LONDON: Kesatuan Guru Kebangsaan Britain (NUT) berpendapat kalangan imam perlu dihantar ke sekolah negara itu bagi mendidik pelajar mengenai agama manakala pelajar juga seharusnya diberi masa dan kemudahan untuk bersolat ketika waktu sekolah.
Ia juga menggesa peraturan sekolah dipermudahkan dengan membenarkan pelajar memakai lambang keagamaan masing-masing termasuk bertudung atau memakai gelang.
Akhbar Daily Telegraph melaporkan, cadangan dirangka kesatuan guru itu akan menggantikan perhimpunan agama secara tradisi, kebanyakannya membabitkan pelajar Kristian. Ia juga sebahagian langkah radikal merombak pendidikan berasaskan agama di Britain.
Deraf dasar itu secara rasminya dipersetujui delegasi pada persidangan tahunan NUT di Manchester.
“Kita memerlukan strategi baru dan pendekatan lebih liberal untuk menghargai kepentingan agama di sekolah yang menjadi syarat penting mengurangkan permintaan sekolah Muslim, Yahudi, Kristian, Sikh dan Hindu yang berasingan,” kata Setiausaha Agung NUT Steve Sinnott.
“Kita boleh mengambil khidmat imam atau rahib serta paderi untuk mengajar di sekolah. Mereka boleh bercakap secara terus dengan pelajar dan ini sememangnya sesuatu yang menarik jika dapat direalisasikan.”
Sinnott berkata, langkah mengasingkan sekolah mengikut agama sebagai tidak wajar, malah mengundang risiko dengan merencatkan usaha murni kerajaan menggalakkan perhubungan kaum.
Ada kira-kira 7,000 sekolah agama di Britain, kebanyakannya menjadi antara sekolah popular dan disegani kerana pencapaiannya. - Agensi
-Dipetik dari Berita Harian Online-
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum. Salam perjuangan.
Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Segala isi kandungan blog ini merupakan serba sedikit perkongsian ilmu, pengalaman dan pendapat penulis.
Para pembaca diizinkan untuk berkongsi bahan-bahan blog ini dengan syarat dikekalkan link kepada blog ini.
Sebarang nasihat, komen, kritikan membina dan teguran berhikmah untuk penambahbaikan blog ini amatlah dialu - alukan.
Terima kasih.