Salam perjuangan...
Ana rasa masih belum terlambat untuk ana menulis berkenaan isu minyak yang semakin menjadi - jadi.
Isu ini menjadi panas semula selepas pengumuman Pak Lah bahawa harga minyak akan naik kepada 78 sen seliter. Alasannya harga minyak di pasaran dunia semakin naik.
"Harga kita di rantau Asia Tenggara adalah yang terendah kecuali Brunei"
Cewah, bagusLAH ye harga tak kalah Brunei. Kemudian, ana terus menghubungi rakan ana di Unhas bertanyakan harga petrol di sana. Apa jawapan rakan ana itu?
"Aku baru isi minyak, kat sini Rp 6000 je seliter"
Wah! MahalLah minyak Malaysia
Malaysia RM 2.70 Indonesia RM 2.52Kemudian diumumkanLAH pelbagai insentif untuk mengurangkan beban orang ramai. Tiap2 hari tv, paper, radio semua cerita pasal isu minyak naik.
Ada cadangan daripada TPM kita suatu ketika dahulu yang mencadangkan supaya rakyat Malaysia berjimat cermat.
Ya, rakyat harus berjimat cermat. Betul, pandangan beliau memang betul. Ana setuju.
Aip! nanti dulu, baca sampai habis dulu...jangan cepat melatah...
Ana memang setuju dengan saranan ini. Ajaran Islam sendiri pun menyuruh kita berjimat cermat dalam berbelanja.
Daripada pemerhatian ana, kita rata - rata rakyat Malaysia ni memang boros dan membazir. Ana ambil contoh guru - guru di sekolah. Ayah dan ibu ana yang berkerjaya sebagai ustaz dan ustazah memungkinkan ana untuk mengikuti mereka ke kursus2 yang mereka hadiri.
Kursus peringkat sekolah pun diadakan di hotel2 mewah. Siapa tanggung ??? Pakai duit rakyat...
Ok lah, kemudian guru2 yang datang kursus ini pula waktu makan memang tak ingat dunia. Habis semua lauk diambilnya, kemudian makan tak habis pula.
Wah, melampauLAH!
Cubalah bayangkan berapa banyak duit rakyat dihabiskan selama ini untuk menganjurkan kursus - kursus di semua peringkat bagi jabatan - jabatan kerajaan!
Sekarang, bila kerajaan umumkan dah tak boleh menganjurkan kursus di hotel2 boleh pulak mereka berjimat cermat...
Then, kerajaan umumkan pula pemotongan elaun keraian sebanyak 10% bagi menteri2 dan timbalan2 menteri.
Ya, ada inisiatif daripada pihak kerajaan untuk berjimat cermat juga. erm, tak pa LAH...
Then, MB Pahang umumkan pula potongan elaun keraian bagi MB, TMB dan ahli2 Exco kerajaan Negeri Pahang sebanyak 30 %.
"Kalau kita buat potongan 10 % macam kerajaan Pusat, sebulan RM 500 je yang dipotong..."
Oh, bagus MB Pahang...
Then, ana dapat tahu pula pasal
Istana negara baru di Jalan Duta yang menelan belanja RM 400 juta...
wah...banyak tu...
Adakah ini yang diinginkan oleh rakyat marhaen?
Sabar LAH...
Berjimat LAH...
Ana cadabgkan antum baca artikel
dr maza berkaitan perkara ini.