27 October 2010

Ilm Ma'ani vs. Ilm Dilalah

Assalamualaikum.

28 Oktober 2010
3 petang
Seminar Room

Insya Allah pada petang esok, saya dan 4 orang rakan lagi akan menduduki peperiksaan akhir bagi subjek Ilm Ma'ani. Kami berlima diizinkan Allah untuk menuntut dengan Dr. Badri Najib bin Zubir, Dekan Kulliyyah Ilmu Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan.


                    PhD in Arabic : 1999 (from School of Oriental and African Studies, University of London)
                    MA in Arabic : 1994 (from School of Oriental and African Studies, University of London)
                    BA in Arabic Language and Literature :  1992 (from Al-Azhar University, Cairo).

Sepanjang pengajian, kami menggunakan kitab Dalail al-I'jaz (fi Ilmi al-Ma'ani) karya Abdul Qahir al-Jurjani.

 أأترك إن قلت دراهم خالد                  زيارته ؟ إني إذا للئيم

Menurut kajian penulis, ilmu tertinggi dalam bidang bahasa Arab merupakan 'Ilm Dilalah atau Semantics, kita akan mengkaji berkenaan makna sesuatu kalimah dalam ayat al-Quran, al-Hadits, syair dan lain-lain. Manakala, ilmu tertinggi dalam bidang sastera Arab pula ialah Ilmu Ma'ani, apabila kita mengkaji makna - makna tersirat sesuatu ayat al-Quran, al-Hadits, syair dan sebagainya.

Sebagai perbandingan, penulis bawakan contoh yang diberikan oleh Dr. Badri dalam surah al-Fatihah :

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين الرحمن الرحيم مالك يوم الدين

Menurut ilmu Dilalah, ar-Rahman ar-Rahim bermaksud Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Penyayang. ar-Rahman dan ar-Rahim kedua juga bermakna Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Penyayang. Tiada beza antara kedua-dua ar-Rahman dan ar-Rahim.

Manakala dalam Ilmu Ma'ani, رب العالمين Tuhan sekalian alam (kekuasaan Allah di dunia) dan مالك يوم الدين Raja pada Hari Pembalasan (kekuasaan Allah di akhirat). 

Ayat ini membuktikan kekuasaan mutlak Allah yang menguasai segala-galanya di dunia dan di akhirat.
Sepertimana yang kita tahu, seorang pemimpin yang mempunyai kuasa mutlak seringkali berlaku zalim dan menindas rakyatnya. Bak kata pepatah Inggeris : 

absolute power corrupts absolutely

Tetapi Allah walau mempunyai kuasa mutlak (Yang Maha Berkuasa) Allah bersifat dengan sifat pemurah dan penyayang tidak menindas dan berlaku zalim kepada semua makhluk-Nya.  

Maha Suci Allah. 
................................................................................................
Doakan saya kawan-kawan.
Insya Allah, amin.

25 October 2010

Course De Lingustigue Generale

Assalamualaikum.


25 Oktober 2010
Seminar Room
9 Pagi



Insya Allah pada pagi esok jam 9-11 saya bersama rakan-rakan yang lain akan menduduki kertas pertama untuk peperiksaan akhir (decentralized exam) bagi semester ini. Kertas ini merupakan subjek Linguistik Am bawah seliaan Dr. Asem Shehadeh Saleh Ali dari Jordan.