram Yahudi ke atas penduduk Palestin.

"Semua orang di sini berasa mereka melakukan sesuatu yang salah. Setiap orang mempunyai rakan yang berasa mereka sudah melakukan kesalahan," adalah ayat pembukaan dalam risalah setebal lebih 100 muka surat yang menceritakan kisah berpuluh-puluh anggota tentera yang berkhidmat di Hebron sejak beberapa tahun lalu.

Risalah itu disiarkan oleh organisasi Breaking the Silence, dan termasuk gambaran menakutkan mengenai tindak-tanduk tentera Israel dan peneroka Yahudi ke atas penduduk Palestin di Hebron.


Wakil organisasi itu mendakwa matlamat mereka ialah 'untuk menggalakkan perbahasan umum mengenai harga moral yang dibayar masyarakat Israel secara keseluruhan disebabkan realiti kasar dihadapi tentera muda yang terpaksa mengawal penduduk awam.'

Menurut pertubuhan itu, semua keterangan disiasat sepenuhnya sebelum dicetak dan dirujuk dengan keterangan saksi dan arkib organisasi hak asasi manusia lain.

Salah seorang aktivis berkata, keadaan di Hebron tidak banyak berubah dan Breaking the Silence banyak mendengar mengenai 'keruntuhan sistem moral' secara keseluruhan. - Agensi



Akhirnya mengaku Yahudi laknatullah akan kekejaman mereka selama ini terhadap umat Islam Palestin
-badrul-

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Salam perjuangan.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Segala isi kandungan blog ini merupakan serba sedikit perkongsian ilmu, pengalaman dan pendapat penulis.

Para pembaca diizinkan untuk berkongsi bahan-bahan blog ini dengan syarat dikekalkan link kepada blog ini.

Sebarang nasihat, komen, kritikan membina dan teguran berhikmah untuk penambahbaikan blog ini amatlah dialu - alukan.

Terima kasih.