16 May 2008

Ada Apa Dengan 16 Mei???

Salam perjuangan...biggrin


Saban tahun kita akan menyambut Hari Guru pada hari ini. Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh warga pendidik yang telah banyak menabur jasa dan bakti kepada kami anak – anak muridmu.

Ya, setiap kali sambutan Hari Guru, kita akan hantar sms, kad ucapan, email atau call guru @ cikgu kesayangan kita di sekolah dahulu. Hal ini merupakan mindset yang terpahat kemas di benak kita sebagai pelajar, Hari Guru hanya untuk cikgu sekolah sahaja.

Bagaimana pula dengan pensyarah kita?

Tidakkah kita pernah terfikir untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka? Ana tertarik dengan saranan sahabat ana, Anwar yang mencadangkan supaya para pensyarah juga dimasukkan dalam senarai tersebut.

Bukanlah ucapan tahniah apatah lagi hadiah yang mereka dambakan tetapi rasa dihargai oleh pelajar mereka itulah yang dapat mengubat hati mereka akibat tekanan kerja mengajar kita, pelajar – pelajar yang banyak membuat salah kepada mereka.

Bukan sedikit kisah pelajar – pelajar yang menderhaka kepada guru, menumbuk guru, ponteng kelas, mengumpat guru di belakang, menggelar guru dengan bermacam – macam gelaran (mummy, daddy, comel,orang tua 2...) dan macam – macam lagi kekurang ajaran kita...

Mungkin ada yang berkata, alah apa ada dengan sambutan Hari Guru? Takat nak bagi hadiah, ucap terima kasih, bernasyid, jamuan makan baik tak payah buat. Tinggal kat rumah study @ tengok tv pun best...isy3...

Malah lebih teruk lagi bagi yang sudah melupakan guru – guru mereka, ataupun dengan sengaja buat – buat tak kenal cikgu sendiri (terutama bila tengah berkepit dengan makwe / pakwe kat shopping complex)


Adakah anda masih ingat dengan guru anda di sekolah menengah dulu?

Ingat!

Oh, ingat...Cikgu sekolah rendah?

(kurang yakin menjawab) Ingat...

Cikgu tadika / taska / taski / pasti?

Erm, tak pasti la...


Haa...itu baru cikgu kita...Bagaimana pula dengan guru pertama dan kedua kita?

Siapa?

Siapa hang tanya?

Mak ayah kita la...


Ingatkah kita dengan dosa –dosa kita, kesalahan kita pada mereka? Pernahkah kita terfikir adakah kita telah menggoreskan hati mereka?

Tanpa mereka siapalah kita???

Hendak berjalan pun kena ajar...Hendak bercakap pun kena latih...

Tapi bila dah besar, dah pandai jalan, dah pandai bercakap, mula pandai meninggikan suara di hadapan mereka, mula pandai menyusahkan mereka...

Itu baru parent kita, masih ingat dengan Guru Besar (bahasa Indonesia) = Mahaguru (bahasa Malaysia) kita??? Setiap yang bergelar Islam wajib jadi anak murid beliau...

Erk, sape ye?


Kerana perjuangannya lah kita merasa nikmat Islam, nikmat Iman pada hari ini...Setakat mana kita mengamalkan ilmu yang sudah dicurahkan? Sebanyak mana kita mengingati beliau? Sedalam mana kita cuba menyelusuri jejak langkah beliau? Takkan itu pun tak ingat?

Beliaulah Rasulullah S.A.W.

Oh...mestilah ingat...

Habis, kenapa umat Islam dibantai, dihina, dizalimi kita boleh rileks lagi??

Kenapa kita lebih mengingati tarikh 14 Februari (Valentine’s Day) berbanding 12 Februari (syahidnya Hassan Al Banna)?

Sejak bila Palestin dijajah?

Erm, tak ingat...

Nakbah Palestin dah 60 tahun pun tak ingat lagi?

Renung - renungkanlah...

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Wahai para guru kami...

Kenakalan, kami harap dimaafkan...

Kekurang ajaran kami mohon diampunkan...

Jasamu dikenang...


p/s: insya Allah esok 17 Mei 2008 ana akan join Hari Keluarga Sek Men Keb Khir Johari di Pantai Merdeka...Semoga dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan guru - guru ana...




7 comments:

  1. Oh, 16 Mei Hari Guru ke? Hehe lama tak jumpa guru-guru sekolah dulu. Lepas saja habis sekolah terus tak singgah sekolah dah. Entah ingat ke tak lagi rupa bentuk sekolah-sekolah lama. Rindu juga guru-guru yang banyak mengajar dan membantu. Last sekali tahun 2004 terjumpa guru yang pernah mengajar saya ketika berumur 11 dan 12 tahun. Terkejut juga bila dia ingat lagi nama saya! Sesungguhnya waktu time sekolah dulu, saya merupakan antara muurid kegemaran beliau. :O)

    ReplyDelete
  2. wah..bagus bad bagus *tepuk tgn* hheehe..ana xbiasa smbut hari guru =p hehe..ana ingat kita xptt btrima kasih dgn guru2 kita sehari je dlm 365 hari..ptt tiap ari kita masuk kelas kita ptt btrima kasih dgn guru..lecturer lah skrg =p btl x??

    ReplyDelete
  3. hehe, ucap tak selamat hari pendidik buat pensyarah anda :)

    ReplyDelete
  4. da ucapkan selamat hari pendidik kepada pensyarah anda :)

    ReplyDelete
  5. salam perjuangan...

    to faisal admar:

    guru selalu ingat kat anak murid, tapi anak murid???

    ade gak sesetengah guru yg sye lpe...huhu)

    to masterj :

    betul3x...tp sekurang2 nya kita ingat kt die...

    to nmz:

    dah ucap dah...=)

    nice post on your blog also!

    ReplyDelete
  6. Salam perjuangan...jzkk utk posting yang "membuka mata"...ana pun rasanya layak diberikan ucapan "Selamat Hari Guru" memandangkan sempat jadi guru ganti nearly a month plus...Allahu a'laam..tapi syngnya, takde sorang pun ex-students yg wish (walaupun hakikatnya tak meminta sebarang imbalan...cuma setidak-tidaknya rasa kesyukuran krn tahu yg kita juga adlh sbhgn daripada kehidupan mrk...Allahu a'laam)...namun, ada sorang yg sudi tinggalkan ucapan lewat sms (tapi bukan ex-student ana...hehe)...no worries...

    Bila terkenangkan Al-Mu'allim (i.e. our beloved Prophet Muhammad SAW), terasa diri tak cukup layak utk digelarkan seorang pendidik...namun, inshaAllah...moga2 Allah masih berkenan utk memilih diri ini sebagai penyambung usaha Baginda...Amin, Ya Rabb...(izinkanlah, meski mungkin takkan pernah sempurna)


    Barakallahu fiik...Wassalam wbt (",)

    ReplyDelete
  7. to kak yus:

    ana masih bertatih lagi...

    oh xde yg wish yek???

    selamat hari pendidik kpd nti...

    tunjuk ajarku sifu!!!

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam perjuangan.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Segala isi kandungan blog ini merupakan serba sedikit perkongsian ilmu, pengalaman dan pendapat penulis.

Para pembaca diizinkan untuk berkongsi bahan-bahan blog ini dengan syarat dikekalkan link kepada blog ini.

Sebarang nasihat, komen, kritikan membina dan teguran berhikmah untuk penambahbaikan blog ini amatlah dialu - alukan.

Terima kasih.