04 June 2009

Halangan dalam Mempelajari Bahasa Arab...

Salam perjuangan...


Kepentingan Bahasa Arab
kredit kepada Koleksi Rencana


Golongan pertama yang wajib menguasai bahasa ini ialah umat Islam. Ini kerana panduan utama umat Islam adalah al-Quran dan al-hadis. Kedua-dua sumber ini adalah dalam bahasa Arab. Bagaimana seseorang itu dapat menterjemahkan kehendak Allah dan rasul-Nya dalam kehidupan seharian tanpa memahami isi kandungannya.


Golongan kedua pula ialah jemaah haji. Sejumlah tiga juta umat Islam dari serata pelosok dunia berkumpul setiap tahun di bumi Mekah untuk menunaikan haji. Mereka terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan, warna kulit, budaya dan bahasa. Mereka adalah delegasi mewakili pelbagai negara untuk berbincang mengenai masa depan umat Islam di seluruh dunia. Sepatutnya, setiap mereka boleh berbahasa Arab untuk bermuzakarah ke arah menyelesaikan pelbagai masalah umat.


Golongan ketiga pula ialah profesional. Mereka terdiri daripada para doktor, peguam, jurutera, akauntan, geologi, pegawai tadbir dan diplomatik dan lain-lain. Untuk berjaya dalam bidang yang diceburi, seseorang itu perlu memahami dan mengaplikasikan apa yang terkandung dalam al-Quran.

Ini kerana al-Quran adalah panduan hidup yang lengkap. Di dalamnya terkandung pelbagai aspek seperti perubatan, undang-undang, kejuruteraan, perakaunan, alam sekitar, pengurusan dan lain-lain lagi. Sehubungan itu, amat rugi jika profesional kita tidak dapat merujuk al-Quran untuk meningkatkan mutu dalam kerjaya mereka.


Golongan keempat ialah golongan korporat. Perlu kita sedar bahawa negara Arab berjumlah 23 negara yang keluasannya lebih besar daripada kepulauan nusantara. Bilangan penduduknya juga lebih ramai. Beberapa negara tersebut kaya dengan hasil minyak. Antaranya ialah Arab Saudi, Kuwait, Iraq, Libya, Algeria dan Emiriah Arab Bersatu. Untuk memudahkan kita menjalin hubungan perniagaan yang lebih erat dengan mereka, kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab amat diperlukan.

Sebagai contoh, berkat komunikasi yang baik, beberapa buah konsortium dan syarikat dari Malaysia telah berjaya mendapat tender pembinaan berjumlah RM3 bilion di Arab Saudi, baru-baru ini.


Seterusnya golongan akademik dalam pelbagai bidang sepatutnya menguasai bahasa Arab untuk membuat penyelidikan. Ini kerana al-Quran adalah sumber utama dalam rujukan penyelidikan ilmiah. Kegagalan merujuk al-Quran dalam bidang yang diceburi merupakan suatu kerugian besar dalam meningkatkan kualiti penyelidikan.
Kepentingan bahasa Arab tidak dapat dinafikan lagi terutamanya dari konteks agama. Al-Qur’an ditulis dalam bahasa Arab dan ’hidup’nya bahasa ini banyak terkesan daripada mukjizat al-Qur’an yang dijamin oleh Allah SWT.


Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam



Mungkin sudah ramai yang pernah mendengar kata-kata Al Imam Hassan Al Banna ini. Ramai yang teruja lalu begitu bersemangat tinggi untuk memepelajari bahasa Al Quran ini :


Ada yang beli buku...

Ada pula yang mendaftar di kelas - kelas tuisyen...

Malah ada yang belajar secara online...

Macam-macam cara kita cuba untuk memenuhi impian mereka ini...



Namun, tidak sedikit yang gugur di pertengahan jalan...

Jadi, ana membuka ruang untuk para pembaca budiman berkongsi pengalaman mengenai halangan-halangan antum mempelajari bahasa Arab selama ini...


Ana perlu membuat presentation berkenaan "Halangan-Halangan dalam Mempelajari Bahasa Arab dan Cara Mengatasinya".

Harap ada yang sudi berkongsi rasa, sekian.

Wassalam...

15 comments:

  1. sedikit mahu dikongsi.

    halangan paling besar bagi ana adalah kurang practice. ni sgt diperlukan utk memahirkan diri bercakap bahasa arab. boleh membaca arab tidak bermakna boleh bertutur dalam bahasa arab. lama2 tak practice , mmg rasa dah takleh cakap dah..

    ReplyDelete
  2. bahasa arab ssh..n kalo nk blaja rasanyer kene start dr a very young age lah..nk blaja biler dh tua2 blh..tp sgt ssh..kalo ajar bdk2..sng diorg nk absorb..

    ReplyDelete
  3. Pada pandangan saya, Antara halangannya ialah...
    1. Suasana yang tidak membantu- x ramai org yg bleh cakap arab so x dpt nak praktis banyak.
    2. Malu untuk praktis- mungkin sebab takut salah.
    3. Kurang bersungguh-sungguh- malas nak buka kamus, malas nak cari bahan bacaan tambahan dll..
    4. Guru yang tak kompeten (sori...)- kadang-kadang ust yang ngajar pun guna bahasa melayu.. jd, xde encouragement untuk pljr..
    5. Kurangnya bahan belajar yang ringan- cth komik arab, video arab, kartun arab dll..
    itu saje kot ek...

    ReplyDelete
  4. salam..

    berdasarkan pengalaman..antara halangan2 belajar bhs arab ialah..

    1. tidak faham konsep asas tatabahasa arab..cth tasrif af'aal madhi mudhori' amar..mzkr muannas..

    2. kurang membaca bahan2 bhs arab..jadi kurang vocab la..kena rajin buka newspaper arab n majalah..then kat sebelah ada kamus..

    3. tidak praktik apa yg dipelajari..cth berbual perkara2 mudah dlm bhs arab..even salah yg penting kt cuba..tp kenala tau mana salah mana betul..

    4. kurang penggunaan bhs arab..even kalau ambil BAR pun jarang guna excpt kalau ada inisiatif sendiri utk masuk debat or pidato etc..
    sokong 100% debat bhs arab..sgt membantu..

    that's all..

    ReplyDelete
  5. @ika sofiyah

    hmm, ana setuju... :)

    practice makes perfect !

    ReplyDelete
  6. @Master J
    saya rasa kecil atau besar, cabaran kesusahan belajar tetap sama.

    apa yang berbeza, wk2 kita kecik dulu, kita x terfikir pun ssh atau x, yg kita tau, seronok. seronok boleh main, seronok boleh belajar benda baru. susah tu tetap terasa tapi hilang kerana rasa seronok lebih banyak.

    manakala bila dah besar ni, rasa seronok belajar tu pulak yang jadi kurang, jadi rasa susah nak belajar tu nampak macam besar sangat. padahal sama je kalau belajar dari waktu kecik, cuma rasa ghairah nak belajar tu dah tinggal sikit sangat berbanding waktu kecil dulu, tu yang fikir banyak sangat tentang susah tu la, susah ni la. padahal mana ada benda yang senang?bila mula2 belajar semua benda pun susah, tapi bila dah lama, orang melayu kata, alah bisa, tegal biasa, tau2 dah boleh cakap arab dah pun..

    sekadar sekupang dua pendapat saya, wallahu 'alam.

    ReplyDelete
  7. @noname

    saya setuju dengan pandangan anda...

    ReplyDelete
  8. @Maal Hijrah

    terima kasih atas perkongsian anda... :)

    ReplyDelete
  9. @shai

    syukran 'ala hazihi ad da'wah

    ReplyDelete
  10. salam ziarah..tak tau la nak cite ni halangan atau pembukaan jalan.
    1) bg ana ape yg penting semuanya bermula dari diri sendiri. masa mula-mula dulu belajar b.arab(sek men) main2. tak sangka ALLAH tetapkan untuk berada di cabang ini.
    2) bila dah berada di sini rasa rendah diri bila dibandingkan dengan sahabat2 lain.
    3) mengambil insiatif untuk terbang ke yaman. bila sampai sana, memang boleh cakap. tapi bila sampai malaysia balik, bi'ah tak membawa ke arah tu.
    4)lama-lama tak praktis jadi lupa la kan.
    untuk cara mengatasinya pula pun, ana kembalikan pada diri sendiri juga. sebab, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan kan. tinggal rajin ke malas je. mungkin boleh juga berkawan dengan org arab. kena gunakan peluang sementara berada di UIA. k.beah ada juga kata, dengan menyertai debate pun boleh meningkatkan penggunaan b.arab ni. tapi ana tak yakin lagi untuk sampai kesitu.

    ReplyDelete
  11. sya stju dgn pndpt anda,,,

    ReplyDelete
  12. @ siti nur asila bux @ khaulah

    terima kasih mbak atas perkongsiannya...^_^

    erkk! che gu asila pernah ke yaman? mungkin boleh berkongsi pengalaman insya allah?

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum warahmatullah wabarokatuh.Pada keseluruhannya cara pengajaran dan pembelajaran BAHASA ARAB PERLU KAJIAN MENYELURUH DARI PERINGKAT TADIKA HINGGA KE PERINGKAT UNIVERSITI IPTA DAN IPTS. KAJI KELEMAHAN DAN KEKUATANNYA. KURANGKAN KELEMAHAN TINGKATKAN KEKUATANNYA. SEMUA YANG MENGAKU ISLAM PERLUKAN SATU ANJAKAN PARADIGMA SECRA BESAR2AN UNTUK MEROBAH DAN MELAWAN ARUS BAHASA2 LAIN YANG SEDANG BERJUANG MENGUASAI DUNIA, KHUSUS BAHASA INGGERIS. INI ADALAH SATU PERJUANGAN ISLAM YANG PENTING KALA TIDAK MASAKAN IMAM SYAFI'IE MEWAJIBKAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB KEPADA UMAT ISLAM. RENUNGKANLAH BAHASA INGGERIS YANG ASAL2NYA ASING DARI KITA TETAPI GEROMBOLAN PEJUANG2 YAHUDI DAN NASRANI BEKERJASAMA ERAT DIDALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPAN MENGHIDUPKAN BAHASA INGGERIS SEBGAI SATU MEDIUM BARU MENJAJAH UMAT MANUSIA...LIHATLAH BERMULA DENGAN FILEM2 COWBOY, FILEM2 DARI US DAN UK YANG MELANDA MALAYA (ZAMAN PENJAJAH) HINGGA SEKARANG, KESANNYA MEDIA CETAK, ELETRONIK, WAYANG, INTERNET, CD,DVD, LAGU NYANYI, DRAMA, BUKU2, TELEFON BIMBIT DAN ENTAH APA2 LAGI MENGGUNAKAN MENGAGUNGKAN MENGUTAMAKAN BAHASA INGGERIS. JOM SAMA2 KITA FIKIR DAN RISAU UMAT SEPERTIMANA RISAUNYA NABI KITA NABI MUHAMMAD SALLALLAHU'ALAIHI WASALLAM AKAN NASIB KITA YANG BERADA DIAMBANG KIAMAT. PERJUANGAN BAHASA ARAB ADALAH PERJUANGAN BERSAMA. MUDAH2AN ALLAH BERSAMA KITA MUDAHKAN USAHA KITA MEPERJUANGKAN BAHSA ARAB, BAHASA ALQUR'AN, BAHASA NABI KITA,BAHASA AKHIRAT.AAMIIN

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam perjuangan.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Segala isi kandungan blog ini merupakan serba sedikit perkongsian ilmu, pengalaman dan pendapat penulis.

Para pembaca diizinkan untuk berkongsi bahan-bahan blog ini dengan syarat dikekalkan link kepada blog ini.

Sebarang nasihat, komen, kritikan membina dan teguran berhikmah untuk penambahbaikan blog ini amatlah dialu - alukan.

Terima kasih.