29 January 2008

Karya Habiburrahman El Shirazy

Assalamualaikum, salam perjuangan. 

Artikel kali ini saya akan berkongsi dengan para pembaca sekalian sinopsis buku yang baru saja saya khatam bertajuk : “Dalam Mihrab Cinta”.



BIODATA PENULIS

Habiburrahman El Shirazy, nama yang sudah yang tidak asing lagi di kalangan peminat novel bercorak Islam tanah air. Beliau merupakan sarjana Universiti Al Azhar di Kaherah. Beliau juga merupakan Pengasas dan Penyelia Utama Pesantren Karya dan Wirausaha Basmala Indonesia, sekarang beliau menetap di Semarang, Jawa Tengah. Beliau juga telah meraih beberapa pingat penghargaan seperti Pena Award 2005, The Most Favourite Book and Writer 2005 dan IBF Award 2006.

Di antara hasil karya beliau selain novel ini adalah Ayat–Ayat Cinta (2004), Pudarnya Pesona Cleopatra (2004), Di Atas Sajadah Cinta (2004), Ketika Cinta Berbuah Syurga (2005), Ketika Cinta Bertasbih (2007), Langit Mekah Berwarna Merah, Bidadari Bermata Bening, Bulan Madu di Jerusalem.

**************************************************************************

Dalam ruangan sekapur sirih novel ini, beliau ada menceritakan bahawa novel Dalam Mihrab Cinta ini sebenarnya merupakan gabungan tiga novel iaitu Takbir Cinta Zahrana, Dalam Mihrab Cinta dan Mahkota Cinta.

**************************************************************************

Novel ini menambahkan lagi koleksi novel bercorak Islam di negara kita. Alhamdulillah fenomena ini sangat bagus kerana ianya dapat menjadi alternatif kepada para peminat novel yang sebelum ini amat jemu dan bosan dengan novel-novel yang berunsurkan cinta terlarang selama ini. Syabas saya ucapkan kepada penulis dalam usaha dakwahnya melalui mata pena ini. Semoga lebih banyak penulis dan hasil karya tempatan muncul setanding dengan beliau.

Komen saya berkenaan novel ini adalah setelah saya membaca novel versi terjemahan ini terasa kehilangan rasa nikmat sastera bahasa Indonesianya kerana novel ini tidak diterjemahkan dengan begitu teliti di mana masih terdapat penggunaan istilah bahasa Indonesia, kerana jika mahu diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia, hendaklah diterjemahkan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia. Jika tidak, biarlah dikekalkan bahasa Indonesianya. Selain itu, terdapat juga kesalahan tatabahasa dan kesalahan taipan yang terlalu ketara yang mengganggu kelancaran pembacaan.

6 comments:

  1. saya stuju dengan comment encik mengenai terjemahan ke BM. terdpt byk kesalahan tatabahasa and typing error. apapun novel karya habiburrahman sangat bagus dan byk memberikan saya input. diharapkan agar novelis malaysia boleh menjdkan beliau contoh. ini adalah salah satu cara untuk berdakwah especially untuk berdakwah kepada para remaja Malaysia. ;)

    ReplyDelete
  2. > sHi sYaHirAH HaNiM:

    ya, ana pun setuju... :)

    ana hanya kritik kesilapan pada terjemahan yang dilakukan oleh pihak Malaysia, bukan penulisnya...

    Di Malaysia ada penulis seperti beliau seperti Faisal Tehrani dll.

    p/s:Kang Abik pernah datang Unhas...:)

    ReplyDelete
  3. karena kalian orang malaysia...
    coba kalian orang indonesia, bahasanya bagus ko..
    malah kita2 orang indonesia bingung klo bacanya bhs malaysia...

    ReplyDelete
  4. arrayyan_hani1/1/10, 8:27 PM

    salam..
    ana setuju kalau ante terjemahkan dalam bahasa melayu
    cuma..,
    kalau boleh buat dwibahasa...
    ataupun dalam bhs indonesia jugak..

    ReplyDelete
  5. @ Anonymous :

    bukankah pernyataan anda itu sama seperti pernyataannya saya?

    saya tidak menafikan kehalusan bahasa Kang Abik dalam novel Indonesia, yang saya nyatakan cuma salah terjemahan dalam novel Malaysia.. ^_^

    ReplyDelete
  6. @ arrayyan_hani :

    setuju ^_^

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam perjuangan.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Segala isi kandungan blog ini merupakan serba sedikit perkongsian ilmu, pengalaman dan pendapat penulis.

Para pembaca diizinkan untuk berkongsi bahan-bahan blog ini dengan syarat dikekalkan link kepada blog ini.

Sebarang nasihat, komen, kritikan membina dan teguran berhikmah untuk penambahbaikan blog ini amatlah dialu - alukan.

Terima kasih.