| KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Kontroversi video klip 15 minit 'Fitna' telah mengundang kemarahan penduduk dan umat Islam dunia kerana menghina Islam dan mencaci al-Quran. Tanpa kecuali tindakan seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders yang menghasilkan klip video berkenaan turut mendapat reaksi daripada rakyat negara ini namun secara tidak disedari, Malaysia juga turut 'menghasilkan' filem-filem yang secara tidak langsung 'mempersendakan' agama dan nilai akhlak seorang umat Islam. Tanpa sebarang bantahan dan halangan pelbagai jenis filem Malaysia seperti Sepet, Gubra, Anak Halal dan terkini Akhirat telah dilihat cuba 'merosakkan' fikrah para penonton tentang tafsiran mereka terhadap agama Islam. Ada antara filem berkenaan seolah-olah secara halus cuba menerapkan unsur-unsur nilai terbuka terhadap perbuatan pelacuran, zina dan konsep menyalahkaan takdir atas sesuatu kecelakaan yang berlaku seolah-olah Tuhan yang menciptakan manusia bersifat 'kejam' menetapkan sesuatu yang buruk kepada seseorang individu tanpa boleh diubah. Alasan penerbitan filem-filem seumpama itu adalah kerana para penonton kini sudah berfikiran terbuka, matang dan boleh menilai pro dan kontranya namun apakah hakikatnya filem-filem terbabit berjaya membina tamadun manusia yang baik dan memperbaiki gejala keruntuhan moral yang semakin rosak? Filem Akhirat yang skripnya ditulis oleh Ikhzal Azfarel Ideris ini telah diwarwarkan bertumpu kepada cerita berunsur keagamaan namun bagi pengkritik filem Faisal Tehrani bahawa filem ini membawa kesongsangan beragama. Aspek-aspek dalam filem yang digaris faisal dalam blognya sewajarnya diambil perhatian antaranya:- 1.Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang 'cool' dan kasual. 2.Dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: 'I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif). 3.Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi 4.Adegan separa seks separa panas dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan seperti cium leher, peluk rangkul dan belai membelai, tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang. "Sekiranya filem Akhirat adalah seorang manusia, maka manusia itu saya putuskan adalah Abu Jahal. "Anugerah Abu Jahal yang jahil ini sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala Oscar kepada filem ini, ataupun filem-filem lain yang 'mempersendakan' agama kelak," kata Faisal dalam blognya. Seorang penulis dalam laman web mstar online Wahida Asrani turut merasa tidak 'selesa' ketika menonton filem Akhirat ini gara-gara beberapa babak panas dan elemen seks yang ditonjolkan di dalam filem ini. "Bukan penulis tidak pernah menonton adegan-adegan seperti ini yang sering disajikan oleh filem-filem luar, tetapi rasa kurang senang itu timbul kerana filem arahan Syed Mohamed Benyahya ini adalah filem tempatan," katanya. Lalu di samping 'mengutuk' filem luar kerana kebiadapannya menghina Islam adalah lebih baik dalam masa sama rakyat Malaysia khususnya umat Islam mengambil masa 'merenung diri' melihat hasil filem produk tempatan yang adakalanya dikira 'berbahaya' dari segi mesej dan mengelirukan para penonton tentang imej Islam yang sebenar yang sepatutnya dipandang mulia di mata semua. |
02 April 2008
Apa bezanya 'Fitna' Belanda dan 'Akhirat' Malaysia ?
28 March 2008
Siapa Yang Tidak Faham???
Parti pembangkang mula bertukar nada
Berita Harian OnlinePengerusi Barisan Nasional (BN) Lumut yang juga Ketua Umno Bahagian Lumut, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata sebelum pilihan raya, Pas mengeksploitasi isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam.
Beliau berkata, dua hari sebelum pembuangan undi pada 8 Mac lalu, petugas Pas mengedarkan beribu-ribu risalah di masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang ditandingi calonnya, Mohammad Nizar Jamaluddin.
"Tetapi, bila sudah berjaya menjadi kerajaan, beliau (Mohammad Nizar) mengatakan beliau Menteri Besar untuk semua kaum. Sekarang baru kita nampak wajah sebenar mereka.
"Saya ingin bertanya kepada Pas, apa terjadi dengan prinsip mereka untuk menubuhkan negara Islam teokratik seperti kempen mereka sejak bertahun-tahun lalu?" katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Dr Zambry berkata, DAP juga memainkan isu perkauman yang ketara sepanjang berkempen dengan mengatakan kepada orang Cina bahawa satu undi kepada MCA bermakna satu undi untuk Umno.
Beliau berkata, kempen cara berkenaan menyebabkan pemisahan yang lebih jauh antara orang Cina dengan Melayu.
"Kempen Pas dan DAP ini berjaya menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Islam dan bukan Islam hingga pengundi menolak calon BN," katanya.
Beliau berkata, kini wujud perpecahan yang jelas di kalangan masyarakat mengikut parti dan kaum akibat permainan politik perkauman oleh Pas serta DAP.
"Saya melihat tugas utama kerajaan campuran DAP, Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak sekarang ialah menyatukan semula kaum yang terpisah-pisah mengikut fahaman politik dan agama," katanya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------Pengerusi Barisan Nasional (BN) Lumut yang juga Ketua Umno Bahagian Lumut, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata sebelum pilihan raya, Pas mengeksploitasi isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam.
Beliau berkata, dua hari sebelum pembuangan undi pada 8 Mac lalu, petugas Pas mengedarkan beribu-ribu risalah di masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang ditandingi calonnya, Mohammad Nizar Jamaluddin.Katanya, risalah itu memetik fatwa daripada muzakarah ulama yang mengatakan haram bagi orang Islam memilih calon bukan Islam, iaitu Dr S Vasan daripada MIC yang mewakili BN.
"Tetapi, bila sudah berjaya menjadi kerajaan, beliau (Mohammad Nizar) mengatakan beliau Menteri Besar untuk semua kaum. Sekarang baru kita nampak wajah sebenar mereka.
Komen : Pihak PAS mengatakan bahwa haram memilih calon yang bukan beragama Islam. Memanglah bertepatan dengan ajaran Islam. Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin mengatakan bahawa beliau merupakan Menteri Besar untuk semua kaum. Jadi apa salahnya kenyataan ini? Bukankah Islam mengajar kita bahawa kafir zimmi harus dilindungi seperti mana warga negara Muslim yang lain selagi mereka tidak memerangi Islam dan umatnya???
DAP pula hanya mengajak masyarakat bukan Islam untuk tidak memberikan undi mereka kepada parti UMNO, bukannya PAS dan DAP menimbulkan isu perkauman seperti yang difahami beliau.
Kesimpulan : Beginikah mentaliti pemimpin UMNO??? Membuat tuduhan melulu tanpa mengkaji dahulu sesuatu perkara??? Memang wajarlah mereka kalah teruk dalam Plihanraya Umum Ke 12 baru - baru ini!!!
27 March 2008
Kuintai ketenangan...
Assalamualaikum warahmatullah...
This lyrics has a huge meaning to me...
Hayatilah...
Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda
Ku minta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan
Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk di jiwa
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan
26 March 2008
Pemimpin Berjiwa Rakyat
Azamin Amin
Tue | Mar 25, 08 | 7:05:35 pm MYT
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak menolak peruntukan kerajaan negeri untuk membaik-pulih pagar kediaman rumah beliau kerana tidak mahu menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.
Menurut Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Khalid menjelaskan penolakan Ustaz Azizan setelah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan pihak polis menyarankan agar pagar rumahnya diperbaiki menggunakan peruntukan sedia ada.
Ini kerana pihak UPEN dan polis yang melawat rumah Ustaz Azizan tempoh hari menasihati beliau untuk membina pagar berkenaan atas faktor keselamatan, kata Helmi.
"Kata MB kalau untuk kediaman peribadi beliau akan membiayainya menggunakan duit sendiri dan bukan peruntukan kerajaan negeri," kata Helmi memberitahu Harakahdaily.
Bagaimanapun pihak polis telah bersedia untuk mengeluarkan peruntukan sendiri untuk membina pondok pengawal di kediaman Ustaz Azizan di Jalan Sultanah Alor Setar, Kedah.
Helmi menjelaskan Ustaz Azizan tidak mendiami kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Sri Mentaloon sebaliknya terus tinggal dirumah lamanya di Jalan Sultanah, Alor Setar.
"Kediaman rasmi itu kini dijadikan sebagai rumah tetamu dan setakat ini Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS pernah singgah sebagai tetamu di kediaman tersebut," katanya.
"Tindakan ini mengejutkan banyak pihak kerana pendekatan Ustaz Azizan berbeza dengan kerajaan negeri yang terdahulu. Dan sikapnya ini mendapat sambutan yang cukup baik daripada rakyat keseluruhannya," kata Helmi. - mr
Guru sokong ulama jadi guru
Ia juga menggesa peraturan sekolah dipermudahkan dengan membenarkan pelajar memakai lambang keagamaan masing-masing termasuk bertudung atau memakai gelang.
Akhbar Daily Telegraph melaporkan, cadangan dirangka kesatuan guru itu akan menggantikan perhimpunan agama secara tradisi, kebanyakannya membabitkan pelajar Kristian. Ia juga sebahagian langkah radikal merombak pendidikan berasaskan agama di Britain.
Deraf dasar itu secara rasminya dipersetujui delegasi pada persidangan tahunan NUT di Manchester.
“Kita memerlukan strategi baru dan pendekatan lebih liberal untuk menghargai kepentingan agama di sekolah yang menjadi syarat penting mengurangkan permintaan sekolah Muslim, Yahudi, Kristian, Sikh dan Hindu yang berasingan,” kata Setiausaha Agung NUT Steve Sinnott.
“Kita boleh mengambil khidmat imam atau rahib serta paderi untuk mengajar di sekolah. Mereka boleh bercakap secara terus dengan pelajar dan ini sememangnya sesuatu yang menarik jika dapat direalisasikan.”
Sinnott berkata, langkah mengasingkan sekolah mengikut agama sebagai tidak wajar, malah mengundang risiko dengan merencatkan usaha murni kerajaan menggalakkan perhubungan kaum.
Ada kira-kira 7,000 sekolah agama di Britain, kebanyakannya menjadi antara sekolah popular dan disegani kerana pencapaiannya. - Agensi
-Dipetik dari Berita Harian Online-