07 August 2010

Novel Oh Novel...



Assalamualaikum.

Sudah menjadi tabiat saya kurang gemar membaca bahan bacaan berbentuk novel berbahasa Malaysia. Bukanlah niat di hati hendak merendahkan martabat bahasa ibunda tetapi melihatkan kepada topik-topik perbincangan novel-novel tempatan yang kebanyakannya berkisar tentang cinta berbalut nafsu syahwat membuatkan saya kurang berselera membacanya.

Novel Pertama

Sekitar tahun 2004, dunia novel tanah air dikejutkan dengan fenomena Ayat-Ayat Cinta penangan Habiburrahman El Shirazy atau lebih dikenali sebagai Kang Abik di Tanah Seberang. 



Saya seperti biasa tidak mengendahkan fenomena ini. Saya seperti kebiasaannya masih menyangka bahawa semua novelis adalah sama. Hanya tahu menulis tanpa mahu memikirkan soal kebejatan sosial yang melanda anak bangsa.

Ternyata sangkaan saya itu meleset sama sekali tatkala saya tergerak hati untuk memuat turun fail pdf novel tersebut sewaktu di Indonesia lalu mula membacanya. 

Saya habiskan novel tersebut malam itu juga. Ternyata Kang Abik berjaya memanfaatkan bakat menulisnya melalui novel. 

Masya Allah, Tabarakallah...

Novel kedua


Ulasan saya berdasarkan novel ini boleh didapati di sini.

Novel ketiga

Sewaktu pesta buku yang lalu, saya mula membelek-belek ruangan novel Islamik milik beberapa orang penulis tempatan yang mula masyhur dengan penulisan mereka. 

Kemudiannya saya dipertemukan dengan novel tulisan Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak ini.



Dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai, kisah para pelajar universiti-universiti di bumi Urdun begitu menarik sekali digambarkan. Subhanallah, novel ini juga menarik minat saya untuk terus menghabiskannya dalam masa yang singkat.

Novel keempat  

Baru-baru ini sewaktu berkunjung ke gerai-gerai di sekitar UIAM, saya telah menemui sebuah novel Islamik dalam erti kata sebenar. Tidak seperti novel-novel Islamik yang lain, penulis mampu menggarap novelnya tanpa menyentuh langsung isu percintaan sebelum berkahwin antara uda dan dara.

Para pembaca mungkin mengenali nama Ustaz Maszlee Malik dengan buku-bukunya seperti : 







Mungkin ada dalam kalangan para pembaca sekalian yang pernah terbaca kisah benar yang dinukilkan daripada hadis riwayat Muslim nombor 5327 berkenaan kisah Ghulam, rahib dan ahli sihir. Hadis tersebut begitu panjang dan terperinci dalam menceritakan perjalanan dakwah Ghulam di zamannya.

Alhamdulillah, Ustaz Maszlee Malik telah berjaya keluar daripada kepompong para novelis arus perdana dengan menghidangkan kisah dakwah Ghulam secara santai tetapi penuh sarat berisi dengan unsur keimanan dan ketaqwaan yang mendalam. 

Tahniah diucapkan!






---------------------------------

Badrul Aini bin Sha'ari
~Taman Ilmu dan Budi~