Salam perjuangan.
Kebelakangan ini banyak tugasan dan program berlangsung menyebabkan saya sudah agak lama tidak mengemas kini blog.
Debat Bahasa Arab
Alhamdulillah, baru sahaja selesai pusingan separuh akhir bagi Inter-Kulliyyah Debating Championship 2010 semalam dan Inter-Club Arabic Debate League pagi tadi.
Insya Allah pada hari Selasa akan berlangsungnya peringkat akhir Inter-Kulliyyah Debating Championship bagi kategori bahasa Arab anjuran INSTED di Experimental Hall jam 8 malam. Pihak pencadang terdiri daripada pasukan IRKHS A menentang pihak pembangkang mewakili pasukan Engin A dengan tajuk "Keperluan Mengekalkan ISA".
Manakala, pada hari Khamis jam 8 malam akan diadakan pertandingan debat peringkat akhir bagi Inter-Club Arabic Debate League di HS Square antara pasukan Rabeah dan Huda dengan tajuk
"Keizinan Melantik Kaum Kerabat Memegang Jawatan-Jawatan Penting Negara".
Student Feedback Survey
Saya ingin menarik perhatian warga UIAM sekalian berkenaan IIUM Student Feedback Survey yang menggantikan TER yang berlangsung daripada 1-22 Mac 2010.
Pada pandangan saya, SFS menyediakan lebih banyak ruang untuk para pelajar menyuarakan pendapat mereka berkenaan pensyarah, kursus yang ditawarkan, universiti dan kulliyyah.
IIUM Student Feedback Survey