26 March 2008

SAY NO @ KATAKAN TIDAK

Sebuah puisi menarik yang ana petik dari sebuah buku yang amat
menarik...

SAY NO @ KATAKAN TIDAK

No…
Untuk wajah tampan tanpa wawasan
Dan wajah jelita tanpa akhlak dan kesopanan

No…
Untuk maksiat, rokok, dadah, arak, pergaulan dan seks bebas
Zina, berpeleseran dan melepak tanpa haluan
Jenayah, ponteng, kurang ajar pada yang tua, biadap pada
yang muda
Sakiti manusia, aniaya haiwan dan alam

No…
Untuk trendmu yang cenderung pada Barat
Punk sampah, skinhead, blackmetal, dan
Setiap budaya negatif yang menjahanamkan aqidah dan peganganmu

No…
Untuk brand dan style pakaian yang berlawanan dengan peradaban
…seluar ketat, baju singkat mendedah pusat, jeans pendek
terbuka aurat, tudung tipis mendedah leher, kebaya nona seksi dan
mengghairahkan
dan setiap pakaian yang pastinya mengundang petualang

Katakan tidak…
Katakan tidak…
Katakan tidak…

No…
Buat pornografi, CD dan video lucah
Internet yang penuh ghairah
Chatting yang melalaikan
Jangan biarkan teknologi maklumat ini melumatkan iman
Dan meleburkan ketaqwaan

No…
Buat semua yang merosakkan fizikal, mental, spiritual dan
emosional
Terlebih lagi yang merosakkan aqidah, pegangan dan keimananmu

No…
Untuk yang akan merosakkan dirimu, maruahmu, nama baikmu
Keluargamu, Ummahmu, Agamamu.

Roha Hassan
UIA Gombak

(Dipetik dari buku "Aku Ori Bukan Fotokopi" , Roha Hassan)

20 March 2008

Penemuan Arkeologi versi Indonesia

Masih ingat dengan kisah mukjizat Nabi Musa yang membelah laut merah dengan tongkatnya?

Jika salah seorang antara anda menganggap kisah tersebut hanya merupakan dongeng belaka, sekarang mari kita semak tulisan di bawah ini.

Seorang Ahli Arkeologi Bernama Ron Wyatt

(lihat di http://www.wyattmuseum.com/ron-wyatt.htm) pada ahir tahun 1988 silam menyatakan bahawa dirinya telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno di dasar Laut Merah. Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam di lautan tersebut semasa mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya.

Menurut pengakuannya, selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama.

Penemuan ini tentunya semakin mengukuhkan dakwaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bahagian daripada tulang rangka para bala tentara Fir'aun yang tenggelam di laut Merah.

Apalagi daripada hasil ujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang ditemukan, memang benar adanya struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, di mana menurut sejarah, kejadian itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama. Selain itu, terdapat suatu benda menarik yang juga berhasil ditemukan, iaitu poros roda dari salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang,sehingga untuk saat ini bentuk aslinya sangat sulit untuk dilihat secara jelas.

Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi-nabiNya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita karangan belaka.

Diantara beberapa bangkai kereta tadi,ditemukan pula sebuah roda dengan 4 buah jeruji yang terbuat dari emas.Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh Firaun sang raja. Pada bagian peta yang dilingkari (lingkaran merah),menurut para ahli kira-kira disitulah lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya menyebrangi laut Merah. Lokasi penyeberangan diperkirakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba.

Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter. Kemiringan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 atau 4 derajat, sementara itu dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 derajat.

Diperkirakan jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter.Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah diperkirakan 900 meter.

Dapatkah kita membayangkan berapa gaya yang diperlukan untuk dapat membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang rata2 mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama, mengingat pengikut Nabi Musa yang menurut sejarah berjumlah ribuan? (menurut tulisan lain diperkirakan jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).

Menurut sebuah perhitungan, diperkirakan diperlukan tekanan (gaya per satuan luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter.

Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin,menurut beberapa perhitungan, setidaknya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan konstan 30 meter/detik (108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam!!!sungguh luar biasa, SUBHANALLAH!

29 January 2008

Karya Habiburrahman El Shirazy

Assalamualaikum, salam perjuangan. 

Artikel kali ini saya akan berkongsi dengan para pembaca sekalian sinopsis buku yang baru saja saya khatam bertajuk : “Dalam Mihrab Cinta”.



BIODATA PENULIS

Habiburrahman El Shirazy, nama yang sudah yang tidak asing lagi di kalangan peminat novel bercorak Islam tanah air. Beliau merupakan sarjana Universiti Al Azhar di Kaherah. Beliau juga merupakan Pengasas dan Penyelia Utama Pesantren Karya dan Wirausaha Basmala Indonesia, sekarang beliau menetap di Semarang, Jawa Tengah. Beliau juga telah meraih beberapa pingat penghargaan seperti Pena Award 2005, The Most Favourite Book and Writer 2005 dan IBF Award 2006.

Di antara hasil karya beliau selain novel ini adalah Ayat–Ayat Cinta (2004), Pudarnya Pesona Cleopatra (2004), Di Atas Sajadah Cinta (2004), Ketika Cinta Berbuah Syurga (2005), Ketika Cinta Bertasbih (2007), Langit Mekah Berwarna Merah, Bidadari Bermata Bening, Bulan Madu di Jerusalem.

**************************************************************************

Dalam ruangan sekapur sirih novel ini, beliau ada menceritakan bahawa novel Dalam Mihrab Cinta ini sebenarnya merupakan gabungan tiga novel iaitu Takbir Cinta Zahrana, Dalam Mihrab Cinta dan Mahkota Cinta.

**************************************************************************

Novel ini menambahkan lagi koleksi novel bercorak Islam di negara kita. Alhamdulillah fenomena ini sangat bagus kerana ianya dapat menjadi alternatif kepada para peminat novel yang sebelum ini amat jemu dan bosan dengan novel-novel yang berunsurkan cinta terlarang selama ini. Syabas saya ucapkan kepada penulis dalam usaha dakwahnya melalui mata pena ini. Semoga lebih banyak penulis dan hasil karya tempatan muncul setanding dengan beliau.

Komen saya berkenaan novel ini adalah setelah saya membaca novel versi terjemahan ini terasa kehilangan rasa nikmat sastera bahasa Indonesianya kerana novel ini tidak diterjemahkan dengan begitu teliti di mana masih terdapat penggunaan istilah bahasa Indonesia, kerana jika mahu diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia, hendaklah diterjemahkan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia. Jika tidak, biarlah dikekalkan bahasa Indonesianya. Selain itu, terdapat juga kesalahan tatabahasa dan kesalahan taipan yang terlalu ketara yang mengganggu kelancaran pembacaan.

22 January 2008

Gaza bergelap ‘hukuman mati’ rejim Israel

BANDAR GAZA 21 Jan. – Seluruh Gaza bergelap selepas loji janakuasa tunggal yang beroperasi terpaksa ditutup berikutan kehabisan bahan bakar berikutan sekatan Israel yang mahu membendung serangan roket para pejuang Palestin.

Penutupan loji yang membekalkan 30 peratus keperluan elektrik penduduk di wilayah ini menyebabkan seluruh Bandar Gaza bergelap dan memburukkan lagi keadaan masalah yang sedia teruk di wilayah pesisir ini.

Bekalan elektrik ditutup secara rasmi pada pukul 8 malam tadi (2 pagi Isnin waktu Malaysia) dan tindakan itu akan menyebabkan krisis kemanusiaan yang mengancam nyawa penduduk.

“Kami terpaksa menutup loji janakuasa ini sebab kehabisan bahan api,” kata Pengarahnya, Rafiq Mliha.

Beliau turut memberi amaran mengenai “kesan buruk kepada penduduk, operasi hospital dan loji rawatan air.”

Rafiq memberitahu, beliau juga tidak mengetahui bila Israel akan membenarkan bekalan bahan api dibawa masuk bagi membolehkan loji janakuasa beroperasi semula.

Sementara itu pegawai Kementerian Kesihatan, Dr. Moaiya Hassanain memberi amaran, tindakan menyekat penghantaran bahan api akan mencetuskan malapetaka kesihatan.

“Kami hanya ada pilihan sama ada memotong bekalan elektrik untuk bayi di wad bersalin atau pesakit pembedahan jantung atau menghentikan kerja di bilik bedah,” katanya.

Wilayah Gaza yang mempunyai 1.5 juta penduduk yang bergantung kepada bantuan luar masih terputus dari dunia luar selepas semua pintu masuk ditutup sejak Jumaat lalu berikutan arahan Kabinet Israel yang mahu mengekang serangan pejuang.

Kilang-kilang roti turut menghentikan operasi berikutan ketiadaan bekalan tepung dan tenaga elektrik.

Pengarah Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Palestin di Gaza mendesak Israel membuka semula pintu masuk dan meminta masyarakat antarabangsa membantu penduduk awam.

“Penutupan janakuasa menyebabkan seluruh Bandar Gaza dengan 600,000 penduduknya bergelap,” kata John Ging, sambil menambah, ia memberi kesan kepada semua aspek kehidupan penduduk di Gaza.

“Jika anda melawat hospital-hospital, anda akan mendapati generator yang digunakan hanya memadai untuk peralatan asas sahaja. Mereka kesejukan di semua wad, menambahkan penderitaan pesakit,” ujar Ging.

Sementara pergerakan Hamas yang menguasai Gaza sejak Jun lalu menyatakan, langkah rejim Tel Avib merupakan “hukuman mati” ke atas wilayah ini dan menggesa campur-tangan antarabangsa.

Gesaan Hamas tersebut turut mendapat sokongan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang mahukan Israel menamatkan kepungan dengan segera.

-Utusan Malaysia-

09 August 2007

Accident

"Innalillahi wai inna ilaihi rajiuun..."

Itulah sahaja perkataan yang terpacul daripada bibir ana semasa menyaksikan dua kemalangan di Lebuh Raya Utara - Selatan semalam dalam perjalanan hendak pulang ke Kedah dari Bangi.

Masa bas ana dah sampai kt Ipoh (xsilap ana) penumpang - penumpang tengah sedap2 tido tetibe pak cik bas tekan brek kuat2...sume terjaga, cuak gak apehal plak ni...dah la bas 2 dua tingkat...

Sekali tengok kt tingkap, ade bas sekolah dari arah bertentangan dh masuk ke laluan kami then terbalik kene pembahagi jalan...

Mase kami lalu2 dh pn ade polis, ambulans, etc...kami tengok ade students yg dh meninggal dunia, cedera parah, cedera ringan...wah!!! terkejut gak...siap parents bdk2 tu dtg nangis2 kt tepi jalan lg...

Dalam hati, ana doa je la minta kt Allah bg selamat perjalanan pulang...then sume org cte psl accident dlm bas2...mase berhenti rehat kt R&R Bukit Gantang pun ramai pengunjung kt situ yg cerita pasal accident2...

Perjalanan diteruskan...sambung tido lagi...sampai kt Permatang Pauh, sekali lagi driver bas buat emergency break...Ya Allah, ni ape hal plak ni?

Tengok2 penunggang motosikal dah meninggal...tersadai kat tengah jalan...kene langgar lari...Terus tak jadi tidur fikir macam2 dosa ana selama ini...

Alhamdulillah, pkl 10.30 malam ana selamat sampai Sungai Petani setelah tiga hari menumpang di rumah rakan untuk menguruskan visa ana di Kedutaan Besar Republik Indonesia dan sijil sokongan daripada Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya...

"Setiap yang hidup pasti merasai mati..."