Assalamualaikum.
Sudah menjadi tabiat saya kurang gemar membaca bahan bacaan berbentuk novel berbahasa Malaysia. Bukanlah niat di hati hendak merendahkan martabat bahasa ibunda tetapi melihatkan kepada topik-topik perbincangan novel-novel tempatan yang kebanyakannya berkisar tentang cinta berbalut nafsu syahwat membuatkan saya kurang berselera membacanya.
Novel Pertama
Sekitar tahun 2004, dunia novel tanah air dikejutkan dengan fenomena Ayat-Ayat Cinta penangan Habiburrahman El Shirazy atau lebih dikenali sebagai Kang Abik di Tanah Seberang.
Saya seperti biasa tidak mengendahkan fenomena ini. Saya seperti kebiasaannya masih menyangka bahawa semua novelis adalah sama. Hanya tahu menulis tanpa mahu memikirkan soal kebejatan sosial yang melanda anak bangsa.
Ternyata sangkaan saya itu meleset sama sekali tatkala saya tergerak hati untuk memuat turun fail pdf novel tersebut sewaktu di Indonesia lalu mula membacanya.
Saya habiskan novel tersebut malam itu juga. Ternyata Kang Abik berjaya memanfaatkan bakat menulisnya melalui novel.
Masya Allah, Tabarakallah...
Novel kedua
Novel ketiga
Sewaktu pesta buku yang lalu, saya mula membelek-belek ruangan novel Islamik milik beberapa orang penulis tempatan yang mula masyhur dengan penulisan mereka.
Kemudiannya saya dipertemukan dengan novel tulisan Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak ini.
Dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai, kisah para pelajar universiti-universiti di bumi Urdun begitu menarik sekali digambarkan. Subhanallah, novel ini juga menarik minat saya untuk terus menghabiskannya dalam masa yang singkat.
Novel keempat
Baru-baru ini sewaktu berkunjung ke gerai-gerai di sekitar UIAM, saya telah menemui sebuah novel Islamik dalam erti kata sebenar. Tidak seperti novel-novel Islamik yang lain, penulis mampu menggarap novelnya tanpa menyentuh langsung isu percintaan sebelum berkahwin antara uda dan dara.
Para pembaca mungkin mengenali nama Ustaz Maszlee Malik dengan buku-bukunya seperti :
Mungkin ada dalam kalangan para pembaca sekalian yang pernah terbaca kisah benar yang dinukilkan daripada hadis riwayat Muslim nombor 5327 berkenaan kisah Ghulam, rahib dan ahli sihir. Hadis tersebut begitu panjang dan terperinci dalam menceritakan perjalanan dakwah Ghulam di zamannya.
Alhamdulillah, Ustaz Maszlee Malik telah berjaya keluar daripada kepompong para novelis arus perdana dengan menghidangkan kisah dakwah Ghulam secara santai tetapi penuh sarat berisi dengan unsur keimanan dan ketaqwaan yang mendalam.
Tahniah diucapkan!
---------------------------------
Badrul Aini bin Sha'ari
~Taman Ilmu dan Budi~
ya sautal haq!
ReplyDeleteshoutul shabab datang jengah ni ;p
ana baru beli sinergi !
tak dan nak baca g
huhuhu
mana post debat asean ?
KAMI semuat tak sbaq nak TAWWWWWWWW
@ penolong ketua pelajar :
ReplyDeletesowie lmbt update...hu
assalamualaikum, ustaz bad,
ReplyDeletesyukran utk link nya.
antara banyak2 novel di atas, novel pertama je yang dah baca. best baca dalam bahasa indonesia. alhamdulillah juga belajar kat sini. boleh la faham. sbb biasanya kalau terjemahan ke bahasa lain, lain maksudnya.
hm lebih berminat pada novel ke empat yg semuanya tulisan ustaz maszlee. rasa nak semuaa..
sinopsis kan sikit boleh? taip je ke yang ada kat belakang buku tu..hehe
ada lagi juga yang best dgn novel pembangun jiwa juga, daripada El-Shirazy, novelis Indonesia juga, kalau pernah dengar bovelnya yang juga meletup: 'Bumi Cinta'. ramai juga Malaysian Macassarians yang pernah baca kata best.. siap ada beli banyak2 utk jual kat Malaysia lagi :)
sinopsisnya boleh search...
antaranya kat sini
1. http://imanmenulis.blogspot.com/2010/03/review-novel-bumi-cinta-karya.html
dan
2. http://almuhandis.wordpress.com/2010/03/16/review-novel-bumi-cinta-habiburrahman-el-shirazy-1/
ok, itu sahaja. (cakap banyak pula. sekali orang dah baca).
@ k fir :
ReplyDelete"(cakap banyak pula. sekali orang dah baca)."
Alhamdulillah. Bumi Cinta sudah kukhatamkan. Dalam novel ini Kang abik ada bercerita tentang sumber inspirasi beliau sebelum menulis novel-novelnya.
Ok, nanti saya edit artikel ni masukkan sinopsis novel ustaz maszlee tu
p/s : panggil bad je, belum layak dipanggil ustaz la dr muda nurira ^_^
1. oh, malunya. dah rasa dh mesti dah baca.
ReplyDelete2. takpe, ustaz muda bad lah kalau macam tu ^^,
3. oke, kkalau boleh nanti inform kan kalau dah update untuk sinopsis novel ustz maszlee tu. sbb lepas ni nak masuk department yang agak penat dan padat jadualnya..takut lupa. (ish2)
@ dr muda nurira :
ReplyDeleteInsya Allah lepas habis periksa akhir semester ini saya update kan ye