09 April 2008

Quran Saintifik : Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains



Salam perjuangan…


Ana ingin berkongsi dengan antum mengenai sebuah lagi karangan berharga daripada Dr Danial Zainal Abidin. Dengan hanya membelanjakan RM 31, antum akan dapat menyelami ilmu sains yang disebutkan Quran lebih 1400 tahun lampau. Antum akan begitu teruja dengan hasil karya ini seolah-olah antum belajar sains berpandukan Quran.


Tujuan buku ini dikeluarkan menurut pengarangnya adalah untuk membuktikan bahawa Quran adalah sebenar-benarnya Kalam Allah kerana tidak dapat diragui lagi kesahihannya sama ada dari sudut bahasa mahupun sudut sains. Ditulis dengan gaya bahasa yang begitu menarik, ditambah pula dengan kajian - kajian saintifik yang diselitkan bagi menyokong hujah - hujah beliau, buku ini amatlah membantu para pembaca untuk lebih yakin dengan kebenaran dan keagungan Al Quran.


Jika antum mencari - cari bahan ilmiah berkenaan dengan penciptaan langit, bumi, manusia, hikmah - hikmah di sebalik perintah dan larangan Allah, buku setebal 310 muka surat ini sangatlah wajar dijadikan bahan rujukan antum…

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Salam perjuangan.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Segala isi kandungan blog ini merupakan serba sedikit perkongsian ilmu, pengalaman dan pendapat penulis.

Para pembaca diizinkan untuk berkongsi bahan-bahan blog ini dengan syarat dikekalkan link kepada blog ini.

Sebarang nasihat, komen, kritikan membina dan teguran berhikmah untuk penambahbaikan blog ini amatlah dialu - alukan.

Terima kasih.