28 March 2008

Siapa Yang Tidak Faham???

Parti pembangkang mula bertukar nada

Berita Harian Online

IPOH:Parti pembangkang terutama Pas dan DAP yang memainkan isu agama serta perkauman secara jelas untuk menawan hati pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kini bertukar nada selepas memenangi pilihan raya serta menubuhkan kerajaan di Perak.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Lumut yang juga Ketua Umno Bahagian Lumut, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata sebelum pilihan raya, Pas mengeksploitasi isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam.

Beliau berkata, dua hari sebelum pembuangan undi pada 8 Mac lalu, petugas Pas mengedarkan beribu-ribu risalah di masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang ditandingi calonnya, Mohammad Nizar Jamaluddin.

Katanya, risalah itu memetik fatwa daripada muzakarah ulama yang mengatakan haram bagi orang Islam memilih calon bukan Islam, iaitu Dr S Vasan daripada MIC yang mewakili BN.

"Tetapi, bila sudah berjaya menjadi kerajaan, beliau (Mohammad Nizar) mengatakan beliau Menteri Besar untuk semua kaum. Sekarang baru kita nampak wajah sebenar mereka.

"Saya ingin bertanya kepada Pas, apa terjadi dengan prinsip mereka untuk menubuhkan negara Islam teokratik seperti kempen mereka sejak bertahun-tahun lalu?" katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohammad Nizar yang memenangi DUN Pasir Panjang yang mempunyai lebih 65 peratus pengundi Melayu, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-10 pada 17 Mac lalu.

Dr Zambry berkata, DAP juga memainkan isu perkauman yang ketara sepanjang berkempen dengan mengatakan kepada orang Cina bahawa satu undi kepada MCA bermakna satu undi untuk Umno.

Beliau berkata, kempen cara berkenaan menyebabkan pemisahan yang lebih jauh antara orang Cina dengan Melayu.

"Kempen Pas dan DAP ini berjaya menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Islam dan bukan Islam hingga pengundi menolak calon BN," katanya.

Dr Zambry berkata, komponen BN juga boleh memainkan isu perkauman untuk meraih undi dengan menjadi juara kaum masing-masing, tetapi tidak menggunakan isu itu kerana mementingkan keharmonian dalam negara.

Beliau berkata, kini wujud perpecahan yang jelas di kalangan masyarakat mengikut parti dan kaum akibat permainan politik perkauman oleh Pas serta DAP.

"Saya melihat tugas utama kerajaan campuran DAP, Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak sekarang ialah menyatukan semula kaum yang terpisah-pisah mengikut fahaman politik dan agama," katanya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Lumut yang juga Ketua Umno Bahagian Lumut, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata sebelum pilihan raya, Pas mengeksploitasi isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam.

Beliau berkata, dua hari sebelum pembuangan undi pada 8 Mac lalu, petugas Pas mengedarkan beribu-ribu risalah di masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang ditandingi calonnya, Mohammad Nizar Jamaluddin.

Katanya, risalah itu memetik fatwa daripada muzakarah ulama yang mengatakan haram bagi orang Islam memilih calon bukan Islam, iaitu Dr S Vasan daripada MIC yang mewakili BN.


"Tetapi, bila sudah berjaya menjadi kerajaan, beliau (Mohammad Nizar) mengatakan beliau Menteri Besar untuk semua kaum. Sekarang baru kita nampak wajah sebenar mereka.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Komen : Pihak PAS mengatakan bahwa haram memilih calon yang bukan beragama Islam. Memanglah bertepatan dengan ajaran Islam. Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin mengatakan bahawa beliau merupakan Menteri Besar untuk semua kaum. Jadi apa salahnya kenyataan ini? Bukankah Islam mengajar kita bahawa kafir zimmi harus dilindungi seperti mana warga negara Muslim yang lain selagi mereka tidak memerangi Islam dan umatnya???

DAP pula hanya mengajak masyarakat bukan Islam untuk tidak memberikan undi mereka kepada parti UMNO, bukannya PAS dan DAP menimbulkan isu perkauman seperti yang difahami beliau.

Kesimpulan : Beginikah mentaliti pemimpin UMNO??? Membuat tuduhan melulu tanpa mengkaji dahulu sesuatu perkara??? Memang wajarlah mereka kalah teruk dalam Plihanraya Umum Ke 12 baru - baru ini!!!



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Salam perjuangan.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Segala isi kandungan blog ini merupakan serba sedikit perkongsian ilmu, pengalaman dan pendapat penulis.

Para pembaca diizinkan untuk berkongsi bahan-bahan blog ini dengan syarat dikekalkan link kepada blog ini.

Sebarang nasihat, komen, kritikan membina dan teguran berhikmah untuk penambahbaikan blog ini amatlah dialu - alukan.

Terima kasih.