Assalamualaikum.
Dalam ruangan ini, penulis akan berkongsi sedikit sebanyak persoalan yang pernah diajukan kepada saya berkenaan penggunaan al-Maktabah al-Shamelah menggunakan Windows XP.
Soalan: (ayat SMS asal dikekalkan)
Salam brother badrul,saya sakinah,mktbh shamelah dlm laptop saya tk bleh baca,b.arab2 ntah jd bhsa apa..bleh tlg settingkn?syukran.
Jawapan:
Saudari tidak dapat membaca tulisan al-Maktabah al-Shamelah (dengan mengeluarkan tulisan cecacing seperti ????) kerana komputer saudari tidak disettingkan untuk menggunakan bahasa Arab.
Saudari perlu mengikut beberapa langkah berikut:
1) Klik Control Panel.
2) Klik Regional and Language Options.
3) Klik tab Administrative.
4) Tukar Language for non-Unicode programs ke bahasa Arab.
5) Klik apply.*
6) Restart komputer anda.
* Selepas langkah ke 5, jika komputer anda mengeluarkan kotak dialog seperti:
“Please insert the Compact Disc labeled ‘Windows XP CD-ROM’ into your CD-ROM drive [D:] and then click OK.’
Masukkan CD yang anda gunakan untuk format Operating System komputer anda. Kemudian klik OK dan restart komputer.
CD hilang? Tiada CD?
Sila tunggu edisi kemaskini selepas penulis menjumpai teknik mengatasinya... ^_^
Thanks for the information....^^
ReplyDeleteSalam...tetiba je msg saya menjadi bahan bukti (baru tahu ada blog)...ala kullin...masalah tu dah settle dgn bantuan brother pakar perisian komputer dr bidang engin...alhamdulillah... sekarang masalah lain pulak timbul ttg m. syamelah ni memandangkan saya tlh mnggunakan window 7...tapi takpelah..saya cuba buat sendiri dulu...klu tak boleh, harap2 msg saya yg akan dtg tdk dipostkn dlm blog :).
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya minta maaf sudah lama tidak mengemas kini blog ini.
ReplyDeleteSaya minta maaf kerana tidak meminta izin saudari terlebih dahulu sebelum menulis artikel ini.
Harap ada manfaatnya.