10 May 2008

Ayat – Ayat Cinta The Movie vs. Novel Ayat – Ayat Cinta










Ayat – Ayat Cinta The Movie

vs. Novel Ayat – Ayat Cinta


Salam perjuangan...


Pendahuluan

Pertama sekali, ana ingin meminta maaf kepada para pembaca sekalian atas kelewatan ana mengepos artikel ini disebabkan beberapa hambatan yang bersifat peribadi. Idea untuk menulis berkaitan dengan filem Ayat - Ayat Cinta datang setelah permintaan junior ana dari Pusat Asasi UIA kampus Nilai, ana sajikan kepada antum review filem yang diadaptasi daripada novel best seller Kang Abik, Ayat – Ayat Cinta.

Dalam membuat review ini ana bandingkan filem ini dengan novel Ayat – Ayat Cinta versi asal (berbahasa Indonesia). Bagi pembaca yang masih lagi belum menonton filem tersebut, antum boleh download daripada laman web http://www.dennyshotspot.com pada bahagian cinema gallery pada submenu indo movies. Filem ini sememangnya telah mencetuskan suatu fenomena Ayat - Ayat Cinta kerana ramai sahabat yang masih belum berkesempatan menonton filem ini asyik bertanya kepada ana. Lihat saja pada post ini ana yang lalu sebagai promosi kepada artikel ini, belum pun siap artikel, sudah ramai yang memberikan komen.


Filem arahan Hanung Bramantyo ini dimulakan dengan babak komputer Fahri, seorang mahasiswa Indonesia pada peringkat M.A. di Universiti Al Azhar Asy Syarif yang terkena serangan virus, sedangkan dateline untuk Fahri menyiapkan tesis hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Maka, dengan bantuan jiran Nasraninya, Maria dan rakan serumah Fahri, tesis tersebut siap juga akhirnya. (Dalam novel, permulaan cerita agak berlainan di mana Fahri bertekad untuk pergi bertalaqqi dengan Syeikh Usman Abdul Fattah di Masjid Abu Bakar Ash-Shidiq, Shubra El-Khaima walaupun cuaca sangat panas ketika itu).

Semasa berada di Wisma Nusantara, Fahri digambarkan sebagai seorang yang diminati oleh ramai pelajar wanita, sehinggakan ada pelajar yang berani memberikan surat cinta kepada Fahri. Babak ini sedikit sebanyak mencalarkan imej tsiqah beliau.

Ketika dalam perjalanan ke kelas talaqqi Syeikh Usman, Fahri diminta oleh Maria untuk membelikannya cd dan balasannya Fahri menerima jus mangga kesukaan beliau daripada Maria. Babak ini juga diselitkan dengan pertemuan Fahri dengan Noura di pasar. Ketika berada di kelas talaqqi, penonton dikejutkan dengan penggunaan suara wanita untuk mengalunkan bacaan al Quran mengikut kaedah qiraat 7. (takkan tak de kaset / cd suara lelaki?). Babak ini diakhiri dengan Fahri menyerahkan surat cinta yang beliau terima kepada syeikh Usman. Lalu Syeikh Usman memberi galakkan supaya beliau menikah untuk menghindari fitnah.

Dalam perjalanan pulang, Fahri bertemu dengan Asyraf, lalu mereka berbual – bual tentang pasukan bola sepak terkenal Mesir, Zamalek sebelum Asyraf mencaci dua orang wanita warga Amerika yang baru menaiki trem @ metro. Tidak berapa lama kemudian, suasana menjadi tegang apabila seorang lelaki Arab yang anti – Amerika mengherdik perbuatan seorang Muslimah yang memberikan tempat duduknya kepada perempuan tua warga Amerika tersebut. Fahri yang mencelah untuk meleraikan keadaan juga dimarahi oleh lelaki Arab tersebut. Mujurlah Asyraf membantu mendamaikan kedua belah pihak. (tapi lepas Fahri kena tumbuk la)

Fahri berkenalan lebih lanjut dengan wanita Amerika yang dibantunya, Alicia. Alicia memperkenalkan dirinya sebagai seorang wartawan dari Amerika yang sedang membuat kajian tentang Islam, lalu meminta Fahri untuk membantunya dalam membuat kajian berkenaan. Kebolehan Fahri bertutur dalam bahasa German juga ditonjolkan dalam babak ini.

Kritikan seterusnya dalam filem ini adalah apabila terdapatnya ikhtilat yang berlaku di antara Fahri dengan Maria ketika mereka mengambil angin di tepi Sungai Nil. Sedangkan dalam novel, Fahri digambarkan sebagai seorang yang sangat beriman dan bertaqwa serta menjauhi sebarang pergaulan bebas.

Pada malam itu, kesunyian kawasan perumahan mereka dipecahkan dengan suara si Bahadur yang memaki hamun Noura, jiran Fahri. Fahri menelefon Maria meminta beliau membantu Noura. Pada mulanya, Maria agak keberatan kerana takut dengan sikap panas baran si Bahadur, namun Maria turun juga membantu Noura setelah didesak oleh Fahri. Sekali lagi berlaku ikhtilat apabila Maria telefon Fahri, sedangkan dalam novel, Fahri hanya sms sahaja kepada Maria.

Keesokan harinya, si Bahadur yang menyedari bahawa Noura telah disorok oleh jiran – jirannya mula mengamuk. Manakala Noura pada masa yang sama berada di Wisma Nusantara, sedang menerangkan kepada Fahri, Nurul dan sahabat yang lain perihal dirinya yang ingin dijual oleh ayah beliau. Noura juga menerangkan bahawa dia bukanlah anak kepada Bahadur. Fahri turut hadir dalam perbualan tersebut, sedangkan dalam novel, Noura hanya menceritakan masalahnya kepada Nurul setelah dipujuk berkali – kali oleh Nurul.

Maka, Fahri meminta bantuan Syeikh Ahmad untuk mencari ibu bapa kandung Noura. Akhirnya, Noura berjaya dipertemukan dengan kedua orang tuanya. Di akhir majlis pertemuan itu, Noura menyerahkan surat cinta kepada Fahri. Fahri membaca surat itu dalam perjalanan pulang, sedangkan dalam novel Fahri hanya menyerahkan surat tersebut kepada Syeikh Ahmad.

Babak seterusnya, Fahri menerangkan tentang Islam kepada Alicia dengan ditemani oleh Aisya. (ikhtilat dijaga). Kebetulan, dalam sesi tersebut Fahri mendapat tahu bahawa Aisyah merupakan anak saudara kepada sahabat sepengajian beliau di kelas talaqqi Syeikh Usman, Eqbal Hakan Erbakan.

Seterusnya, Fahri memberitahu Syeikh Usman akan fitnah ‘cinta’ yang beliau hadapi. Syeikh Usman memberi cadangan untuk memperkenalkan Fahri dengan anak saudara kepada bekas anak murid beliau. Fahri serba salah pada mulanya tetapi setelah dinasihati oleh teman serumahnya, Saiful, beliau bersetuju.

Di ruang taaruf, Fahri terkejut besar apabila calon isterinya adalah Aisyah sendiri. Fahri terus menyatakan persetujuannya untuk menikahi Aisyah. Majlis perkahwinan yang berlangsung dengan penuh gilang gemilang itu ditangisi pula oleh Nurul dan Maria yang kecewa dengan berita tersebut. (dalam novel, Ustaz Jalal memberitahu Fahri akan hasrat Nurul untuk menjadi pasangan hidup Fahri pada malam sebelum pernikahan itu).

Rumah tangga Fahri dipenuhi dengan pergolakan, dimulai dengan sifat cemburu buta Aisyah terhadap Maria dan Nurul. Kedatangan Ustaz Jalal bersama isterinya pada suatu malam untuk menyatakan rasa hati Nurul terhadap Fahri menambahkan lagi suasana tegang rumah tanga mereka. (dalam novel, Ustaz Jalal dan isteri datang pada malam sebelum perkahwinan Fahri ketika beliau ingin mengambil barang – barang di rumah sewanya).

Filem ini mencapai kemuncaknya apabila Fahri ditangkap oleh pihak polis setelah didakwa oleh Nurul bahawa Fahri memperkosanya ketika membantu dia pada malam dihalau oleh si Bahadur. Manakala pada masa yang sama, Maria yang sangat kecewa dengan pernikahan Fahri ditimpa kemalangan jalan raya yang sebenarnya merupakan komplot jahat si Bahadur dan konco – konconya. Dalam penjara, teman sepenjara Fahri juga diubah wataknya kepada seorang penjenayah yang sememangnya bersalah dan agak tidak terurus berbanding teman sepenjara Fahri dalam novel pula merupakan orang – orang yang beriman, alim dan dizalimi pihak berkuasa.

Pelbagai usaha dijalankan oleh Aisyah untuk membuktikan bahawa Fahri tidak bersalah gagal kerana ketiadaan saksi utama, Maria (termasuk merasuah hakim?). Fahri juga dikecewakan dengan berita kematian Syeikh Usman juga berita penyingkirannya daripada Universiti Al Azhar. Mujurlah teman penjara Fahri memberi kata – kata semangat kepada Fahri supaya beliau bersabar dan redha dengan ujian yang menimpanya. Setelah mendapat berita kemalangan Maria, Fahri bergegas melawat Maria dan sekali lagi beliau diuji apabila doktor yang merawat Maria meminta Fahri menikahi Maria. Aisyah dengan keberatan mengizinkan Fahri mengahwini Maria kerana tidak mahu kehilangan suami dan ayah kepada anak yang sedang dikandungnya.

Maria yang hadir pada hari perbicaraan selanjutnya mengejutkan Bahadur dan konco – konconya. Akhirnya, Fahri dibuktikan tidak bersalah setelah diambil keterangan Maria yang menceritakan bahawa pada waktu yang didakwa itu, Noura menelefon rakannya dan rakaman perbualan tersebut diajukan kepada hakim. Noura juga akhirnya mengaku bahawa Bahadurlah sebenarnya yang merogolnya, dia hanya menuduh Fahri untuk membalas dendam atas perbuatan Fahri yang menolak cintanya.

Filem ini diubah lagi jalan ceritanya apabila rumah tangga Fahri sekali lagi dilanda badai apabila Fahri lebih banyak memberi tumpuan kepada Maria. Nasihat Saiful supaya Fahri pandai mengagihkan kasih sayang kepada kedua – dua isteri berjaya menyelamatkan keadaan. Filem ini diakhiri dengan kematian Maria ketika Fahri dan Aisyah mengajarnya solat.


Kesimpulan

Filem ini jika dibandingkan dengan novel beliau telah dibuang, diubah dan ditokok tambah antaranya:

  • Bahasa Arab 'ammi yang digunakan kurang memuaskan
  • Timeline filem yang terlalu laju
  • Babak Fahri jatuh sakit semasa balik dari kelas talaqqi Syeikh Usman tiada
  • Ketiadaan watak ayah Maria, Tuan Boutros
  • Perasaan cinta Aisyah, Maria, Nurul dan Noura terlalu jelas ditonjolkan
  • Babak Fahri dan teman serumah makan di atas sutuh tiada
  • Pemandangan di sekitar Mesir tidak ditunjukkan
  • Aisyah mempunyai sifat cemburu buta
  • Adegan Maria makan bersama - sama dengan Fahri dan kawan – kawan ditokok tambah

Tetapi mungkin ada pembaca yang membaca post ini lalu berkata "alah, kalau setakat hendak komen siapa pun boleh...". Ana tidak menyalahkan pengarah filem ini 100 % kerana kekangan dari segi kewangan, kehendak produser dan target sasaran serta pelakon yang betul – betul Islamik. Walau bagaimana pun, memberikan kredit kepada usaha pengarah dan ahli krew beliau yang bertungkus lumus dalam pembikinan filem ini yang boleh dianggap sebagai langkah permulaan kepada filem – filem bercorak Islamik pada masa akan datang. Amin...

A journey of a thousand miles starts with a single step

8 comments:

  1. Rasanya bnyk part2 yg ditokok tambah dlm filem, sehingga menyebabkan mesej Islam tu sdikit tersimpang dr trek..ana xbaca lg novelnya,tp dr pendapat sahabat2 yg dah baca..mmg filem ni tak persis novelnya dan yg menyedihkan,ada mesej2 islam melalui keperibadian Fahri tu xdpt ditonjolkan melalui filemnye..
    nwey, kite amik ape yg baik..yg kurang baik tu kite jdkan sempadan :)
    wallahu'alam~

    ReplyDelete
  2. sebenarnya, kalau dari segi tempat tuh mungkin banyak kekangan, but part practise as Muslims dala cite ni, rasanya takde masalah kalo betul2 nak follow the way of Islam. I do think so, wallahu'alam.

    p/s:da bukan ayat2 cinta plak rasenya.. ;)

    ReplyDelete
  3. Bismillah

    Pertama, seperti yang telah dijelaskan badrul, kebanyakan plot filem diubahsuai daripada buku, menjadikan kualiti yang menaikkan nama ayat2 cinta tidak begitu jelas kepada mereka yang belum membacanya. Walaupun golongan target dan kepentingan lain dari produser/director/aktor, saya berpendapat Kang Abik masih memegang hak patent dan dapat terlibat langsung dalam penyusunan skrip filem ini, yang mana saya rasakan tidak. Ini kerana kebanyakan dari unsur yang ingin diterapkan dalam buku tidak dapat ditandingi/ditunjukkan dalam bentuk filem, menyebabkan saya merasa filem ini sekadar dibuat untuk memenuhi selera dan permintaan umum, bukan untuk kepentingan menonjolkan imej Islam itu sendiri. Ini sangat mengecewakan kerana bukan semua orang suka membaca. al hasil, mereka lebih memilih untuk menonton, sedangkan mutiara hikmah yang tersembunyi dalam ayat2 cinta masih terbenam dalam lembaran bukunya. Bagi yang belum membacanya juga, akan membuat kesimpulan bahawa model seperti inilah yang ingin ditunjukkan Kang Abik dalam bukunya dan patut dicontohi, sedangkan saya dapat merasakan mesej yang sangat berbeza antara buku dan layar lebar.(untuk ayat2 cinta) Sehingga kualiti yang dapat ditunjukkan oleh kesaktian ayat2 cinta (yang tidak banyak sepertinya dalam dunia sastera Islam nusantara) akan kelihatan biasa2 saja bagi yang menyimpulkan dari filem sahaja. Jadi bagi yang belum membaca, anda akan menikmati sebuah pengalaman yang lain (yang jauh lebih baik!) dengan mengkhatamkan kulit ke kulit buku karya Kang Abik ini. Tidak melampau juga jika saya sampaikan di sini, masih banyak karya2 Kang Abik yang diabaikan tetapi sebagus ayat2 cinta juga, terutama yang tinggal di luar Indonesia. So carila lagi kalau yang suka novel/cerita, daripada tidak membaca/membaca benda tidak bermanfaat. Tapi harus hati2, kita hidup dalam realita. Jangan terlalu taksub dan berangan panjang dengan karya apapun, kerana kitalah yang menulis jalan cerita kita sendiri. Less talking/reading, more action!

    Kedua, filem ini di shooting di India, bukan Mesir. Kerana itu kita tidak dapat menikmati keindahan sungai Nil, malah mungkin dalam filem tu sungai Gangga atau Jamnatha yang dipakai (huhu~) apatah lagi suasana mesir, tidak mungkin dapat dicelup dari negeri dan kebudayaan yang berbeza. Sebabnya, jangan tanya saya, tapi ada dengar2 kerana kerajaan Mesir tak bagi shooting kat sana sebab jalan ceritanya seperti menghina Mesir. (boleh diterima?) ini menyebabkan lagila saya tak enjoy tgk cerita ini, walaupun di satu sisi, saya merasa bersyukur kerana tanggapan masyarakat nusantara ini sangat positif untuk ayat2 cinta. Bukanlah saya peminat sejati buku ini (baca pun sebab fenomenal, tak minat sgt novel huhu) tetapi ini menunjukkan awal dari kesedaran masyarakat Islam yang berfikir dan sensitive terhadap sentiment agama dan betapa kita merindui untuk kembali memartabatkan Islam dalam jiwa dan kehidupan kita.

    Ketiga, akhi, ana doakan enta benar2 memanfaatkan peluang yang Allah telah berikan, dan jadikannya tools untuk kita persembahkan kepadaNya. Perjuangan itu tidak statik atau spesifik pada mana2 tempat, tetapi kembali semula kepada diri kita untuk berjasa di mana kita berpijak.
    “seorang muk’min seperti hujan, di mana dia jatuh, di situ dia memberikan manfaatnya..”

    http://yazidsahak.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. salam perjuangan...

    to maimanah~khansa' , NMZ dan musafir:

    ana bersetuju dengan antum...kekecewaan bagi sesiapa yang telah membaca novel AAC dan menonton filem AAC.

    to musafir:

    ana pun xminat novel sebenarnya tetapi inilah fenomena ayat2 cinta...hehe...

    subhanallah...byk ana dpt info dr komen nta, btl ke AAC ni dibuat di India???

    insya allah, nasihat nta ana sematkan di sanubari...

    ReplyDelete
  5. Mmg shooting dibuat di India dan juga studio di jawa tgh.. tu sbb kita tak dpt menikmati keindahan sbnr mesir.. lg pun dlm novel kan terang2an menyalahkan sistem kehakiman dan juga polis di mesir yg anti-ikwanus muslim.. mungkin itu sbbnya tidak dibenarkan shooting di mesir..

    ReplyDelete
  6. salam perjuangan...

    to aman:

    oh, toce2x...

    banyak maklumat yang ana dapat drpd antum...

    ReplyDelete
  7. Salam
    Saya pun sebenarnya sangat kecewa setelah melihat AAC. Semula, saya nak tgk pasal nak tahu macam mana mereka merubah Jawa (studio mereka) menjadi Mesir dan fenomena ttg betapa film itu menggambarkan Islam moderat.

    Terus terang saya tersentak dengan paparan Fahri yang katanya seorang pelajar MA di Al Azhar. Karena tak kan mungkin pelajar MA tak tahu yang komputernya rusak kerana virus (hai dari dulu sekolah tak kan tak pakai komputer kan?), seterusnya cara pergaulannya dengan Maria yg bebas dan juga rasa kecewanya yg amat sangat sewaktu di penjara sampai dia di nasihatkan orang yg ilmunya boleh dikatakan tidak setanding.

    Oleh kerana ketidak puasan, saya sempatkan diri download novelnya di internet dan ternyata novelnya jauh lebih baik dan nilai lebih murni dan tulus dan ia lebih berkesan dari layar lebar!

    Ttg penggambaran di India tu betul, tapi kalau desas desus kenapa tidak ada penggambaran di Mesir kerana kesan negatif Mesir, saya wau la uhalam..yg saya pasti dari teman Indonesia di Al Azhar, mereka tak jadi penggambaran kerana kos tinggi dan burokrasi penggambaran yg terlalu memakan masa.

    ReplyDelete
  8. salam perjuangan...

    to novasari:

    terima kasih kerana sudi melawat blog ana...

    terima kasih juga kerana sudi berkongsi dengan ana...

    jika novasari kecewa dengan filem kemudian membaca novelnya, apatah lagi dengan yang sudah membaca kemudian menonton filem tersebut???

    p/s: cik novasari ni dari indonesia kah?
    ana mula membaca novel dahulu

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam perjuangan.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Segala isi kandungan blog ini merupakan serba sedikit perkongsian ilmu, pengalaman dan pendapat penulis.

Para pembaca diizinkan untuk berkongsi bahan-bahan blog ini dengan syarat dikekalkan link kepada blog ini.

Sebarang nasihat, komen, kritikan membina dan teguran berhikmah untuk penambahbaikan blog ini amatlah dialu - alukan.

Terima kasih.