20 November 2010

al-Maktabah al-Shamelah dan Windows XP

Assalamualaikum.


Dalam ruangan ini, penulis akan berkongsi sedikit sebanyak persoalan yang pernah diajukan kepada saya berkenaan penggunaan al-Maktabah al-Shamelah menggunakan Windows XP.

Soalan: (ayat SMS asal dikekalkan)
Salam brother badrul,saya sakinah,mktbh shamelah dlm laptop saya tk bleh baca,b.arab2 ntah jd bhsa apa..bleh tlg settingkn?syukran.

Jawapan:

Saudari tidak dapat membaca tulisan al-Maktabah al-Shamelah (dengan mengeluarkan tulisan cecacing seperti ????) kerana komputer saudari tidak disettingkan untuk menggunakan bahasa Arab. 

Saudari perlu mengikut beberapa langkah berikut:

1) Klik Control Panel.
2) Klik Regional and Language Options.
3) Klik tab Administrative.
4) Tukar Language for non-Unicode programs ke bahasa Arab. 
5) Klik apply.*
6) Restart komputer anda.




* Selepas langkah ke 5, jika komputer anda mengeluarkan kotak dialog seperti: 

“Please insert the Compact Disc labeled ‘Windows XP CD-ROM’ into your CD-ROM drive [D:] and then click OK.’ 

Masukkan CD yang anda gunakan untuk format Operating System komputer anda. Kemudian klik OK dan restart komputer.


CD hilang? Tiada CD? 




Sila tunggu edisi kemaskini selepas penulis menjumpai teknik mengatasinya... ^_^

10 November 2010

XXX --- Pornografi --- XXX

Assalamualakum.


Pornografi dan Pornoaksi

Penulis masih ingat sewaktu sempat menuntut di Fakulti Perubatan, Universiti Hasanuddin (FKUH 07), terdapat beberapa stiker menarik berkenaan kempen anti-pornografi dan porno-aksi ditampal di warung-warung dan kedai-kedai runcit di dalam dan di luar kampus.





Pada mulanya penulis agak kebingungan apakah maksud pornoaksi dan apakah perbezaannya dengan pornografi?

Kredit kepada pihak yang menafsirkannya:

Pornografi Adalah substansi dalam media massa atau alat komunikasi yang dibuat untuk menyampaikan gagasan tentang dunia seks, cabul atau erotika. Biasanya aksi porno digambarkan dengan lukisan atau gambar yang kemudian dikonsumsi publik lewat media cetak.

Pornoaksi Adalah perbuatan, sikap, perilaku, gerakan tubuh ataupun suara yang erotis dan sensual. Baik yang dilakukan dengan sengaja ataupun tidak sengaja. Secara perseorangan atau berkelompok.                                                                                                                  



Pengakuan Beberapa Kenalan

Penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman mendengar dua pengakuan kenalan penulis sewaktu kami masih bersekolah rendah dahulu:

"Bad, semalam lepas aku balik daripada latihan sukan, aku lalu depan kelas engkau. Tiba-tiba aku nampak ada seorang pelajar perempuan dalam kelas engkau tengah salin baju belakang almari kelas. Aku cakap terus terang Bad memang aku dah ada niat tak baik masa tu dan aku dah masuk dalam kelas tapi aku tak jadi lepas aku teringat kat engkau..."

Penulis tersirap darah mendengarnya namun hanya menasihati kenalan itu untuk insaf dan bertaubat.

Suatu ketika kenalan penulis sewaktu sekolah rendah juga pernah mengaku berbuat perbuatan tidak senonoh dengan mak nyah.

"Bad, aku dah pernah buat tak senonoh dengan mak nyah* Bad...Aku ni kira macam mana? Kena sebat ke macam mana?".

Penulis hanya mampu menggelengkan kepala dan menasihati kenalan itu untuk insaf dan bertaubat.

Mengapakah perkara ini berlaku?

Apakah yang mendorong mereka melakukannya?

Bukannya mereka tidak tahu perbuatan itu dosa dan haram...

Tetapi masih juga melakukannya...

Namun, tak dinafikan ramai juga yang berusaha mengelak namun terjebak juga akhirnya...

Nauzubillah, mohon dijauhkan Allah.

Penulis juga ingin menasihatkan para pendakwah agar jangan cepat melatah dan cepat menghukum mereka...

Ingatlah, kita ialah pendakwah bukan penghukum...

Bimbinglah mereka dengan hati yang lapang dan kasih sayang...


Inisiatif Pihak Berkuasa

Langkah untuk mencegah gejala pornografi ini daripada tersebar luas patut dipuji walau ada beberapa langkah tambahan patut diutamakan:
The Porn Trap: The Essential Guide to Overcoming Problems Caused by Pornography

Penulis mengesyorkan kepada para pembaca untuk mengambil sedikit masa membaca buku ini sebagai suatu kaedah rawatan dan pencegahan psikologi akibat masalah pornografi ini.

Bertaubatlah Sebelum Terlambat

Penulis mengambil kesempatan di sini, untuk menyeru kepada para pembaca, kenalan penulis yang belum, sedang dan telah terjebak dengan isu-isu berkaitan pornografi...insaflah...bertaubatlah...masih belum terlambat...


Sabda Rasulullah SAW: "Setiap anak Adam itu berdosa belaka dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang memohon taubat (kepada Tuhannya)." (Riwayat at-Tirmizi (2499), Ibn Majah (4251) dan Imam Ahmad (111/198)).





* Insya Allah penulis akan mengulas pula mengenai mak nyah pada artikel akan datang.

02 November 2010

Berakhirnya Semester 1 2010/2011

Assalamualaikum.


2 November 2010
KAED Seminar Room

Insya Allah pada pukul 12 tengah hari esok, saya akan menduduki peperiksaan akhir bagi subjek Nahu 3, dengan menggunakan kitab Syarh Ibn Aqil bawah tunjuk ajar Dr. Nik Hanan. Subjek ini merupakan antara subjek teras bagi para pelajar Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Arab UIAM. 



Manakala pada jam 3 petang pula saya akan menduduki peperiksaan akhir bagi subjek Arabic for Academic Purposes, Subjek CELPAD yang wajib diambil oleh kesemua pelajar Kuliah Ilmu Berteraskan Wahyu yang tidak mengambil mata pelajaran English for Academic Purposes. Saya bergurukan seorang pensyarah dari Sudan, Ustaz Ahmad Seid.

---------------------------------------------------------------------

Sekali lagi, mohon doanya...

Sekian, terima kasih.