Assalamualaikum, salam perjuangan…
Setelah beberapa entry diterbitkan, ana ingin mengajak diri ana dan para pembaca sekalian agar kita berhati-hati dalam memperkatakan mengenai Islam. Biarlah kita membuat rujukan yang sahih dan tepat terhadap sumber rujukan yang kita gunakan.
Dalam keghairahan kita menghadiri suatu ceramah atau membaca suatu artikel berkaitan Islam, wajib ke atas kita merujuk kembali bahan ceramah atau bahan bacaan kita sekiranya bahan tersebut selari dengan Al Quran dan As Sunnah.
Seringkali terjadi ceramah yang kita dengar atau bahan bacaan yang kita baca dicemari dengan hadis-hadis palsu dan lemah serta riwayat-riwayat Israiliat dan sebagainya. Contohnya
1) hadis berkaitan ilmu seperti : Aku adalah kota ilmu, manakala Ali adalah pintunya. Maka barangsiapa yang mahukan ilmu hendaklah melalui pintunya. (Hadis palsu)
2) Hadis berkenaan azab kubur berikut: Sunan Tirmizi Hadis No. 2460
Pada suatu hari Rasulullah memasuki masjid lalu baginda melihat manusia bersuka ria lalu beliau bersabda: kalaulah kamu banyak mengingati penghapus kelazatan pastilah kamu sibuk mengingati mati. Banyakkanlah mengingati mati kerana seseorang itu tidak akan menghampiri kubur melainkan kubur berkata :
Aku rumah terasing, aku rumah kesunyian, aku rumah yang diperbuat daripada tanah, aku rumah yang dipenuhi ulat. Sekiranya seorang hamba mukmin dikuburkan maka berkatalah kubur kepadanya : Silakan, selamat datang! Sesungguhnya engkaulah antara manusia yang paling aku cintai yang berjalan di atas belakangku…lalu diluaskan kuburnya sejauh mata memandang dan dibukakan baginya salah satu daripada pintu syurga…sesungguhnya kubur itu sama ada salah satu daripada taman-taman syurga atau salah satu daripada jurang-jurang neraka.
Berkata Abu Isa (Imam Tirmizi): Hadis ini gharib, tidaklah kami tahu hadis ini melainkan melalui jalan riwayat ini sahaja.
Taraf hadis : sangat lemah
Info ulum hadis :
Hadis yang sangat lemah ini tidak boleh dijadikan sebagai hujah dan tidak akan naik tarafnya kepada hadis hasan, apatah lagi tiada jalan riwayat lain melainkan riwayat ini sahaja. Maka dengan sendirinya hadis ini tertolak. Wallahu a’alam.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum. Salam perjuangan.
Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Segala isi kandungan blog ini merupakan serba sedikit perkongsian ilmu, pengalaman dan pendapat penulis.
Para pembaca diizinkan untuk berkongsi bahan-bahan blog ini dengan syarat dikekalkan link kepada blog ini.
Sebarang nasihat, komen, kritikan membina dan teguran berhikmah untuk penambahbaikan blog ini amatlah dialu - alukan.
Terima kasih.