14 May 2008

iLuvislam Goes To Glasgow(IGTG)

Kelahiran Anak ke-2 iLuvislam Dot Com
www.iLuvislam.com
oleh: ImKoyube


Alhamdulillah, setelah kami berjaya menganjurkan program
anak sulung ; iLuvislam Goes To Glasgow(IGTG) pada Disember 2007, ramai sahabat dan pengunjung website ini yang meng-usulkan pelbagai aktiviti lain.

Beberapa aktiviti dirancang mengikut kemampuan pihak iLuvislam. Memandangkan kebanyakan daripada kami adalah pelajar luar negara di UK & Ireland, maka insyaAllah sempena cuti penggal bermula Julai-Sepetember ini, kebanyakan dari kami akan pulang ke tanah air. Selain bekerjasama dengan ISAC Studio untuk program KEM Eksplorasi Minda 2008, insyaAllah iLuvislam akan memanfaatkan kebanyakan tenaga kerja yang ada untuk menganjurkan program terbaru; Wonderful Overseas Weekend @ WOW 2008; khas untuk adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara tahun ini.

InsyaAllah ia akan diadakan pada 1-3 Ogos 2008 di Bukit Cerakah, Shah Alam. Di samping dapat berkongsi pelbagai ilmu dan pengalaman untuk membantu persediaan kalian, pelbagai aktiviti menarik termasuk aktiviti outdoor turut disediakan. Penyertaan WOW 2008 dibuka kepada semua adik-adik yang akan ke luar negara; tidak terhad kepada kolej persediaan tertentu dan kursus pengajian tertentu. InsyaAllah melalui cara ini, anda dapat berkenal-kenalan dengan sahabat-sahabat baru yang mungkin bakal meneruskan pengajian di universiti yang sama dengan anda !!

Menariknya, walaupun anda akan menginap di chalet, anda hanya perlu membayar yuran yang sangat minima iaitu RM 35 sahaja! Kami hanya membuka penyertaan kepada 80 orang peserta. Keutamaan akan diberikan kepada adik-adik yang akan ke UK & Ireland.

Semasa menuntut di KYUEM, kami telah mempunyai pengalaman bekerjasama dengan sebuah syarikat perundingan, KRIM Enterprise. InsyaAllah iLuvislam akan bekerjasama dengan KRIM dalam beberapa aspek pengurusan terutamanya dalam menyediakan speakers. Setakat ini, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com) telah memberi kata putus untuk menjadi salah seorang speaker WOW 2008.



Info Menarik Mengenai WOW 2008
  • Bukan hanya disertai oleh pelajar sesetengah kolej persediaan atau sesetengah bidang pengajian

  • Tinggal di chalet tetapi hanya perlu membayar RM 35!!
  • Melibatkan aktiviti-aktiviti outdoor
  • Hanya 80 tempat disediakan untuk pendaftaran


Bagi pertanyaan lanjut mengenai WOW 2008, anda boleh email-kan soalan kepada:

Muslimin: mat_ubi[at]yahoo[dot]com | Muslimat: wan_diana09[at]yahoo[dot]com

http://www.iluvislam.com/projects/admin/juden.jpg
http://www.iluvislam.com/projects/admin/dee.jpg
abang & kakak admin iLuvislam yang boleh dihubungi


Bagi pendaftaran pula, sila rujuk poster di atas.

Jangan lepaskan peluang ini..Mari mendaftar sekarang juga!!



InsyaAllah, jika pihak iLuvislam menganjurkan program-program lain sepanjang cuti kami, kami akan umumkan kelak. Kami sedar bahawa hari ini, tenaga kerja iLuvislam bukan sahaja dari UK & Ireland. Jadi insyaAllah, akan datang, kami akan raikan sahabat-sahabat lain juga melalui program-program yang lebih sesuai.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Salam perjuangan.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Segala isi kandungan blog ini merupakan serba sedikit perkongsian ilmu, pengalaman dan pendapat penulis.

Para pembaca diizinkan untuk berkongsi bahan-bahan blog ini dengan syarat dikekalkan link kepada blog ini.

Sebarang nasihat, komen, kritikan membina dan teguran berhikmah untuk penambahbaikan blog ini amatlah dialu - alukan.

Terima kasih.