26 March 2008

Pemimpin Berjiwa Rakyat

MB Kedah tolak peruntukan pagar kediaman, elak kepentingan peribadi
Azamin Amin
Tue | Mar 25, 08 | 7:05:35 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak menolak peruntukan kerajaan negeri untuk membaik-pulih pagar kediaman rumah beliau kerana tidak mahu menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Menurut Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Khalid menjelaskan penolakan Ustaz Azizan setelah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan pihak polis menyarankan agar pagar rumahnya diperbaiki menggunakan peruntukan sedia ada.

Ini kerana pihak UPEN dan polis yang melawat rumah Ustaz Azizan tempoh hari menasihati beliau untuk membina pagar berkenaan atas faktor keselamatan, kata Helmi.

"Kata MB kalau untuk kediaman peribadi beliau akan membiayainya menggunakan duit sendiri dan bukan peruntukan kerajaan negeri," kata Helmi memberitahu Harakahdaily.

Bagaimanapun pihak polis telah bersedia untuk mengeluarkan peruntukan sendiri untuk membina pondok pengawal di kediaman Ustaz Azizan di Jalan Sultanah Alor Setar, Kedah.

Helmi menjelaskan Ustaz Azizan tidak mendiami kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Sri Mentaloon sebaliknya terus tinggal dirumah lamanya di Jalan Sultanah, Alor Setar.

"Kediaman rasmi itu kini dijadikan sebagai rumah tetamu dan setakat ini Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS pernah singgah sebagai tetamu di kediaman tersebut," katanya.

"Tindakan ini mengejutkan banyak pihak kerana pendekatan Ustaz Azizan berbeza dengan kerajaan negeri yang terdahulu. Dan sikapnya ini mendapat sambutan yang cukup baik daripada rakyat keseluruhannya," kata Helmi. - mr

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Salam perjuangan.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Segala isi kandungan blog ini merupakan serba sedikit perkongsian ilmu, pengalaman dan pendapat penulis.

Para pembaca diizinkan untuk berkongsi bahan-bahan blog ini dengan syarat dikekalkan link kepada blog ini.

Sebarang nasihat, komen, kritikan membina dan teguran berhikmah untuk penambahbaikan blog ini amatlah dialu - alukan.

Terima kasih.