11 December 2008

Debat Bahasa Arab Mempertahankan Nama UIAM


Salam perjuangan...

Sudah agak lama ana menyepikan diri, terima kasih kepada para sahabat yang sudi menjenguk blog ini. Mungkin ada yang memanfaatkan masa cuti mereka seperti ini, namun tuan empunya blog bukanlah sebahagian daripada mereka kerana ana begitu sibuk dengan program-program Kelab Debat dan Pidato Bahasa Arab UIAM.

Perkhemahan Bahasa Arab

Sejak berakhirnya peperiksaan akhir semester yang lalu, program kelab ini dimulakan dengan Arabic Camp (مخيم العربي) yang telah diadakan di Teratak Wadi Janda Baik, Pahang milik seorang penganalisis politik tanah air, Syed Hussein Syed Alwi Al Attas atau lebih dikenali dengan nama Pak Habib.


Ana sendiri tidak menjangkakan program ini akan disertai oleh ramai orang namun ternyata pandangan ana meleset sama sekali kerana mendapat sambutan hangat para pelajar UIAM daripada beberapa kulliyyah yang tidak menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi mereka seperti Human Science, Laws, Nursing, Engineering, Economics dll. Malah, beberapa orang pelajar Arab juga sudi meluangkan masa bersama kami. Hal ini merupakan suatu perkembangan yang menarik sesuai dengan misi dan visi kelab untuk menjadi sebuah institusi yang memainkan peranan penting dalam memantapkan lagi penguasaan bahasa Arab dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah kursus pemantapan bahasa Arab, explorace, jungle trekking, dan yang paling menarik pertandingan debat bahasa Arab. Selain daripada itu, acara ice breaking juga berhasil apabila terdapatnya interaksi yang begitu mesra antara pelajar Arab dan bukan Arab. Pelbagai kerenah para peserta yang kami saksikan sepanjang perkhemahan tersebut.


Antum semua boleh menyambung bacaan berkenaan Arabic Camp ini di sini dan di sini

Kursus Intensif Debat Piala Diraja


Ok, tamat sudah Arabic Camp. Memang penat sangat namun rasa puas hati kerana banyak input2 bahasa Arab yang ana dapat sepanjang program tersebut. Sewaktu majlis penutup tibalah saat2 yang dinanti-nantikan, siapakah yang bakal terpilih untuk mengikuti Kursus Intensif Debat Piala Diraja selama 10 hari berturut2. 16 orang pendebat lama dan baru telah dipilih termasuk 3 orang Arab dari Yaman.

Ramai yang agak terkilan sebenarnya kerana tidak terpilih, termasuk ana sendiri. Namun hasil dorongan sahabat2 ini dan itu, ana tidak lagi berkecil hati malah menanam semangat untuk memperbaiki mutu bahasa agar terpilih untuk mewakili UIAM ke pertandingan seterusnya.

Kursus intensif ini yang seharusnya diselia oleh lujnah studio and training Kelab Debat dan Pidato Bahasa Arab UIAM terpaksa dipikul oleh Head Comm dan Asisst Head Comm sahaja memandangkan sub comm lujnah ini telah pulang bercuti di kampung halaman masing2.

Alhamdulillah, walaupun agak penat menyelia kelas2 training ini, ana bersyukur juga dapat mempelajari kaedah perdebatan bahasa Arab yang baru.


Arabic Royal Debate Championship '08

Ana tidak menyangka ini merupakan program kedua paling teruk pernah ana hadiri selepas Taaruf Week June intake yang lepas. Committee Central banyak berlepas tangan sehingga mengganggu kelancaran program bagi kategori debat bahasa Arab. Ana tidak memusuhi sesiapa secara peribadi tetapi ana cuma tidak berpuas hati dengan pengurusan Committee Central yang banyak menabur janji manis semata2.

Ana juga pelik apabila mendapati terdapat dalam kalangan Committee Central yang menjadi pendebat Bahasa Melayu dan Inggeris. Patutlah kelam kabut sehingga mengganggu kelancaran program debat kategori bahasa Arab.

Ana juga berasa kasihan melihat layanan Committee Central terhadap hakim2 dan pendebat Bahasa Arab dari segi penginapan, catering, pengangkutan dll.

Walau apa pun rintangan yang kami hadapi, alhamdulillah akhirnya hasrat Rektor UIAM, Prof Dr Syed Arabi Idid untuk melihat kejayaan pasukan debat UIAM bagi setiap kategori menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga berjaya dicapai oleh pasukan debat bagi kategori bahasa Arab sahaja.


kategori bahasa Arab Utama

Johan : UIAM A

Naib Johan : UIAM B

kategori bahasa Melayu Utama

Johan : UPM B

Naib Johan : UIAM A



kategori bahasa Melayu Muda

Johan : UPM

Naib Johan : USM



kategori bahasa Inggeris Muda

Johan : UIAM

kategori bahasa Inggeris Utama

Johan : UM

Naib Johan : UKM


Syabas diucapkan kepada kesemua pasukan yang menang...


p/s: gambar2 sepanjang program kena tunggu tukang amik gambar kasi...