17 June 2008

BerjimatLAH...

Salam perjuangan... :smoke:

Ana rasa masih belum terlambat untuk ana menulis berkenaan isu minyak yang semakin menjadi - jadi.

Isu ini menjadi panas semula selepas pengumuman Pak Lah bahawa harga minyak akan naik kepada 78 sen seliter. Alasannya harga minyak di pasaran dunia semakin naik.

"Harga kita di rantau Asia Tenggara adalah yang terendah kecuali Brunei"


Cewah, bagusLAH ye harga tak kalah Brunei. Kemudian, ana terus menghubungi rakan ana di Unhas bertanyakan harga petrol di sana. Apa jawapan rakan ana itu?

"Aku baru isi minyak, kat sini Rp 6000 je seliter"
Wah! MahalLah minyak Malaysia

Malaysia RM 2.70 Indonesia RM 2.52

Kemudian diumumkanLAH pelbagai insentif untuk mengurangkan beban orang ramai. Tiap2 hari tv, paper, radio semua cerita pasal isu minyak naik.

Ada cadangan daripada TPM kita suatu ketika dahulu yang mencadangkan supaya rakyat Malaysia berjimat cermat.



Ya, rakyat harus berjimat cermat. Betul, pandangan beliau memang betul. Ana setuju.

Aip! nanti dulu, baca sampai habis dulu...jangan cepat melatah...penat

Ana memang setuju dengan saranan ini. Ajaran Islam sendiri pun menyuruh kita berjimat cermat dalam berbelanja.

Daripada pemerhatian ana, kita rata - rata rakyat Malaysia ni memang boros dan membazir. Ana ambil contoh guru - guru di sekolah. Ayah dan ibu ana yang berkerjaya sebagai ustaz dan ustazah memungkinkan ana untuk mengikuti mereka ke kursus2 yang mereka hadiri.

Kursus peringkat sekolah pun diadakan di hotel2 mewah. Siapa tanggung ??? Pakai duit rakyat...

Ok lah, kemudian guru2 yang datang kursus ini pula waktu makan memang tak ingat dunia. Habis semua lauk diambilnya, kemudian makan tak habis pula.

Wah, melampauLAH!

Cubalah bayangkan berapa banyak duit rakyat dihabiskan selama ini untuk menganjurkan kursus - kursus di semua peringkat bagi jabatan - jabatan kerajaan!

Sekarang, bila kerajaan umumkan dah tak boleh menganjurkan kursus di hotel2 boleh pulak mereka berjimat cermat...

Then, kerajaan umumkan pula pemotongan elaun keraian sebanyak 10% bagi menteri2 dan timbalan2 menteri.

Ya, ada inisiatif daripada pihak kerajaan untuk berjimat cermat juga. erm, tak pa LAH...

Then, MB Pahang umumkan pula potongan elaun keraian bagi MB, TMB dan ahli2 Exco kerajaan Negeri Pahang sebanyak 30 %.

"Kalau kita buat potongan 10 % macam kerajaan Pusat, sebulan RM 500 je yang dipotong..."

Oh, bagus MB Pahang...

Then, ana dapat tahu pula pasal Istana negara baru di Jalan Duta yang menelan belanja RM 400 juta...

wah...banyak tu...


































Adakah ini yang diinginkan oleh rakyat marhaen?



Sabar LAH...
Berjimat LAH...













Ana cadabgkan antum baca artikel dr maza berkaitan perkara ini.

12 comments:

  1. Bad, bagi direct link terus pada artikel Dr Maza..lagi best :D

    Nice article Bad. even rakyat kena berjimat, kerajaan pun perlu berjimat. Ape gunanya 3 billion taja BMW nye squad F1 kalau rakyat merana. Tak perlu gah pada nama seedang rakyat sengsara..

    Astaghfirullah..moga Allah kurniakan kesabaran buat yang dizalimi..ameen

    ReplyDelete
  2. > nmz:

    dah perbaiki dah...terima kasih menegur, sifu!

    betul3x...takkan nak harap sebelah pihak je yang berjimat cermat kan? mana aci!

    amiiin...

    ReplyDelete
  3. bad, tahniah atas info ni. semoga perkongsian ini mendapat ganjaran dari ALLAH. Untuk jadikan rakyat berjimat, pemimpin kena berjimat du;u ye tak ? kalau 'bapak' dah tak betul, 'anak' besar peratusannya menjadi kurang betul juga.

    ReplyDelete
  4. > anwar yassin:

    betul3x...

    siapa setuju angkat tangan!

    ReplyDelete
  5. hehe, bapak borek anak rintik kah :D

    Sebenarnye sengaja nak suh BAd carikan link nye..hihi

    ReplyDelete
  6. wah.template baru.nampak sistematik.Tahniah!

    ReplyDelete
  7. > nmz:

    hoho, ok2...

    > amin mansor:

    eh, ye ke? tak dela... besa je..

    ReplyDelete
  8. salam
    usiy cntikk nye istana ngara kite..rakyat boleh masuk ke?
    duit rakyat kn..

    bgus gak da x leh mkn kt hotel2 msa kursus..
    bile pikir2..yg org2 miskin x dpt pon mrasa mkn sdap2 cm kite..

    ReplyDelete
  9. salam perjuangan kembali..

    hmm...tak berhasrat pon nak komen pasal minyak tu sebab rasa2nya cam masih lagik 'budak kecik' kot..tak leh cakap2 pasal politik2 negara banyak sangat..huhuhu~

    cuma rasa tinggalkan 'jejak terakhir' kat sini dengan pesan muga terus tabah dalam perjuangan!

    p/s jumpa lagi! =P

    ReplyDelete
  10. harga petrol kat indonesia Rp 6000 tu untuk harga leaded petrol(premium), yang mana malaysia skrg dah tak pakai lagi. untuk harga leaded petrol (pertamax), harganya Rp 8,500 kalau tak silap. jadi minyak sini masih lebih mahal, dan pendapatan perkapita Indonesia lebih rendah daripada Malaysia. jadi bayangkanlah bagaimana saudara kita di sini nak cari sesuap nasi dengan dapat dipastikan semua harga ikut naik sebelum, semasa, dan setelah harga baru minyak diumumkan di sini. Allahummansurna ya Allah..

    ReplyDelete
  11. > haziqah:

    rakyat hanya BOLEH melihat saja...
    merasa ihsan kerajaan hasil titik peluh sendiri...

    p/s: Malaysia Boleh!

    > al ikhsan:

    kalau ak komen sekalipun, mungkin nta ade pandangan tersendiri?

    terima kasih atas ziarah...

    aik? jumpa lagi 2 cm che as nye ayat je, hehe

    > musafir:

    tq 4 d info...wah, kalau mcm2 kita msh ada lagi hujah sebagai negara pengeksport minyak...

    kenapa pengeksport minyak perlu menjual minyak dalam negara lebih mahal?

    ya, sememangnya masyarakat indonesia lebih kasihan berbanding negara kita...

    kita seharusnya bersyukur dan tak lupa membantu saudara kita. jangan hanya pentingkan diri sendiri...

    ReplyDelete
  12. smlm si menteri ckp setakat ni mn ade rkyat xcukup mkn.sape kata xde.klu x xdela 'bersamamu' btul x? hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam perjuangan.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Segala isi kandungan blog ini merupakan serba sedikit perkongsian ilmu, pengalaman dan pendapat penulis.

Para pembaca diizinkan untuk berkongsi bahan-bahan blog ini dengan syarat dikekalkan link kepada blog ini.

Sebarang nasihat, komen, kritikan membina dan teguran berhikmah untuk penambahbaikan blog ini amatlah dialu - alukan.

Terima kasih.